Wednesday 24 October 2012

Nangka Di Pokok, Caca Di Darat..Dalam Periuk, Bertemu Jua.

raya bersama :)
Detik pertemuan pertama antara aku dengan Geeda masa di Pulau Tioman, Pahang. Tahun 2004. 3 bulan kami kat sana, balik je kulit muka dah sama gelap dengan warganegara Afrika, nampak gigi dan mata putih je bila senyum. Muka aku terbakar teruk sebab hari2 mandi laut. Biasa la,masing2 hantu air. Malam2 suka lepak atas batu, pasang unggun api, tengok bintang bulan, bergosip, sampai la tertidor. Ktorg 14 orang dipulaukan kat sana. Kat Tioman ktorng belajar survive giler2. Masuk hutan, masak guna dapur kayu, tiup2 sampai semput. Menu hari2 dah macam menu orang asli. Chalet kitorng atas bukit area Air Batang Bay, memang cantik permandangan. Bangun pagi, bukak tingkap nampak laut. Macam iklan Adabi tu. Tapi bila tengahari jer, panas nak arwah. Tengahari semua masuk hutan, sebab dalam hutan tu ada waterfall. Berendam ramai2 macam anak badak. Dah agak2 kecut kulit baru la balik chalet. Belakang chalet ktorang banyak monyet. Dorang suka curi makanan ktorg, dorang masuk chalet wat kacau. Paling kelakar, Sue Tifah kena usik dengan bapak monyet time dia tido. Nyamuk jangan cakap la, kulit ni dah kebal.   Ramai mat saleh, turun pantai boleh cuci mata tengok bikini bottom. Aku dapat member Korea seorang, tapi dia tak reti cakap omputih. Nak cakap kena guna bahasa isyarat. Bodoh je rasa. Haha. 3 bulan punya rutin tiap hari berbeza. Tu yang buat rasa macam tak nak balik tanah besar. jer. Tapi kalau duk sana lama2 boleh jadi gila jugak, pusing2 hadap muka sama. Dan tempat terakhir dengan Geeda, di Labuan aku tinggal sana 2 tahun, Geeda setahun je sebab dia kena pergi Sarawak, kali terakhir aku jumpa Geeda masa aku hantar dia kat Labuan Airport dan sampai la awal tahun haritu, aku jumpa dia buat kali pertama selepas hampir 5 tahun kami tak jumpa jasad. Dalam mimpi lagi la tak jumpa, nanti jadi mimpi ngeri plak kalau Geeda hadir dalam mimpi aku.

Dunia ini rupanya kecil saja, masa aku dan Geeda hang out di Sunway Pyramid masa tu, aku bawa Honey dan Adik Fateh sekali. Aku tak tahu pun yang Geeda dan Honey ada kaitan, malah dorang sendiri pun tak sedar sebab terpisah sekian lama selepas ibu Geeda bercerai dengan Ayah. Muka masing2 pun dah berubah, dan yang ada hanya lah memori masa mereka masih kecil dan berhingus saja. Ntah camne, sedang asyik bergosip, terkeluar cerita pasal keluarga dan berlaku lah drama jejak kasih antara Geeda, Honey dan Adik Fateh. Aku pun tak sangka, orang yang aku kenal rapat rupanya selama ini ada kaitan dengan Honey.  Sambungan dari episod jejak kasih, minggu lepas kami pergi ke rumah keluarga angkat aku, di Melaka. Merangkap ayah kandung Honey dan ayah tiri pada Geeda. Umi bekal kan nangka untuk dibawa pulang ke rumah sewa untuk dibaham. Aku tak tahu menu apa yang seswai untuk dimasak, yang aku tahu nangka hanya boleh dibaham mentah2.Sepanjang hidup, aku belum pernah makan lagi bubur  nangka. Geeda dan Honey cakap aku alien sebab tak pernah makan. Termakan dek hasutan Geeda yang mencadangkan untuk masak bubur nangka, aku dan Honey pun bersemangat untuk  memulakan operasi di dapur. Geeda hanya jadi tukang beri idea saja sebab dia pun tak tahu nak masak camne. Jadi, tugas itu diserahkan pada Aben. Aku jadi tukang tengok saja. Bahan2 yang digunakan sama saja basic dengan bubur yang lain.

Bahan utama :
100gram caca
Air
1 kotak santan
Gula sesuka hati
Garam secubit

Mulakan dengan bismillah. Basuh caca hingga bersih dari segala ancaman kuman.
Kemudian rebus dalam periuk yang dipenuhi air.
Masak hingga saiz caca kembong macam ikan buntal 2 kali ganda dari saiz asal.
Masukkan gula mengikut kehendak hati anda, dan gaul hingga gula larut cair hingga hilang dimata kasar.
Masukkan pula santan. Santan aku guna santan kotak. Geeda salah beli, kalau suruh kanak2 beli barang dapur camtu la hasilnya. Haha. Dapat santan segar dari ladang pun lagi bagus.
Kacau perlahan2 agar santan tidak pecah.
Last sekali baru masukkan nangka yang sudah dikerat2 18 dengan kejam.
Kalau cek balik, ada satu bahan asas untuk bubur yang takde, DAUN PANDAN! Sudah separuh kerja baru lah Aben teringat akan daun pandan. Mana nak cekau daun pandan malam2 nie? Rumah dahla tingkat 11, takde sapa yang nak merelakan diri tuk pergi turun cari daun pandan. Disebabkan kemalasan yang melampau, terima sajalah bubur tanpa kehadiran daun pandan.Seksa bubur anda hingga mengelegak dan biarkan nangka menjadi lembut. Kemudian, barulah api ditutup dan sedia di lahap penuh nafsu makan dimulai dengan doa makan.