Saturday 8 June 2013

Menyesatkan Diri Di Lost World Of Tambun



20.5.2013
Selepas rundingan meja bulat diadakan, dan keputusan telah dibuat secara muafakat, aku bersama
rakan2  gelak tawa dan air mata telah memilih Lost World of Tambun sebagai destinasi untuk kami mengadakan wet party dihujung minggu. Bunyi nya macam keji dan berunsur maksiat kan? Jangan risau, kerana iman kami  didada masih ada walaupun hanyalah senipis kertas A4. Jadi, solat tetap diutamakan walaupun sedang seronok berfoya. Kami  konvoi 1 biji kereta dan 2 MPV yang mengangkut seramai 25 orang kanak2 riang yang bersemangat untuk berparti liar. Perjalanan dari Seri Iskandar ke Tambun memakan masa hampir 1 jam pada kelajuan yang selamat tanpa ditrap oleh speed trap. Sudah kata janji melayu, jadi tak cukup melayu jika kami tepat pada waktu. Janji bertolak pukul 9 pg, sudahnya  11pg pun masih ada di tanah Sri Iskandar.


 

Setiba di pintu gerbang taman tema air itu, kami mula melakukan aksi mencari publisiti dengan bergambar dengan pelbagai aksi jakun. Macamlah kali pertama datang ke situ. Kerana majority yang pergi, ada yang telah menganggap Lost  World seperti rumah kedua mereka.  Namun, mungkin suasana kali ini agak berlainan kerana pergi bersama kawan2 yang kebanyakkan nya mental.  Ada yang membawa pasangan masing2 untuk bercekarama di depan khalayak ramai seperti Ayu yang ayu seperti namanya. Shabi dan kawan2 pula datang secara berasingan dari Ipoh. Begitu juga dengan Makcik Bubur @ bukan salah Saya, tapi Salahsiah yang datang mengikuti rombongan Puteri Umno. Aku masih setia with my partner@bff@gf, Bintang.

 belas ehsan
 

alif bara
 

Sambil berenang, sambil buang air. Jangan risau kerana hasil kumuhan yang dikeluarkan dari tubuh, takkan dapat didetect melalui warna mahupun rasa.  Kami juga dihidangkan dengan pemandangan romantic ditepian kolam, dimana ramai pasangan couple sedang bersantai sambil bercumbuan2. Air kolam lebih dua kolah, bukan saja boleh dibuat air wudhuk, malah nak mandi wajib pom boleh jika berlaku kejadian yang diluar kawalan. Kat sini ada juga kolam air panas buatan manusia, Hot Spring & Spa, tapi aku tak mandi pom sebab aku tak tahan panas. Sekadar menjadi persinggahan. Sudah lah cuaca amat panas, mahu pula mandi kolam air panas. Tak sanggup aku melecurkan diri sendiri.


Selepas penat bermandi mandian, kami menuju ke funfair untuk berhibur. Macam2 ada. Cuma kena rajin beratur saja. Naik Pirates, gila.. rasa macam nak tercabut usus. Rasa macam ada orang geletek saja perut ni. Panda over jerit, dah macam pondanminta dirogol. Kena sound setepek dengan budak kecik depan dia. “ Hey, diam lah” Budak2 zaman sekarang memang berani. Penat mabuk2 dan gayat, aku dan Bintang mencuba nasib meneka nombor dibawah perut itik. Bintang memang hebat dalam berjudi, menang Bebear comel yang akhirnya jadi milik aku. Hehe. Hampir papa kerana duit habis sebab beli token. Haha.

Bagi yang mahu menambah ilmu pengetahuan tentang timah yang sememangnya pernah menjadi penjana ekonomi utama di Ipoh suatu ketika dulu, anda boleh belajar sejarah di Tin Valley. Banyak ilmu dan fakta menarik yang dikongsi. Boleh juga curi timah yang ada untuk djual. Kalau malas nak berjalan kerana sayangkan lemak di perut, anda boleh menaiki kereta api yang disediakan. 
   

Para pencinta haiwan, Petting Zoo adalah tempat yang paling best untuk pergi sebab kita boleh pegang dan belai2 tanpa unsur seksual pelbagai haiwan2 kat situ. Boleh suapkan sayur ke mulut rusa, hirup udara tahi kambing di reban kambing, relakan diri diraba oleh ular sawa, berbual kosong dengan burung kakak tua, dan tangkap ikan mengunakan penapis yang disediakan. Aku dah la penakut ayam, masuk ke  tempat ayam dan burung adalah perkara yang paling mengerikan. Aku takut kena patuk namun itu semua hanyalah dunia khayalan aku sahaja kerana ayam tak pernah gigit aku, aku je yang selalu gigit mereka. 





Kegagalan kami menyeludup makanan masuk semasa dicek di kaunter menyebabkan kami menjadi mangsa kebuluran. Makanan disini mahal nak arwah. Ini semua salah Ayu, bukan Salahsiah yang mula buat muka cuak sebab kantoi seludup sandwich dalam beg pakaian. Aku terpaksa baham Nasi Lemak Ayam yang berharga RM7 bersama linangan air mata sebab dah lapar tahap dewa.  Kat dalam tu yang percuma hanyalah air kolam. Kalau rajin, boleh sembelih dan panggang ayam atau kambing yang ada di Petting Zoo.  Selepas puas berfoya2 hingga hilang tenaga lahir dan batin , barulah kami dapat petunjuk untuk kembali pulang. Lost World ditutup pada pukul 7mlm, pukul 5 kami sudah bersiap sedia untuk mengundur diri.
Keluar sahaja dari Lost World, perkara pertama yang kami buat ialah membaham segala makanan yang gagal dibawa masuk. Walaupun mee goreng ciptaan Kak Ekin dan bihun goreng Bote seperti dimasak dengan separuh ikhlas, kami makan saja tanpa menghiraukan mata mata yang memandang. Sebagai bukti, boleh lihat aksi rakus Wan yang sedang makan dengan rakusnya. Haha. Gila, aku kena santau kalau beliau tahu aku upload gambar ni.
kebuluran

panda
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi didalam taman tema ini seperti Swan Lake, Kepura Cave, tapi aku takde point untuk bercerita tentang semua tu. Sesungguhnya sejak sepurnama ini, aku agak kebizian, training untuk Battle Of Chefs di Penang next week. Tinggal lagi 3 hari. Cuak ni. Tak tipu. Namun begitu, sungguh pun begitu, aku tetap mahu bercita2 untuk bercerita tentang life aku kerana setiap apa yang aku lalui adalah satu moment  yang aku takkan biar ianya berlalu camtu sahaja. Kerana kenangan adalah satu hal yang kita takkan bisa ulang.