Showing posts with label lovestory. Show all posts
Showing posts with label lovestory. Show all posts

Saturday, 10 August 2013

priceless

Tesco-Ikea-One Utama-Uptown Damansara
bersama berjuta-juta lemon kasih sayang.


meet meatball
salmon with broccoli sauce
cooli bukan coli
converse vs vincci
selipar 4 tahun
20 tahun akan datang, aku akan jual kamu dengan harga ribu

Thursday, 25 July 2013

Momento

Sejak kebelakang hari, asyik memikirkan kamu.
Orang tua2 kata, kalau kita teringatkan seseorang,
orang itu pom ingatkan kita. Orang tua kata, bukan aku kata.
Harap fakta itu hanya fitnah, sebab aku tak mahu kamu ingatkan aku.
Yang pernah cuba cipta bahagia.
Yang pernah cuba buktikan aku lah yang segala.
Yang mahu khabarkan pada dunia aku kau punya.
Hadir kamu tak lama, namun cukup terasa.
Khilaf aku tinggalkan kamu dengan tanda tanya, sepi tanpa bicara.
Dan biar kamu rasa diperguna.

* nafas hela

Maafkan aku.
Bahagia aku bukan untuk kita.


Thursday, 14 February 2013

1 Tahun 3 Bulan

Tanjung Tuan / Port Dickson

Nikmati Tiramisu.
hadap langit berdua,
kira bintang hingga lena.

Buka mata dan senyum.
Selamat Pagi Cinta.

Kayak
Banana Boat
Mandi laut
Belajar berenang
Main lumpur


Hari yang aku tak larat nak tampal senyum dan tawa di muka.
Bahagia walaupun muka sedikit hitam
Sunburn.

Berakhir di perhentian tempat ia bermula.
TTDI

Terima kasih.
Ailebiyu.








Tuesday, 12 February 2013

Ahad



 



 3.2.2013

Lumut, Perak

Pertama kali,
sampai pukul 6 pagi.
dapat 4 ekor ikan

berjuta2 kasih sayang
dan rasa cinta yang mencurah2.

Esoknya demam,
terpaksa MC ;(
Ubatnya cuma peluk dan manja.
Cis! Mengada2

Sunday, 25 November 2012

Far Away

"
 I have loved you all along
 And I forgive you
 For being away for far too long
 So keep breathing
 'Cause I'm not leaving you anymore
 Believe it
 Hold on to me and, never let me go
 Keep breathing
 'Cause I'm not leaving you anymore  "


-far away,nickleback

Sunday, 7 October 2012

Suatu Ketika

Pertemuan tanpa dirancang antara aku dan Mr Hubby.Mr Hubby bekas kekasih aku yg kedua, aku pernah 3 kali je bercinta termasuk Honey, jadi tak la susah sangat nak ingat tentang bekas2 kekasih lama. Aku bawa Honey teman jumpa MrHubby. Aku dah penah jumpa bekas2 kekasih Honey, biar Honey pula kenal bekas kekasih aku. Mujur Honey sporting. Cuma Honey tak banyak cakap, senyap je, tapi aku tahu Honey okay.Lagipun tak de menda pom yg buat Honey nak rasa tergugat. Past is past..sekali kau terima sesiapa dalam hidup kau,kau harus terima kisah silam dibelakang nya juga. Takde yang lebih penting melainkan dgn siapa dia bersama sekarang.susah senang bersama,ketawa bersama, menangis pun bersama..dan harap mati pun bersama. MrHubby stil macam dulu. Cara cakap, cara senyum,ketawa, takde yang berubah. Cuma yg berubah saiz badan. Muka bulat macam bola. Mungkin dah makin bahagia. Macam2 yang diborak kan, sampai kadang2 aku lupa yang Honey pun ada sekali. Tipikal Aku dan MrHubby, bila mula borak susah nak cari point untuk berhenti. Cara MrHubby cakap pun tak berubah, tak pernah cakap kosong, berisi. Tak penah nak cakap benda2 bodoh, kalau bodoh pun, penyampaian dengan cara pandai.


Bermula dari kawan baik, bercinta di pertengahan, dan berakhir juga dengan kawan baik. Kami tak banyak ungkit sejarah lama. Aku pun banyak buat2 lupa. Kisah cinta yang berakhir ditengah jalan berpunca dari MrHubby dan keegoan aku berlaku setahun sebelum MrHubby menuju ke dunia perkahwinan. Sepanjang setahun itu juga MrHubby cuba untuk berbaik dengan aku, tapi aku masih dengan ego aku dan MrHubby mula berputus harap. Dan mungkin itu juga sebab MrHubby menerima pilihan keluarga beliau. MrsHubby senegeri dengan aku. Tak jauh pun. Jarak dari rumah aku ke rumah MrsHubby nak mengesot ke sana pun boleh. Tapi masa majlis, aku tak datang pun walaupun dijemput. Mungkin terkejut masa tu, perasaan bercampur baur. Walaupun hubungan dah lama berlalu, perasaan masa itu susah aku nak gambar kan. Selepas MrHubby, lama aku solo, hampir 3 tahun hanya fokus carier dan cintai diri sendiri dan kumpul harta hinggalah Honey comeback dalam hidup aku.

Banyak yang MrHubby kongsi kisah hidup baru nya, pengalaman yang indah dan baru dalam mengharungi percintaan selepas berkahwin. Aku jangka kan MrsHubby seorang perempuan yang baik, secara tipikal nya, susah utk kita jumpa mana2 remaja yang boleh terima pilihan keluarga untuk dijadikan pasangan hidup. Aku tinggalkan pesan pada Hubby jaga Mrs Hubby baik2. Susah nak jumpa perempuan baik sekarang ni.Jangan sia2 anugerah yang dia dah punya. Aku bahagia dapat tengok orang yang pernah aku sayang bahagia walaupun bukan dgn aku. Tiada dendam yang disimpan sebab aku mahu hubungan yang dahulunya bermula dengan baik, harus berakhir dengan baik juga.



pernah jadi kesayangan suatu ketika dahulu. 18th birthday.

Saturday, 29 September 2012

Give Take & Pengungkit


Baru2 ni kawan aku gaduh teruk dengan bekas awek dia, dorang dah break off, punca, pompuan tu berlaku curang. Itu tragedi yang biasa kita dengar. Kalau tak kau yang curang, aku yang curang. Memang susah nak jumpa yang betul2 setia. Cuma yang tak best bila dah putus, berlaku pula kes ungkit mengungkit. Ungkit mengungkit yang sikit2 takpe, tapi bila sampai perang besar di Facebook, dari tak tahu pun, jadi tahu. Wall to wall. Dah macam kes Rita Rudaini dan laki dia yang bergaduh di Twitter. Kalau dorang ni artis, kompem masuk melodi ni. Semua kisah negatif mahu ditelanjangkan di facebook, malu.. Aku tak support mana2 pihak sebab dua2 aku kenal. Tapi aku lagi rapat dengan Naruto berbanding awek dia. Ops, i means ex awek dia. Tapi aku sekadar tumpang simpati dan kesian pada Naruto sebab bila perang besar di Facebook, awek dia ungkit semua benda termasuk bayar kereta, rumah, bla..bla..bla.. maki sana sini, well. time bercinta baby2, dah putus, babi2 la pulak kan. Mungkin ada cara yang lebih baik nak minta hutang, tapi bila di war2 kan di FB, memang akan jadi war. Maruah Naruto macam dikotak2 katik kan, tau la Naruto tu katik orang nya. Eh? Walaupun sebenarnya Naruto tak minta pun pada awek dia, tapi bila bercinta automatik kau akan jadi manusia paling pemurah pada kekasih kau, semua benda kau nak bagi, walaupun dia tak pernah minta. Tapi nak sedekah kat tabung masjid berat pulak. Bila dah putus, siap boleh bagi list amount benda yang pernah kau bagi, minta bayar semula walaupun punca putus hubungan dari pihak yang pemurah tadi.


give and take
Sesuatu hubungan kena ada ' give and take ' kau bagi dan aku terima, aku bagi dan kau terima. As simple as that. Tak kisah la as a fren, skandal, atau adik beradik ker.. Bila hang out, jangan bagi kau je belanja dia sampai kan pads dia pun kau nak belikan. Atau kalau hari ni kau kuar duit belanja dia beli jeans tak ori kat Uptown, esok make sure dia pula yang keluar kan duit belanja baju kau kat Zara, KLCC. Its doesnt mean kau kena jadi seorang kaki pengikis, pisau cukur. Bak kata pepatah Jawa " I'll scratch your back if you scratch mine " dan mengikut kajian Majalah Mangga, edisi khas bila sesuatu hubungan itu takde give and time, something wrong somewhere. Jangan berat sebelah pada diri kau seorang saja, sebab per2 jadi dimasa depan nanti, dari seorang yang pemurah dan baik hati, kau akan jadi seorang pengungkit yang amat dasat. Atau, kalau dia saja yang berat sebelah, sapot kau selama ini, bila gaduh..dia akan ungkit semua benda.. kau yang akan panas hati. Kalau kena maki kat Fb macam kawan aku ni, bukan saja malu..tapi seakan2 maruah kau dipermainkan. Manusia sangat mudah melupakan kebaikan orang lain, tapi ingat sampai mati kejahatan orang,  lupa kejahatan diri tapi mengagung2 kan kebaikan diri sendiri. ---> refer fo my self

Fakta yang aku tulis hanya sesuai pada mereka yang akan bertukar jadi pengungkit bila marah. Lebih elok jika kita menjadi seorang yang murni dan ikhlas dalam memberi tanpa mengharap kan balasan setimpal. Kita bagi bunga, orang balas tahi..stil boleh cool. Kau memang hebat. Tapi kalau bila marah, semua jumlah wang yang pernah dikorban kan nak diungkit,You need to have give-and-take in your relationship.

Dialog I :

" Sayang, can u buy a gitar for me, i will learn how to goreng, then i will play the song for u baby.."

" Anything for u honey..but with one condition tau, can u buy me an oven, so i can bake a cake for you and u can eat sampai kembung perut "



Bila break, aku dapat oven, kau dapat gitar kapok. 


camera murah jer, yang penting moment
digital camera/ nikon coolpix L3, 5mp
lokasi : taman tenaga, puchong