Thursday 13 September 2012

Bihun Goreng Singapore yang takde kat Singapore


Salah satu tarikan di Malaysia yang membuat kan pelancong dari luar negara akan datang, datang dan datang lagi ialah Malaysia diibaratkan seperti syurga makanan. Itu bagi mereka yang datang untuk memenuhkan perut la, kalau ada niat lain, itu aku tak pasti. Tapi yang menjadi tanda tanya, banyak nama makanan yang aneh2 yang kita jumpa, seperti Mee Bandung, tapi kalau anda pergi ke Bandung, takkan jumpa pun mee bandung ini, Nasi Goreng USA, setahu aku American jarang makan nasi camne boleh tercetusnya nama Nasi Goreng USA, sama juga dengan resepi yang aku nak share ini, Bihun Goreng Singapore memang takkan korang jumpa di Singapore, tapi tak tau la kalau aku pergi sana utk berfoya dan honeymoon disana nanti, tiba2 ada pula tercipta Bihun Goreng Singapore ini. ( November! plan trip to Spore, Amin!)



Bihun Goreng Singapore ini juga dikenali dengan nama tempatan nya , Bihun Goreng Putih sebab dia warna putih. Actually ini first time aku buat, tergoda pula bila tengok El melahap penuh rakus bihun goreng singapore semasa kami lunch tempoh hari. Pagi itu, aku bangun seawal 6.30pagi untuk menunaikan solat subuh setelah lama ditinggalkan, kemudian berbekalkan resepi suka hati dan semangat berkobar2, aku memulakan operasi. Bahan2 yang diperlukan pun sangat mudah didapati di kedai berhampiran rumah anda.

* Sepaket bihun ( rendam sehingga lemah lembut )
* 3 ulas bawang putih ( dicincang halus)
* Sebiji bawang merah dipotong halus
* Lada hitam ditumbuk dengan kejam hingga hancur berkecai
* 3 biji cili api dipotong halus
*  Udang yang dikeringkan
*  Sayur mayur kesukaan anda, cabbage + carrot dicincang halus
*  Tambahan, masukkan haiwan kesukaan anda. Ayam ke, Udang ke, Sotong ke, aku masukkan kek ikan atau nama santifik nya Fishcake.


* Mula2 panaskan minyak masak , tumis segala jenis bawang yang dicincang halus hingga naik bau satu rumah anda.
* Kemudian, masukkan cili api, lada hitam, udang yang sudah dikeringkan, sayur mayur dan pelbagai jenis haiwan kegemaran anda.
* Bila semua sudah serasi dan sebati, masukkan bihun yang sudah anda rendam 7 hari 7malam hingga jadi lemah lembut. ( exxagerated) fakta : aku rendam 30minit jer.
* Masukkan sedikit air, dan gaul hingga semua nya sebati bersama.
* Last sekali, baru masukkan garam sehingga terasa kemasinan nya. Kuantiti garam , suka hati lidah anda.
* Kemudian, semasa dihidang, hiaskan dengan bawang goreng dan cili potong. Aku tak sempat nak goreng bawang, so.. hias dengan cili sahaja. Biasalah, budak belajar seni kulinari tak habis, seni pun tak berapa nak nampak. Janji sedap diperut walaupun kurang enak dipandang..kan?
* Asal usul namanya Bihun Goreng Singapore masih menjadi tanda tanya hingga ke hari ini. Kawan aku Geeda si minah Singapore cakap, itu hanya sekadar nama, harap2 negara singapore tak mintak royalti yer.


Pagi hari itu dimulakan dengan sarapan Bihun Goreng Singapore dan hencek Nescafee. Siap tapau bekal buat Honey ke tempat kerja. Aku pernah dengar, gosip liar mengatakan, untuk tawan hati kesayangan, kena tawan perut nya dulu. Tapi ikut fakta tahyul yang aku baca dan menurut kajian majalah Mastika, kalau nak guna2 kan orang kita  kena bagi orang itu makan nasi kangkang kan. Eh? Tahyul je semua itu. Rahsia sebenar, masak lah hidangan dengan penuh kasih sayang. Dosa saja guna ilmu hitam ni. Nak mati nanti susah.