Saturday 8 September 2012

Tahniah Nurul Aini & Romi Anggun Saputra

Nurul Aini Rosly & Romi Anggun Saputra

2 Sept 2012 adalah tarikh keramat dan bermakna buat kakak angkat aku yang tersayang,sama nama dan nama bapa denganku,namun berbeza umur dan saiz pinggang,Nurul Aini Rosli dan cowok ganteng pilihan hati beliau yg diimport dari Indonesia, Romi Anggun Saputra. Siapa sangka jodoh beliau orang luar negara yang berwajah seperti pelakon Sinetron. Tahniah aku ucapkan,walaupun sebenarnya agak sedih sebab kasih sayang beliau terhadap aku akan beralih pada org lain.takpe,aku cari kakak angkat baru. hehe..Aku dan Kak Ainie kenal masa sama2 study kat ITS.Beliau adalah senior yang sangat garang dan sombong tapi hakikatnya beliau sorg yang sangat baik,tak kedekut,solat 5 waktu tak pernah tinggal,tapi puasa di bulan ramadhan tak penah penuh sejak akhil baligh. Aku selalu jadi mangsa penderaan bebelan beliau sebab masa zaman jahiliah dulu sbb aku malas bangun subuh dan suka ponteng kuliah. Bukan dulu je,sekarang pun aku malas bangun pagi. Kadang2 aku saja je buat perangai degil suke lepak dalam dorm baring2 atas katil besi sambil makan choki2, buat2 sakit sebab malas masuk kuliah,biasa la..time tu aku kan kanak2 ribena perlukan perhatian dan kasih sayang.masa tu, siapa yg duduk hostel,tapi takde kakak angkat,korang akan dianggap loser dan forever alone.kakak angkat aku pula ramai,tapi beliau je paling kekal dan setia disayangi hingga ke hari ini. Kami rapat hinggalah aku dihantar ke Labuan. Beliau pun dah habis belajar dan kini menjadi seorg usahawan yg berjaya.

congrats!

Macam biasa,asal wedding je,aku la manusia paling lambat datang.Sampai saja hampir pukul 3ptg,padahal perjalanan dari kota damansara ke Bangi hanya memakan masa tak sampai 1jam. Majlis diadakan di restoran beliau Restoran Sharifah DNur Ain,sek7 Bandar Baru Bangi. Aku selalu jugak lepak sini kalau datang Bangi,sebab boleh makan free.hehe.. Korang yg duk area Bangi,tapi xpenah dgr nama Restoran Sharifah,mmg korg bukan anak jati Bangi,sebab restoran ni faymes amos,dan ada bnyk cawangan. Ikut perancangan, aku akan datang majlis ini bersama kesayangan ku Bell,tapi Bell menarik diri disaat akhir kerana pulang ke kampung halaman.Jadi aku menghadirkan diri bersama kesayangan ku juga, Aben. Disana aku btemu dgn ex skulmate yg aku kenal, Ijah Hashim yg dah ada 2anak yg comel rasa nak picit2,dan Kak Ainul Bashirar. Mula2,aku usha je dari jauh,nk tegur tak konfident yela, dah bertahun2 xjumpe.Kak Ainul yg dtg kat aku,terus cium pelok,aku relakan jela. Muka berubah lebih comel, ketinggian je masih di takuk lama.kihkih..
with Kak Ainul Basyira
Sebelum mengundurkan diri dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya utk mbaham,aku sempat berpesan pada Mas Romi, "Jaga Kak Ainie baik2,kalau tak,nanti aku hantar pulang ke Indon.haha."
Buat Nurul Aini Rosli dan Romi Anggun Saputra, Selamat Pengantin Baru, semoga hubungan kekal hingga nafas terakhir, bahagia didunia dan bercinta semula di syurga.aku doa panjang2 ini sebagai hadiah perkahwinan, Yela, haritu dah la datang lambat, bawa hadiah perut kosong je pulak tu.