Showing posts with label personal life. Show all posts
Showing posts with label personal life. Show all posts

Thursday, 24 October 2013

Tiada Lama Khabar

Ya! Aku masih hidup.
Masih sama , masih bahagia. Cuma..
Sibuk, terlalu sibuk menguruskan kehidupan sendiri bukan kehidupan orang lain.
Bermula seratus hari disini.

-equatorial hotel, bangi

Wednesday, 17 July 2013

Bercita2 Tinggi





Sedang jalan2..terserempak seekor tabung yang comel. Aku beli untuk bela dan berharap dapat menjadi pentabung yang tegar.

Wednesday, 10 July 2013

Yang ke Dua - Lagend Of Opera

Seminggu selepas BOTC, aku menyahut satu lagi cabaran dalam competition Cupcakes Creative (semi-profesional IPTA/IPTS)  di Perbadanan Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay,KL. Penat pulang dari Penang masih belum hilang,  kami terus training utk cupcakes pula. Aku masih setia bersama partner ku, Miera.  Selepas berhempas pulas memerah susu eh? Memerah otak.. kami sebulat suara memilih Opera Cake yang di murtadkan menjadi cupcakes. Kali ini yang menjadi pesaing adalah dikalangan kami juga.

GM Parit Seri Iskandar, menghantar 3 team. Lagend Of Opera, aku dan Miera. Smoothy, Alif & Najwa yang asyik bergaduh bagaikan isi dan kuku. Dan team terakhir yang tak pernah serius, KillerBee, Akim & Hasmira. Jadi sebelum berjumpa dengan pesaing luar, kami dah ada pesaing didalam. Aku dan Miera hanya training buat cupcakes hanya sekali. Dan masa yang terbuang diisi dengan membuat figurine yang bermotifkan kraftangan yang akan dijadikan sebagai hantaran. Masa yang diberi pula hanya 2jam 30 minit. Jadi, banyak persiapan yang harus dilakukan. Memandangkan kami akan bertolak seawal 6pg dari Ipoh, malam itu kami menumpang kasih di rumah Cikgu Azmil malam itu.


22 Jun 2013
Selepas bertahun2, ini lah kali pertama aku bangun seawal 6pagi. Itu pun jenuh Miera kejutkan aku. Perjalanan kami berkiblatkan GPRS sebab semua tak tahu jalan ke Pusat Kraf termasuk lah aku yang konon2 mahir jalan KL, tapi sebenarnya dusta  belaka. Jadi, inilah kali pertama aku mencemar duli di Pusat Kraf . Rupanya lokasinya hampir saja dengan Pavi dan Bukit Bintang yang pernah menjadi tempat aku bersuka ria dan menghabiskan wang suatu ketika dahulu. Competition bermula  pada pukul  2pm. Selepas buffering, dan mendengar taklimat para juri, yang diketuai oleh Chef Selebriti, Chef Liza dan 2 orang yang aku tidak kenali. Chef Liza adalah Chef Selebriti, diulangi.. Chef Selebriti. Hehe. Competitor adalah dari kalangan studend dari IPTA dan IPTS kebanyakkan nya dari daerah Hulu Klang. Kami sahaja yang jauh merantau.

Wednesday, 26 June 2013

Battle Of The Chefs 2013

11.6.2013
Battle Of The Chefs ialah satu event yang diadakan 2 tahun sekali sama seperti orang menyambut hari lahir pada 30 February.Jadi selama 2 tahun, sempat la kita berlatih dan membuat persediaan untuk sebarang competition yang dimasuki. Walaupun kami hanya tahu beberapa bulan sebelum,  namun masih cool sebab biasanya kerja last minute itu lebih berkesan hasilnya. Eh? Seperti tahun sebelum2 nya BOTC di adakan di Strait Quay Convention Centre, Penang. Team kami dari GM Parit, Seri Iskandar pom tidak terkecuali dalam mencemar duli dan mencabar competitor lain. Pelbagi rintangan dan dugaan yang kami terpaksa hadapi sebelum kami dapat join BOTC ni seperti kurang sapot nya dari pihak pengurus sendiri,  nama kami tak tersenarai dalam list competitor yang menyebabkan Cikgu Izma terpaksa direct register kepada pihak BOTC disaat2 akhir, namun dugaan itu hanyalah dugaan.



Berbekalkan semangat gigih tanpa berputus asa walaupun kurang tidor dan rehat, perjalanan menuju cita2 pom bermula. Jauh perjalanan, luas pandangan, tapi  kami , jauh perjalanan gelap saja pandangan, sebab semuanya tidor sepanjang perjalanan kecuali  Hakim yang sememangnya wajib utk menemani cikgu Izma yang memandu dengan penuh berhati2 kerana banyaknya harta benda yang dibawa. Berlagak  saja guna GPS, tapi kadang2 GPS macam gampang juga. Selamat tiba di bumi DAP itu pada pukul 11pm, kami terus check in ke Golden View Apartment & Services yang telah dibooked awal oleh Kak Siti, merangkap isteri kepada Cikgu Azmil. Jangan berangan nak terus masuk bilik dan tidor, sebab banyak persiapan yang perlu dilakukan. Malam itu aku, Najwa dan Cikgu Izma bertungkus lumus menyiapkan showpiece beliau.

Day 1
12.6.2013

Saturday, 15 June 2013

Burning Like A Silver : Lining Of Vintage

.
langkah bermula.

Bermula dari berjayanya aku melepasi saringan dan dipartner kan secara paksa bersama Izani sebagai sebuah team, tapi beliau telah disingkirkan akibat kelebihan umur. Masa masuk ujian saringan, semua tak perasan yang dia umur 24. Beliau pula pura2 perasan muda. Partner seterusnya ialah Zaty. Namun, akibat masalah yang tidak dapat dipastikan, beliau juga disingkirkan. Pasangan bertukar ganti, hanya aku yang masih berada di takuk yang lama. Akhirnya, Miera pula dipilih utk menjadi partner. Didalam hati aku berdoa, agar biarlah ini pilihan yang terakhir kerana masa terus berjalan. Training masih belum bermula.  Selepas sah dan yakin, Miera lah pasangan aku yang akan kekal hingga ke akhir competition. Dibawah bimbingan Cikgu Izma, training pom bermula. Idea asal kami mahu menggunakan fondant. Tapi memikirkan masa hanya diberi 2 jam, fondant digantikan dengan buttercream. Masing2 punya otak macam makan kismis setiap hari, idea sentiasa nak ubah2 dan suka menokok tambah, 2 minggu sebelum  competition barulah dapat idea yang tetap . Training, scrap , do it again and again until perfect.

Lining Of Vintage

13.Jun.2013 it’s a day. Battle Of The Chefs 2013
Malam tu aku tidor pukul 5am sebab tolong Cikgu Izma siapkan showpiece. Hanya tidor 3 jam, pukul 8 aku bangun dan terus siap2 untuk ke Strait Quay Convention Centre yang jaraknya hanya 5 minit perjalanan nya dari Golden View Ampartment jika menaiki van yang dipandu laju oleh Cikgu Izma.   Mahu bawa bekal makanan, memang tak sempat nak beli.  Jadi, aku hanya bekalkan doa dan restu ketika masuk ke dalam convention centre. Competition bermula pukul 10pg hingga 12pm. 2 tier cake harus disiapkan within 2 hours.
Surprise me ! Kami harus menggunakan topping cream yang diprovided oleh sponsor. Come on, topping cream sudah lah mudah split dan selama ini kami hanya berlatih hanya menggunakan buttercream. Namun, dengan semangat tanpa mudah putus asa, aku guna saja cream yang telah diprovided. Kena beat on the spot. Time frame aku lari jauh 20 minutes, masa training, utk coating dua2 cake hanya ambil masa 20 minutes, disebabkan aku tak reti nak bajet berapa banyak cream yang harus dibeat, cream aku tak cukup, dah harus dibeat lagi. Coating saja makan masa 50minutes.  Ikut design, coating warna peach, akibat menggunakan topping cream, aku tak nak ambil risiko cream split dan watering, jadi  aku coating saja warna putih. Sementara tungggu cream dibeat, aku pura2 sibuk bersihkan meja sebab point untuk teamwork juga diambil kira Namun, lakonan pura2  aku itu berjaya dikesan oleh Cikgu Izma. Hehe..




Jam pertama aku yang  sedang gigih mengcoating cake dan Mera yg sedang tekun mencipta roses  dan daisy dari gumpaste  masih tenang dan siap boleh bergosip. Aku masih sempat betulkan tudung dua kali sebab rambut asyik nak terkeluar sekalipun aku dah pakai serkup. Aku sempat say Hi pada sis Kelly Wather yang datang menyapa aku. Kalau Cikgu Izma tak tegur, mesti aku pergi salam dan laga2 pipi dengan beliau. Hihi. Thanks sis Kelly. Para penyokong, Hakim , Alif dan Najwa hanya kerja  mengutuk saja. Selesai aku coating kedua2 biji kek. Tiba masa utk stack kan kek. Kat sini lah berlaku sedikit accident yang mana tangan Miera tertarik sekali dengan cream pada kek atas yang menyebabkan kek mengalami injured. Banyak mata yang memerhati termasuklah juri2.  Sepantas kilat aku scrap dan cover semula. Miera dah jammed. Masa terus berjalan, design  masih banyak belum buat.  Aku mula jadi kelam kabut, cream dah mula split, pecah2, cream tak cukup. Tangan shacking masa aku piping design S scroll. Brige aku tak floating. Terlalu banyak mistake aku rasa. Masa tu aku dah tak pandang orang keliling, hanya kejar masa.

injured

Time’s up! Siap ontime termasuk display. Semua dihalau keluar dan harus berkumpul semula dalam masa 15minit sebab judges nak mengkaji sambil memuji dan mengeji hasil tangan oleh kami yang masih green horn sebab all of us adalah students.  Keputusan telah dibuat, judges berjumpa dengan kami semua dan memberi sepatah kata dan kata semangat sebab apa pom keputusan yang bakal keluar, ia bukan lah satu pengakhiran. Barisan juri ialah Chef Eric Roos, Chef Buddy Trinidad, Chef Randy  Chow dan  Chef Jochen Kern.Sebelum bersurai, tanpa segan silu, aku memanggil Chef Randy dan Chef Eric untuk mengomen secara personal tentang pandangan beliau terhadap kek kami. Alhamdullilah, tanpa perlu menggunakan ilmu pengasih.. beliau memuji hasil kerja kami tapi turut juga mengeji  kesilapan dan kelemahan yang ada. Ya, ianya masih belum cukup sempurna.


Keputusan keluar pada pukul 3 ptg dan tanpa menghiraukan mata2 liar yang memandang, aku dan Miera menjerit dan berpelukan kegembiraan! Syukur tak terhenti. Usaha selama ini sangat berbaloi. Kiraan dalam competition, bukan macam hari sukan. Ada tempat pertama, kedua dan ketiga. Tapi adalah mengikut point. Jika point kita melayakkan untuk dapat gold, kita akan dapat gold. Begitu juga dengan silver,dan diploma. Tahniah juga buat Kolej Komuniti Selayang yang mendapat bronze dan diploma.



 

Thanks to all. My partner, Miera yang turut sama2 gigih berusaha utk kita sama2 berjaya. To our mentor, Chef Syaifa Izma dan Chef Azmil, terima kasih untuk segalanya, for supporting us, beri tunjuk ajar , kata semangat dan tak jemu2 ajar aku yang bengap ni hingga dah habis semua ayat dalam dunia ni untuk diexplain bagi aku faham. Tanpa bimbingan mereka, aku takkan berjaya. For my parents, my family and my frens, thanks for doa dan restu. To my Bintang yang selalu kena tinggal bila aku pura2 sibuk  atau betul2 sibuk, yang selalu merajuk, tapi aku tak pernah pujuk, yang sekarang sakit..tapi masih kuat untuk aku, kejayaan ini hadiah buat kamu. 
 
1tahun 7bulan

Thursday, 13 June 2013

Burning Like A Silver

Lining Of Vintage.

Alhamdulillah, i got silver medal !!! - Battle Of The Chefs 2013 - Dressing Cake 2 tier. Thanks to all. Especially to my partner, Miera, our mentor, Chef Syaifa Izma , Chef Azmil, family , Bintang & frens. Next entry, will be update soon. Nak pergi berfoya foya sebentar :)

Saturday, 8 June 2013

Menyesatkan Diri Di Lost World Of Tambun



20.5.2013
Selepas rundingan meja bulat diadakan, dan keputusan telah dibuat secara muafakat, aku bersama
rakan2  gelak tawa dan air mata telah memilih Lost World of Tambun sebagai destinasi untuk kami mengadakan wet party dihujung minggu. Bunyi nya macam keji dan berunsur maksiat kan? Jangan risau, kerana iman kami  didada masih ada walaupun hanyalah senipis kertas A4. Jadi, solat tetap diutamakan walaupun sedang seronok berfoya. Kami  konvoi 1 biji kereta dan 2 MPV yang mengangkut seramai 25 orang kanak2 riang yang bersemangat untuk berparti liar. Perjalanan dari Seri Iskandar ke Tambun memakan masa hampir 1 jam pada kelajuan yang selamat tanpa ditrap oleh speed trap. Sudah kata janji melayu, jadi tak cukup melayu jika kami tepat pada waktu. Janji bertolak pukul 9 pg, sudahnya  11pg pun masih ada di tanah Sri Iskandar.


 

Setiba di pintu gerbang taman tema air itu, kami mula melakukan aksi mencari publisiti dengan bergambar dengan pelbagai aksi jakun. Macamlah kali pertama datang ke situ. Kerana majority yang pergi, ada yang telah menganggap Lost  World seperti rumah kedua mereka.  Namun, mungkin suasana kali ini agak berlainan kerana pergi bersama kawan2 yang kebanyakkan nya mental.  Ada yang membawa pasangan masing2 untuk bercekarama di depan khalayak ramai seperti Ayu yang ayu seperti namanya. Shabi dan kawan2 pula datang secara berasingan dari Ipoh. Begitu juga dengan Makcik Bubur @ bukan salah Saya, tapi Salahsiah yang datang mengikuti rombongan Puteri Umno. Aku masih setia with my partner@bff@gf, Bintang.

 belas ehsan
 

alif bara
 

Sambil berenang, sambil buang air. Jangan risau kerana hasil kumuhan yang dikeluarkan dari tubuh, takkan dapat didetect melalui warna mahupun rasa.  Kami juga dihidangkan dengan pemandangan romantic ditepian kolam, dimana ramai pasangan couple sedang bersantai sambil bercumbuan2. Air kolam lebih dua kolah, bukan saja boleh dibuat air wudhuk, malah nak mandi wajib pom boleh jika berlaku kejadian yang diluar kawalan. Kat sini ada juga kolam air panas buatan manusia, Hot Spring & Spa, tapi aku tak mandi pom sebab aku tak tahan panas. Sekadar menjadi persinggahan. Sudah lah cuaca amat panas, mahu pula mandi kolam air panas. Tak sanggup aku melecurkan diri sendiri.


Selepas penat bermandi mandian, kami menuju ke funfair untuk berhibur. Macam2 ada. Cuma kena rajin beratur saja. Naik Pirates, gila.. rasa macam nak tercabut usus. Rasa macam ada orang geletek saja perut ni. Panda over jerit, dah macam pondanminta dirogol. Kena sound setepek dengan budak kecik depan dia. “ Hey, diam lah” Budak2 zaman sekarang memang berani. Penat mabuk2 dan gayat, aku dan Bintang mencuba nasib meneka nombor dibawah perut itik. Bintang memang hebat dalam berjudi, menang Bebear comel yang akhirnya jadi milik aku. Hehe. Hampir papa kerana duit habis sebab beli token. Haha.

Bagi yang mahu menambah ilmu pengetahuan tentang timah yang sememangnya pernah menjadi penjana ekonomi utama di Ipoh suatu ketika dulu, anda boleh belajar sejarah di Tin Valley. Banyak ilmu dan fakta menarik yang dikongsi. Boleh juga curi timah yang ada untuk djual. Kalau malas nak berjalan kerana sayangkan lemak di perut, anda boleh menaiki kereta api yang disediakan. 
   

Para pencinta haiwan, Petting Zoo adalah tempat yang paling best untuk pergi sebab kita boleh pegang dan belai2 tanpa unsur seksual pelbagai haiwan2 kat situ. Boleh suapkan sayur ke mulut rusa, hirup udara tahi kambing di reban kambing, relakan diri diraba oleh ular sawa, berbual kosong dengan burung kakak tua, dan tangkap ikan mengunakan penapis yang disediakan. Aku dah la penakut ayam, masuk ke  tempat ayam dan burung adalah perkara yang paling mengerikan. Aku takut kena patuk namun itu semua hanyalah dunia khayalan aku sahaja kerana ayam tak pernah gigit aku, aku je yang selalu gigit mereka. 





Kegagalan kami menyeludup makanan masuk semasa dicek di kaunter menyebabkan kami menjadi mangsa kebuluran. Makanan disini mahal nak arwah. Ini semua salah Ayu, bukan Salahsiah yang mula buat muka cuak sebab kantoi seludup sandwich dalam beg pakaian. Aku terpaksa baham Nasi Lemak Ayam yang berharga RM7 bersama linangan air mata sebab dah lapar tahap dewa.  Kat dalam tu yang percuma hanyalah air kolam. Kalau rajin, boleh sembelih dan panggang ayam atau kambing yang ada di Petting Zoo.  Selepas puas berfoya2 hingga hilang tenaga lahir dan batin , barulah kami dapat petunjuk untuk kembali pulang. Lost World ditutup pada pukul 7mlm, pukul 5 kami sudah bersiap sedia untuk mengundur diri.
Keluar sahaja dari Lost World, perkara pertama yang kami buat ialah membaham segala makanan yang gagal dibawa masuk. Walaupun mee goreng ciptaan Kak Ekin dan bihun goreng Bote seperti dimasak dengan separuh ikhlas, kami makan saja tanpa menghiraukan mata mata yang memandang. Sebagai bukti, boleh lihat aksi rakus Wan yang sedang makan dengan rakusnya. Haha. Gila, aku kena santau kalau beliau tahu aku upload gambar ni.
kebuluran

panda
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi didalam taman tema ini seperti Swan Lake, Kepura Cave, tapi aku takde point untuk bercerita tentang semua tu. Sesungguhnya sejak sepurnama ini, aku agak kebizian, training untuk Battle Of Chefs di Penang next week. Tinggal lagi 3 hari. Cuak ni. Tak tipu. Namun begitu, sungguh pun begitu, aku tetap mahu bercita2 untuk bercerita tentang life aku kerana setiap apa yang aku lalui adalah satu moment  yang aku takkan biar ianya berlalu camtu sahaja. Kerana kenangan adalah satu hal yang kita takkan bisa ulang.