Showing posts with label tacing. Show all posts
Showing posts with label tacing. Show all posts

Saturday, 10 August 2013

priceless

Tesco-Ikea-One Utama-Uptown Damansara
bersama berjuta-juta lemon kasih sayang.


meet meatball
salmon with broccoli sauce
cooli bukan coli
converse vs vincci
selipar 4 tahun
20 tahun akan datang, aku akan jual kamu dengan harga ribu

Sunday, 4 August 2013

mak

Tak pernah sekalipun gagal jalankan tanggungjawab. Kerja keras demi keluarga.
Walaupun gaji abah yang banyak angka tu mampu tampung kami satu keluarga, Mak nak juga bantu.
Aku tak tahu mak dapat tenaga dari mana. Boleh tahan dari pagi mula kerja sampai bertemu pagi.
Mak tak belajar tinggi. Cukup sampai tingkatan 3, mak berhenti. Keluarga susah dan mak yang sulung.
Mak tak faham English. Tapi mak tak malu untuk mengaku bila mak tak tahu.
Dan kami lah yang akan translate ke melayu.
Dari kecil mak dah hidup susah, tapi tak pernah angkuh dengan apa yang mak ada sekarang.
Bisnes mak tak la besar, harta belum mampu beli satu semesta.
Tapi orang macam kalau tahu latar belakang mak, takkan sangka mak boleh berjaya macam sekarang.
Bermula dari jiran tak guna yang pernah pandang rendah mak sebab masa tu mak cuma surirumah tangga.
Bangkit dari makian jiran tak guna tu, mak mula pelan2 buat kuih basah, hantar ke gerai depan taman rumah kami.
Sekarang aku yakin, pendapatan mak lebih tingi dari jiran tak guna tu.
Mak suka cakap yang mak bisnes tak pernah niat untuk jadi kaya, tapi nak bantu keluarga, bantu sesama bangsa.
Walau duit ditangan, tapi tak dihati.
Mak selalu pesan, bila buat makanan untuk kita jual, buat macam mana yang kita nak makan.
Jangan berkira. Lebih takpe, kurang jangan. Niat je sedekah.
Mak tak pernah belajar teori mana2.
Tapi mak minat untuk buat dan suka bagi orang makan.
Kalau kau Tanya method apa bila beat butter dan gula, mak tak boleh jawab.
Tapi tengok je adunan, mak tahu butter dan gula tu dah sebati ke belum.
Sebab pengalaman mak adalah guru.
Susah nak tengok mak mengungkit, walaupun kami buat salah.
Mak tegur, tapi mak takkan ungkit salah kami.
Sebab yang lepas, lepaslah.
Mungkin pengaruh  dari mak buat aku jadi manusia yang tak suka ungkit.
Mak tetap manusia, bukan sempurna.
Namun, kebaikkan yang ada boleh tutup cela yang ada.
Dan setiap kali hari ini tiba, mak tak kan minta benda lain.
Hanya Mamee Monster BBQ kegemaran mak.
Satu pack besar, ada 10. Mak sorang je makan.
Selamat Hari Lahir Mak – 45
2.8.1968
sayang mak.
mak ada fesbuk, boleh add.

Thursday, 25 July 2013

Momento

Sejak kebelakang hari, asyik memikirkan kamu.
Orang tua2 kata, kalau kita teringatkan seseorang,
orang itu pom ingatkan kita. Orang tua kata, bukan aku kata.
Harap fakta itu hanya fitnah, sebab aku tak mahu kamu ingatkan aku.
Yang pernah cuba cipta bahagia.
Yang pernah cuba buktikan aku lah yang segala.
Yang mahu khabarkan pada dunia aku kau punya.
Hadir kamu tak lama, namun cukup terasa.
Khilaf aku tinggalkan kamu dengan tanda tanya, sepi tanpa bicara.
Dan biar kamu rasa diperguna.

* nafas hela

Maafkan aku.
Bahagia aku bukan untuk kita.


Sunday, 27 January 2013

Dedikasi 16#

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati.....



dedicated to Encik Cactus

Tuesday, 15 January 2013

Dedikasi 15#

Pengakuan jujur..
aku tak leh dengar suara mamat ni,
boleh horny, seksi
stim aku. Hahaha.
Dedicated to Encik Cactus




I won't let you fall...

You're never gonna be alone
I'll hold you 'til the hurt is gone. - nickleback


Wednesday, 9 January 2013

7 Things U Hate About Me.

temper.
emotional.
drastic.
creative.
multitalented.
humor.
caring.

Sunday, 25 November 2012

Far Away

"
 I have loved you all along
 And I forgive you
 For being away for far too long
 So keep breathing
 'Cause I'm not leaving you anymore
 Believe it
 Hold on to me and, never let me go
 Keep breathing
 'Cause I'm not leaving you anymore  "


-far away,nickleback

Tuesday, 20 November 2012

Abah Aku

Abah aku rajin, suka tolong buat kerja rumah,
Paling jadi kesukaan, selain bercucuk tanam dan bela ayam,
hobi beliau pantang tengok baju kotor bersepah,
beliau kutip dan campak dalam mesin basuh.
bila tak asing baju putih dan berwarna,
akan terhasil design baru kat baju putih,
capuk2 warna..
yang jadi mangsa selalu nya baju aku,
sebab aku suka warna putih,
semalam seluar putih voir aku plak jadi mangsa buat kali yang ke 18,
baru pakai sekali, masa dating tempoh hari.
geram, sedih.. nak minta ganti rugi, abah sendiri..
setakat la rm119,
benda boleh beli lagi,
abah tercinta takkan dapat cari penganti.

sayang abah ! :)

p/s: nak keluar beli clorox

Sunday, 11 November 2012

Baked Macaroni with Cheese :)

Dah lama rasanya aku tak de post entry mengugat nafsu makan. Jadi, bagi melepaskan dendam kesumat dan sangap terhadap encik Oven, aku membikin sejenis makanan berunsur kebaratan iaitu " Baked Macaroni with Cheese "Aku dah lama tak sentuh oven, yela.. kat rumah sewa, nak beli sendiri tak mampu. Bila balik kampung halaman, jangan katakan nak guna oven, aku nak tidor dalam tu pom boleh. Dirumah ramai pula umat Muhammad yang ada, Munir dari UPNN balik, Nizam dari MRSM Kulim balik, Cheetah dari USM Kelate dan MrS(HE) pula juga datang mencemar duli,  jadi biarlah nampak special sikit makanan untuk mereka lahap beramai2. Semua bahan2 aku borong di The Store Teluk Intan selepas puas menjalan kan misi shopping hingga dompet kering. Bagi sesetengah orang, shopping adalah satu terapi dikala anda sedang bermuram durjana, stress atau sedang putus cinta. Kalau poket pun tengah kering, window shopping pun kira okay juga. Namun, perlu berhati2 kerna besar kemungkinan bila kita bershopping dikala sedang dilanda emosi kurang stabil, tabiat membazir akan berlaku. Menyesal beli dua tiga helai skirt tiada guna nya sebab akhirnya tak tau nak pakai bila. Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh dijadikan terapi disaat sedang bermuram durjana. Kalau aku, aku suka masak walaupun kadang2 masakan aku, aku seorang je yang sanggup makan. Bergantung pada bakat terpendam dan diri masing2. Mengambil barang terlarang sebagai terapi tak termasuk dalam senarai yer.



 Dalam sesetengah perkara, kadang2 kita tak boleh nak survive sorang2, walaupun berulang kali kita dengar lagu I Will Survive. Disaat ini lah kita perlukan sokongan dari kawan2, yang boleh berkongsi masalah sambil mengumpat dan menceritakan keburukan bekas kekasih. Perlahan2 kita cuba jauhkan memori semasa pernah bersama. Contohnya : Tak usah makan di MekD kalau jika daging Big Mac itu kelihatan seperti lipatan perut bekas kekasih anda. ( refer to someone ) Berhenti menjadi stalker di fesbuk, dan cipta sebuah kotak yang digelar " Ex-Box" Kotak ini berfungsi untuk diletakkan semua harta benda pusaka yang pernah dibeli, diberi dan diwariskan dari bekas kekasih. Apabila segala benda yang mengingatkan anda kepada ex anda sudah dimasukkan ke dalam kotak, letak kotak itu di sudut-sudut sukar agar anda berasa susah untuk membukanya ketika tiada benda lain untuk dibuat.  Hmmm, tapi dah dekat-dekat nak kahwin ni elok dibakar sahaja kotak itu akan tidak menimbulkan konflik dengan bakal pasangan. Paling penting kena menyibukkan diri supaya diri tak melayan perasaaan. Perasaan ini kadang2 bila dilayan boleh jadi bahaya. Bila hati tengah emosi, kita akan cenderung nak melakukan benda2 yang creative dan tak masuk akal seperti pergi berjumpa bomoh untuk menyantau bekas kekasih. Sudahla, dari membuang masa dari ingat dan buat benda yang tidak berfaedah, lebih baik kita buat sesuatu yang menyumbang pada kekenyangan di perut dan kebahagiaan dihati. Nak masak macaroni ini mudah saja. Tapi kalau dah memang jenis malas tahap beruang kutub, order saja pada aku. Nanti aku buat kan dengan kadar yang berpatutan.  

Wednesday, 7 November 2012

Wordless Wednesday #23



Step up with lovely bum shoes, worn out jeans and my febret voir shirt,
wearing back my old tonino lamborghini watch, new hair, with my new spirit at a new place,
hidup udara baru yang positive,
for those i loved,
today i wish i am better person,
promise i made for my self, to be
a better daughter for my parents,
a better sister for my brothers and sisters,
a better friend for anyone who take me as their friend,
i wont make the same mistake mixing up friends and foes in the same row, and left out the families.
bila hati terlalu ikut emosi,
we tend to say stupid things, do crazy things,
without thinking of others.



-lidah, u inspired me.always.

Tuesday, 6 November 2012

Pilihan

i've made mistakes, and I've learn a lot,
i am living life as it is now, going with the flow.
nasihat abg Ard, takde istilah terlambat dalam membuat kebaikan, tapi kalau boleh, cepat2kan.
now its time for a happy ending.
banyak benda dah lupa, kena mula semula,
banyak benda dah berubah, banyak benda kena kejar,
kutip balik apa yang pernah aku tinggal dulu,
fill up a registration form,
sambil mata usha awek cun, pengkid buruk, mamat gay jambu, jejaka kacak.
lelaki misai perut boroi, lecturer pakai tudung tapi seksi.
Senyum >_<
Dari pagi perut hanya lapah sandwich tuna, kembali kosong, wajib cari makan lagi,
Jauh perjalanan, tapi ada jodoh lak jumpa kat sini.
Sambil betulkan tali kasut, terpandang wajah itu,
Pernah kenal,
Along Zulhasna.
Dia tak cam aku, memang takkan perasan kalau aku tak tegur dia.
Yang berubah aku, penampilan, rambut, dan pakaian memang takkan sama macam pertemuan dulu.
Dia tanya apa punca. kenapa. dengan siapa. jawapan aku, aku selesa dengan gaya. kembali sorang dan bahagia.
Ada kawan teman makan,
Banyak benda cerita, lama tak jumpa.
Pengalaman yang sama, mangsa orang sama.
Kelakar.
Dua2 pernah jadi bodoh, hilang kewarasan.
Yang mana nak kekal dalam kebodohan, itu pilihan.

Monday, 5 November 2012

Terapi


kalau kau perempuan sejati,
kau tentu tahu camne rasanya kan,
bila dapat shopping bagai nak gila,
tak tengok price tag, grab je.
tak berkira2, macam esok dah takde,
tenggelam sekejap dalam syurga dunia,
bahagia..
lupa semua duka.

dah lama tak rasa camnie,
dekat setahun..kot,
ntah, aku tak terer kira2.

letih berjalan,
shopping makan,
shopping makan,
kena tidor awal,
esok ada misi baru.


:)

Sunday, 4 November 2012

Nafas Lega.

setiap kali dibilang 'ini yang terakhir'
setiap kali itu rasa dibuang, dihenyok, dicampak ketepi.
dibilang lagi selama ini semua punca ku,
tidak seperti yang dia mahu,

jika kira aku yang salah,
kini aku mengalah, mula melangkah,
aku mulai belajar tentang erti kalah,
jangan datang semula, merintih, menagih , meraih.
takkan selamanya mahu hidup celaka kerna manusia,
menjadi busuk kerna manusia,
dianggap sang derhaka kerna manusia,
dipandang hina kerna manusia,
disepak terajang oleh manusia,
dihukum ke neraka kerna manusia,
akhirnya semua itu sekadar sia2..

aku pulangkan apa yang aku pernah rampas,
tak luak, kalau ada pun mungkin tak berbekas.
aku tinggalkan kau bersama dia yang kau hilang selama ini.
macamana aku datang, begitu juga aku pergi,
tiada apa yang membuat kan kau rugi.

betul..hidup ini ada pilihan,
cari titik mula, merangkak perlahan,
kutip satu persatu apa yang pernah aku sampahkan, 
mahu tebus kesalahan, mahu baiki kelemahan,
kemaafan, belum tentu dapat sekarang,
beri mereka waktu, moga terbuka kalbu.

Thanks to Allah,
bila hati belajar redha,
belajar memaafkan,
ketenangan akan datang.
bukan disini, tapi dalam hati. :)

-kangar, 4.11.2012-

Wednesday, 31 October 2012

Mati.

diminta pergi, merayu kembali,
takkan mahu ku laku keji, agar kau benci?
selagi disini,
yang diangguk hanya paksa,
yang disentuh cuma susuk,
yang didakap hanya tubuh,
yang dapat hanya dari hati yang mati,
kerana yang bersisa cuma simpati.

u're pathetic.

Tuesday, 30 October 2012

Wordless Wednesday #22


HoneyBee is dead.
"Aku maafkan kamu,tak perlu kita bertemu,
tolong teruskan hidup, jangan sebut nama ku,
aku takkan pernah doakan kecelakaan buat kamu.
takkan pernah.
tetapi aku juga tak kan doakan kebahagiaan buat kamu
walau sedikit"

Titik.

Monday, 29 October 2012

Dua Dua

choc fudge
masih belum berjaya,
masih belum temu bahagia,
punya banyak cacat cela,
tak kan mungkin akan jadi sempurna.


jangan beri aku punca,
aku degil dan keras kepala,
susah putus asa,
sekali nekad, aku akan fight,
aku mahu apa, aku akan cuba,
macam cara,
gagal, cuba..
gagal,cuba..
gagal..dan cuba.


hingga aku lelah,
jatuh dan berdarah,
baru aku sedar yang aku harus
berundur sebelum musnah,
dan bila aku mula melangkah,
usah kau tegah, kerna aku takkan berpatah.


hadiah yang celaka. its hurt, thank you.

Sunday, 28 October 2012

Silent Mode.

Silent Hill, GSC Paradigm Mall
walau seteruk mana..
kau rasa nak mati,
kau rasa macam takde harga diri,
kau disuruh pergi,
kau tak dihargai,
kau dibenci,
kau dicaci,
lepaskan semua itu pergi,
jangan disimpan dendam dalam hati,
hidup ini bukan hanya ada kau dan sepi,
hargai mereka yang ada disisi,
kalau takde, cari.
hold your own pen,
write ur own story,
kekuatan harus kau gali,
simpan kedap dalam diri,
to let go someone that will never be mine,

i have to..

Ingat pada yang Satu!
belajar kenal perkataan baru

MOVE ON !

- LCCT, 27.10.2012-

Raya Haji Tahun Kedua Kali

Ini je gambar yang relevan. Jumpa Encik Moo after shopping.
Lokasi : Paradigm Mall


Pertama raya lapah kepci, teman Honey duty, layan wifi sampai sejuk tangan kaki.

Kedua raya tanpa wajah biasa. Hati kena belajar redha. 

Salam Aidiladha buat Ma, Abah, Umi, Ayah, family dan teman2. Maaf tak pulang mana2 kampung. Lapah daging tu, seludup ke sini sikit. 

Malam raya lahap Kepci Zinger Double Down Burger yang indah khabar dari rupa. Janji kesayangan yang belanja,
Aku layan jer :)
Lokasi : Kepci Tesco Mutiara

Kaunter Pertanyaan

Honey pernah tanya aku satu soalan yang aku kira ianya satu yang subjektif. Perlu tak diberi peluang kedua bila perempuan yang kau cinta curang dengan lelaki lain, bukan saja curang, malah hingga tahap ke arah yang lebih parah. Bak ayat kasar Nami, betina dah dapat kote. Jawapan aku, tepuk dada tanya hati sendiri. Setiap orang memang patut diberi peluang kedua. Tuhan Maha Pengampun, jadi siapa kita nak menghukum. Jadikan ianya teladan supaya kita tak buat kejahilan yang sama. Tapi kalau jadi pada aku, aku blah. Tak sanggup hadap muka tu. Mari nyanyi lagu cukup sudah sama2. Lelaki cari perempuan, itu normal. Kalau perempuan cari laki,  itu berat, mungkin sebab gersang atau SANGAP? atau motif balas dendam? Balas dendam gadai tubuh sendiri, ngeri.


Honey pernah tanya aku satu soalan yang aku kira ianya satu yang subjektif, apa pandangan aku pada orang yang masih terhegeh2 dengan bekas kekasih nya yang dah terang terang tak nak terima dia lagi? Bila suatu yang subjektif, memang susah aku nak jawab. Tapi kalau aku letak diri aku, aku takkan jadi perempuan yang semacam itu. Kau tepuk tangan sorang2, kau saja yang syok sendiri, kau sorang saja dengar ia berbunyi. Jangan terima atas dasar simpati, kesian. Akhirnya diri jadi boneka, yang dapat hanya tubuh didakap, dalam hati tak terungkap. Orang tak nak aku, aku blah walau kuat mana aku nak orang tu. Orang nak aku, sanggup susah senang dengan aku, aku appreciated.  As simple as that.


Honey pernah tanya aku soalan yang kira ianya suatu yang subjektif., apa aku akan buat bila tersepit di tengah2, antara bekas kekasih yang cuba nak comeback? dan kekasih yang dah ada depan mata. Jawapan aku senang, hargai apa kita dengan mata. Bekas adalah bekas. Sisa. dan mungkin juga sisa orang lain. Hanya perlu tahu apa nak dalam hidup, perlu nekad dalam setiap apa keputusan yang dibuat. Nak hilangkan rasa kehilangan, ingat..ada orang lain yang lagi teruk tanggung kehilangan.  Itu kalau aku, jawapan aku. Kalau orang lain, jawapan akan lain. Kalau kau jawab tak tahu, itu bukan jawapan. Jumpa Tuhan, doa apa yang terbaik dalam hidup, belajar hargai apa yang ada depan mata, supaya jangan apa yang dikejar, tak dapat, apa yang ada, keciritan. 


Semua soalan berunsur subjektif, jawapan bergantung pada keadaan dan soal hati dan kekuatan diri. Situasi aku yang tersepit antara ketiga2 keadaan, keputusan aku, aku undur diri. Belajar untuk move on walaupun ia sesuatu yang berat. Paling kuat 2,3 minggu meroyan, lepas tu mungkin emosi dah stabil. Bak kata Osha, tak mati pon klu SINGLE..single lg best..bole bangun lambat..duet bole simpan beli kete..hati tak saket..byk mase bersame family n frenz..hidup pon tak meroyan.. :)


Raya orang makan rendang, aku makan hati. Eh, tak..lahap Samurai Burger.. Janji kesayangan yang belanja, layan jer :)
Lokasi : MekD The Curve


Wednesday, 24 October 2012

Nangka Di Pokok, Caca Di Darat..Dalam Periuk, Bertemu Jua.

raya bersama :)
Detik pertemuan pertama antara aku dengan Geeda masa di Pulau Tioman, Pahang. Tahun 2004. 3 bulan kami kat sana, balik je kulit muka dah sama gelap dengan warganegara Afrika, nampak gigi dan mata putih je bila senyum. Muka aku terbakar teruk sebab hari2 mandi laut. Biasa la,masing2 hantu air. Malam2 suka lepak atas batu, pasang unggun api, tengok bintang bulan, bergosip, sampai la tertidor. Ktorg 14 orang dipulaukan kat sana. Kat Tioman ktorng belajar survive giler2. Masuk hutan, masak guna dapur kayu, tiup2 sampai semput. Menu hari2 dah macam menu orang asli. Chalet kitorng atas bukit area Air Batang Bay, memang cantik permandangan. Bangun pagi, bukak tingkap nampak laut. Macam iklan Adabi tu. Tapi bila tengahari jer, panas nak arwah. Tengahari semua masuk hutan, sebab dalam hutan tu ada waterfall. Berendam ramai2 macam anak badak. Dah agak2 kecut kulit baru la balik chalet. Belakang chalet ktorang banyak monyet. Dorang suka curi makanan ktorg, dorang masuk chalet wat kacau. Paling kelakar, Sue Tifah kena usik dengan bapak monyet time dia tido. Nyamuk jangan cakap la, kulit ni dah kebal.   Ramai mat saleh, turun pantai boleh cuci mata tengok bikini bottom. Aku dapat member Korea seorang, tapi dia tak reti cakap omputih. Nak cakap kena guna bahasa isyarat. Bodoh je rasa. Haha. 3 bulan punya rutin tiap hari berbeza. Tu yang buat rasa macam tak nak balik tanah besar. jer. Tapi kalau duk sana lama2 boleh jadi gila jugak, pusing2 hadap muka sama. Dan tempat terakhir dengan Geeda, di Labuan aku tinggal sana 2 tahun, Geeda setahun je sebab dia kena pergi Sarawak, kali terakhir aku jumpa Geeda masa aku hantar dia kat Labuan Airport dan sampai la awal tahun haritu, aku jumpa dia buat kali pertama selepas hampir 5 tahun kami tak jumpa jasad. Dalam mimpi lagi la tak jumpa, nanti jadi mimpi ngeri plak kalau Geeda hadir dalam mimpi aku.