Friday 7 September 2012

Made In Malaysia


31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat buat semua rakyat Malaysia yang mempunyai Mykad dan Mykid. Selamat Hari Kemerdekaan ke 55 buat semua yang bergelar warganegara Malaysia walaupun wajah anda seiras makcik2 indon yang mencari rezeki di negara ini, atau kulit anda sedikit gelap, hampir tidak ada beza dengan mereka yang berasal dari Zimbabwe sehingga ada yang menyangka anda berasal dari sana, usah gundah dan bersedih hati,  kerana selagi anda mempunyai Mykad yang sah, marilah kita sama2 menyambut Hari Merdeka yang ke 55.Malam merdeka, disaat manusia lain menyambutnya di Dataran Merdeka (walaupun separuh adalah disyaki warga asing) mereka sama2 countdown utk tengok fireworks dan menonton konsert, namun aku dirumah menyambutnya dengan menonton buat kedua kali movie hasil seni orang Malaysia, Chow Kit sambil makan cekodok pisang. Chow Kit is a part of Malaysian and its really happened in Malaysia. Memang silap besar kalau nak ajak aku pergi Dataran, tak sanggup aku nak hadapi lautan manusia, panas2 walau dimalam hari..Oh Tidak! 
Namun, itu tak bermakna aku seorang rakyat yang curang pada negara kerana demi untuk menunjukkan semangat patriotik yang membara dalam diri ini, aku menyambut nya dengan menyertai perarakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun aku sebenarnya bukan sorang yang suka pada tempat2 yang sesak dan penuh dengan pelbagai jenis bau badan manusia, aku merelakan nya selepas di hasut oleh Aben, Atip , Ard dan partner beliau, Ainie. Ye, aku tahu nama kitaorang sama walaupun ketinggian berbeza.
Pagi itu aku menjadi tukang sorak di SportPlanet, Ampang disana ada perlawanan persahabatan futsal antara Da Blitz dan kumpulan apa ntah, tak sempat aku temu ramah. Selepas penat menjerit kegembiraan, kami mentekadarah akibat kelaparan sebab dari pagi tak makan apa2. Tapi apa yang dimakan, tidak lah dapat membuat perut ku kenyang sangat pun. Ada ke orang melantak Yong Tau Fu boleh kenyang? Ke perut aku je yang ada saka hantu raya, makan apa pun masih lapar. Aku tengok Aben relaks je makan nasi kosong dengan sup, boleh kenyang sampai malam.




Selepas tanpa malu menumpang mandi dan habis kan rempeyek sehingga tinggal balang di rumah nenek Atip di Pandan Indah, kami berlima merempit menuju ke Bukit Jalil. Rupanya kami tiba terlalu awal, utk masuk ke stadium ialah pada 8.30malam, kami tiba pada 4.00ptg, ini semua salah Atip dan Ard kerana terlalu punctual, mereka berdua kena tiba awal untuk menyenaraikan nama mereka sebagai seorang rakyat dan kakitangan kerajaan yang setia. Ceh, padahal nak claim OT kan. Hehe. Sementara mahu menunggu 8.30malam, kami berlima melepak di kaki lima depan stadium sambil mengumpat mereka yang lalu lalang dan Ard pula asyik pertikai kan apa keistimewaan spacerunner selain dari melompat pada ketinggian 50cm ke angkasa. Berkat kesabaran menunggu, kami menerima cenderahati berupa sehelai T-Shirt free size yang aku pakai boleh jadi jubah, dan nasi ayam percuma. Walaupun nasi ayam yang diberi hanyalah satu seorang, tapi Atip membaham nya 2 bekas tanda protes kerana dipaksa lama menunggu.


Walaupun ini hari bagi meraikan hari kemerdekaan buat rakyat Malaysia, namun ada juga wajah2 asing yang datang meraikan, seperti iras2 wajah Zimbabwe, Indonesia, dan Uganda. Macam2 juga gaya dan gelagat mereka yang datang. Yang menarik perhatian, ada auntie India yang pakai dress yang dibuat dari bendera Malaysia. Tapi aku tak sempat nak ambil gambar. Mungkin beliau masuk pertandingan dress tercantik.  Dalam ribuan yang datang, masih ada yang tebal iman nya kerana tidak lupa tanggungjawab pada Tuhan dengan menunaikan solat Maghrib di bawah pokok secara berjemaah. Antara mereka, anda boleh masukkan dalam senarai calon menantu pilihan dan suami soleh. 


Kami antara yang terakhir masuk ke stadium, dan wajah2 kami dirakam oleh camera2 dari pelbagai media masa. Cis, kantoi la Ainie, mak kau tengok kau kat tibi, anak dia tak pakai seluar. Haha. Namun, kami pura2 saja join perarakan, belum sempat masuk ke dalam, kami membuat pusingan U-turn, gila kau nak lama2 dalam tu? Memang tak la kan? Sepi dunia kalau ada manusia macam kami ini, malas nak lama2 dalam kesesakan. Aku memang respek pada makcik2 tua yang sanggup datang kibarkan bendera untuk sama2 laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka ! For me, negara kita memang dah lama merdeka dari penjajah , but look at ourself, merdeka kah? Lets free ourself dear..Lets learning more the meaning of 'Merdeka'. 

Aktiviti terakhir sebelum berpisah, kami sama2 menyanyikan lagu Negaraku di karoke di Sri Petaling. Cis, nampak benor bohongnya. To all Malaysian, Happy  Independence Day!