Thursday 9 May 2013

Apa Khabar Murid - Murid?


Kata pujangga, cita2 itu harus bermula dengan angan2. Tapi bila sekadar menjadi angan2 tanpa berusaha, kata2 itu ibarat puaka saja. Alhamdulillah.. selangkah menuju ke arah cita2,  aku direzekikan dan diberi peluang menjadi tenaga pengajar krusus jangka pendek 'Kek dan Muffin' sempena Krusus Latihan 1 Malaysia pada 27 - 28 April 2013. Mengikut perancangan di hujung minggu, aku bercadang mahu menyibukkan diri untuk menolong Cikgu Izma yang juga dijemput untuk mengadakan short course  di Taiping. Namun, aku pula yang dipanggil untuk menjadi tenaga pengaja, di tempat berbeza. Semua nya berlaku secara last minute. Dan secara last2 minute juga aku menyiapkan bahan2 untuk mengajar. Jadi, dengan alasan yang kukuh, aku berjaya memontengkan diri pada clas hari Jumaat. Hehe.  Disebabkan ini kali pertama, banyak benda yang aku tak tahu, dan  sangat2 memerlukan bantuan pakar. Sempat juga aku mengorek nasihat dan kata2 semangat dari Cikgu Izma selaku guru, malah yang dah aku anggap seperti kakak walaupun tiada pertalian darah dan berbeza saiz  seluar. Eh? Nak anggap seperti ibu, beliau masih muda belia. Kesimpulannya, persiapan terpaksa dilakukan dengan pantas dan efiksen. Pagi2 Jumaat lagi aku dan ibu ku menghabiskan wang di Bake With Yen di Ipoh untuk memborong apa yang patut.
Krusus diadakan di Dewan Pulau Gajah, Kampung Gajah, Perak selama 2 hari bermula 9pg hingga 5ptg.  Krusus ini adalah kerjasama antara R'nisa Bake House dan Giatmara Pasir Salak. Terima kasih ku ucapkan buat Cikgu Biebah kerana cikgu lah menjadi punca kami dijemput sebagai provider dan secara tidak langsung dapat membuka ruang bagi promosi dan publisiti. Teamwork diketuai oleh ibu ku, Puan Aishah, abgku Dzul dan aku, Namun sepanjang krusus, ibu ku hanya monitor dari jauh sambil melayan Fesbuk dan juga sekali sekala menjadi official photographer. Hehe. Hari pertama ; Kek Coklat Moist.  Semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kelam kabut memandangkan ini kali pertama. Bangga juga bila  mereka memanggil ku dengan panggilan 'cikgu'. Haha. Sejujurnya, aku tak merasa yang aku sedang mengajar, tapi lebih kepada perkongsian ilmu kerana antara 14 peserta yang kelihatan berseri memakai apron baru, ada yang sudah pom mempelajari asas dalam dunia baking. Aku sendiri pom masih belajar, Jadi selayak nya, panggilan 'cikgu' itu tak sesuai bagi aku, Tapi aku layankan saja. Hehe. Majoriti peserta adalah kakak2 suri rumah, yang suka mengisi perut anak dan suami dengan air tangan sendiri yang pastinya dilimpahi kasih sayang seorang ibu dan isteri yang tidak berbelah bahagi. Peserta paling muda, Fatin,18. Pasni boleh buat kek buat kekasih di hari kekasih.

wajahs

muffins
 Kelas pada hari kedua pula ialah Muffin. Deco menggunakan fondant dan buttercream. Cuaca di dalam dewan sangatlah panas seakan2 kami sedang dipanggang secara senyap2. Itu menyebabkan buttercream agak lembik namun hal tidak melemahkan semangat perserta yang masing2 eksited nak buat rose dari BC. Antara mereka ada 4 orang yang kidal, jadi ia agak menyukarkan aku untuk menunjukkan cara2 membuat roses sebab walaupun aku juga seorang kidal, aku lebih banyak menggunakan tangan kanan dalam aktiviti harian berbanding tangan kiri melainkan apabila menulis dan beristinjak. Decoration dari fondant pula aku hanya kongsi idea yang asas. Selepas itu aku biarkan mereka berkeliaran mencipta hasil seni mengikut kreativiti masing2. 

hasil mereka
peserta dan kami
gila publisiti. hehe
Selesai krusus, majlis penyampaian sijil dan seisi gila publisiti pom bermula. Rasa seperti artis pula bila banyak lensa camera mengambil gambar secara rela atau terpaksa. Penyampaian sijil dberi kan oleh pengurus Giatmara Pasir Salak, Encik Rusman dan tetamu khas, wakil Dun Pasir Salak, HJ ABDULLAH FAUZI BIN DATO' HJ AHMAD RAZALI. Wakil setiap provider juga dijemput untuk mencarut sepatah dua di atas stage.  Ketawa geli hati aku menonton abg ku tergagap2 apabila menyampaikan ucapan. hehehe..
sila beri sepatah dua kata
sponsored by
kipas...
Upacara terakhir kali, penyerahan cenderahati yang disponsor oleh R'nisa Bake House berupa sebiji kek German Blackforest yang menjadi punca aku tidur pada 4pg. Buat kali pertamanya, ini pengalaman yang sangat memenatkan. Tak cukup tidur dan rehat. Stamina harus kuat lebih2 jika dapat tempat yang lebih hangat dari biasa. Namun, walaupun penat, ia satu kepuasan, bukan soal bayaran, tapi seronok bila ilmu dapat dikongsi bersama, lebih2 kita sesama muslim dan juga sebangsa yang seakan sama saiz hidung dan warna mata. Dapat bertemu masyarakat, cuci mata melihat jejaka kacak dan menambah kenalan. Percayalah, ilmu yang kita punya, hanya setitik dari lautan ilmu Tuhan. Selagi kita  tak lokek untuk berkongsi, nescaya Dia akan beri berlipat ganda tanpa kita sedar atau tidak. Terima kasih aku ucapkan pada semua yang memberi semangat, dan nasihat. Semoga ini titik permulaan untuk aku terus melangkah ke arah kejayaan. Amin. --Hoi,  doakan lah aku !
lenguh dan masam