Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

Monday, 22 July 2013

Pavlova_Bake With Love


Salam Ramadhan, hari ini sudah masuk 11 hari kita berpuasa. Bagaimana dengan puasa anda? Berjaya kah anda mengharungi saat getir disaat melihat kesejukkan air fresh oren apabila iklah Peel Fresh ditayangkan di televisyen anda? Atau anda telah pom menimba pengalaman menaiki van mayat mengelingi kawasan setempat,akibat kantoi ketika anda sedang beratur drive thru di Nasi Ganja, Ipoh. Eh? Bersabarlah, saya faham.. tengok air akuarium pom boleh tergugat iman didada, ini kan pula air soya cincau sejuk.

Seperti Ramadhan sebelum2 ini, hobi aku masih suka mengupdate belog dengan memasukkan unsur2 makanan yang mengiurkan dan mengugat nafsu makan anda. Ini entry makanan pertama yang sempat aku  masukkan berikutan aku kesibukan menguruskan bisnes keluarga ku. Ceh, dah macam sajak pula. Iklan sebentar, bagi pengedar dan pelanggan R’nisa Bake House, tempahan bagi biskut raya telah pom ditutup.  Namun, bagi mengelakkan anda mengigau dimalam hari akibat terlewat, stok biskut di kedai kami masih anda untuk anda borong tanpa mengikut hasutan hawa nafsu. 

Tuesday, 9 July 2013

Pineapple Upside Down Cake


15.6 adalah tangggal hari istimewa iaitu Hari Bapa yang disambut bagi meraikan bapa2 di dunia yang berjasa dalam membesarkan anak2 mereka kecuali bapa ayam. 15.6 juga adalah hari lahir abah ku. Jadi secara langsung kami akan menyambut hari itu sempena hari bapa dan hari lahir beliau. Dengan semangat kekeluargaan, aku dan abangku bercadang untuk menghasilkan kek tunggang terbalik, Pineapple Upside Down Cake berikutan abahku tidak suka makanan  yang manis kerna sayangkan diri, namun..rancangan untuk membuat surprise party tetap kami teruskan dengan membuat kek manis  + masam. Resepi asal adalah diseludup dari buku resepi abg aku semasa beliau kerja di Bayview. Jenuh kami pusing satu pekan mencari nenas dalam tin, tapi hasilnya menghampakan. Lalu, buah nenas segar menjadi mangsa.

 

Langkah pertama, caramel  harus dibuat terlebih dahulu. Menjadi masalah bila masing2 mahu tunjuk pandai, masing2 ada cara buat caramel yang tersendiri.  Pemenang akhirnya adalah ibu ku yang berhasil membuat caramel  seperti yg dikehendaki. Caramel abg aku, hangit. Caramel  aku keras sangat. 2 jam sahaja masa dihabiskan untuk membuat caramel.

Wednesday, 26 June 2013

Battle Of The Chefs 2013

11.6.2013
Battle Of The Chefs ialah satu event yang diadakan 2 tahun sekali sama seperti orang menyambut hari lahir pada 30 February.Jadi selama 2 tahun, sempat la kita berlatih dan membuat persediaan untuk sebarang competition yang dimasuki. Walaupun kami hanya tahu beberapa bulan sebelum,  namun masih cool sebab biasanya kerja last minute itu lebih berkesan hasilnya. Eh? Seperti tahun sebelum2 nya BOTC di adakan di Strait Quay Convention Centre, Penang. Team kami dari GM Parit, Seri Iskandar pom tidak terkecuali dalam mencemar duli dan mencabar competitor lain. Pelbagi rintangan dan dugaan yang kami terpaksa hadapi sebelum kami dapat join BOTC ni seperti kurang sapot nya dari pihak pengurus sendiri,  nama kami tak tersenarai dalam list competitor yang menyebabkan Cikgu Izma terpaksa direct register kepada pihak BOTC disaat2 akhir, namun dugaan itu hanyalah dugaan.



Berbekalkan semangat gigih tanpa berputus asa walaupun kurang tidor dan rehat, perjalanan menuju cita2 pom bermula. Jauh perjalanan, luas pandangan, tapi  kami , jauh perjalanan gelap saja pandangan, sebab semuanya tidor sepanjang perjalanan kecuali  Hakim yang sememangnya wajib utk menemani cikgu Izma yang memandu dengan penuh berhati2 kerana banyaknya harta benda yang dibawa. Berlagak  saja guna GPS, tapi kadang2 GPS macam gampang juga. Selamat tiba di bumi DAP itu pada pukul 11pm, kami terus check in ke Golden View Apartment & Services yang telah dibooked awal oleh Kak Siti, merangkap isteri kepada Cikgu Azmil. Jangan berangan nak terus masuk bilik dan tidor, sebab banyak persiapan yang perlu dilakukan. Malam itu aku, Najwa dan Cikgu Izma bertungkus lumus menyiapkan showpiece beliau.

Day 1
12.6.2013

Saturday, 15 June 2013

Burning Like A Silver : Lining Of Vintage

.
langkah bermula.

Bermula dari berjayanya aku melepasi saringan dan dipartner kan secara paksa bersama Izani sebagai sebuah team, tapi beliau telah disingkirkan akibat kelebihan umur. Masa masuk ujian saringan, semua tak perasan yang dia umur 24. Beliau pula pura2 perasan muda. Partner seterusnya ialah Zaty. Namun, akibat masalah yang tidak dapat dipastikan, beliau juga disingkirkan. Pasangan bertukar ganti, hanya aku yang masih berada di takuk yang lama. Akhirnya, Miera pula dipilih utk menjadi partner. Didalam hati aku berdoa, agar biarlah ini pilihan yang terakhir kerana masa terus berjalan. Training masih belum bermula.  Selepas sah dan yakin, Miera lah pasangan aku yang akan kekal hingga ke akhir competition. Dibawah bimbingan Cikgu Izma, training pom bermula. Idea asal kami mahu menggunakan fondant. Tapi memikirkan masa hanya diberi 2 jam, fondant digantikan dengan buttercream. Masing2 punya otak macam makan kismis setiap hari, idea sentiasa nak ubah2 dan suka menokok tambah, 2 minggu sebelum  competition barulah dapat idea yang tetap . Training, scrap , do it again and again until perfect.

Lining Of Vintage

13.Jun.2013 it’s a day. Battle Of The Chefs 2013
Malam tu aku tidor pukul 5am sebab tolong Cikgu Izma siapkan showpiece. Hanya tidor 3 jam, pukul 8 aku bangun dan terus siap2 untuk ke Strait Quay Convention Centre yang jaraknya hanya 5 minit perjalanan nya dari Golden View Ampartment jika menaiki van yang dipandu laju oleh Cikgu Izma.   Mahu bawa bekal makanan, memang tak sempat nak beli.  Jadi, aku hanya bekalkan doa dan restu ketika masuk ke dalam convention centre. Competition bermula pukul 10pg hingga 12pm. 2 tier cake harus disiapkan within 2 hours.
Surprise me ! Kami harus menggunakan topping cream yang diprovided oleh sponsor. Come on, topping cream sudah lah mudah split dan selama ini kami hanya berlatih hanya menggunakan buttercream. Namun, dengan semangat tanpa mudah putus asa, aku guna saja cream yang telah diprovided. Kena beat on the spot. Time frame aku lari jauh 20 minutes, masa training, utk coating dua2 cake hanya ambil masa 20 minutes, disebabkan aku tak reti nak bajet berapa banyak cream yang harus dibeat, cream aku tak cukup, dah harus dibeat lagi. Coating saja makan masa 50minutes.  Ikut design, coating warna peach, akibat menggunakan topping cream, aku tak nak ambil risiko cream split dan watering, jadi  aku coating saja warna putih. Sementara tungggu cream dibeat, aku pura2 sibuk bersihkan meja sebab point untuk teamwork juga diambil kira Namun, lakonan pura2  aku itu berjaya dikesan oleh Cikgu Izma. Hehe..




Jam pertama aku yang  sedang gigih mengcoating cake dan Mera yg sedang tekun mencipta roses  dan daisy dari gumpaste  masih tenang dan siap boleh bergosip. Aku masih sempat betulkan tudung dua kali sebab rambut asyik nak terkeluar sekalipun aku dah pakai serkup. Aku sempat say Hi pada sis Kelly Wather yang datang menyapa aku. Kalau Cikgu Izma tak tegur, mesti aku pergi salam dan laga2 pipi dengan beliau. Hihi. Thanks sis Kelly. Para penyokong, Hakim , Alif dan Najwa hanya kerja  mengutuk saja. Selesai aku coating kedua2 biji kek. Tiba masa utk stack kan kek. Kat sini lah berlaku sedikit accident yang mana tangan Miera tertarik sekali dengan cream pada kek atas yang menyebabkan kek mengalami injured. Banyak mata yang memerhati termasuklah juri2.  Sepantas kilat aku scrap dan cover semula. Miera dah jammed. Masa terus berjalan, design  masih banyak belum buat.  Aku mula jadi kelam kabut, cream dah mula split, pecah2, cream tak cukup. Tangan shacking masa aku piping design S scroll. Brige aku tak floating. Terlalu banyak mistake aku rasa. Masa tu aku dah tak pandang orang keliling, hanya kejar masa.

injured

Time’s up! Siap ontime termasuk display. Semua dihalau keluar dan harus berkumpul semula dalam masa 15minit sebab judges nak mengkaji sambil memuji dan mengeji hasil tangan oleh kami yang masih green horn sebab all of us adalah students.  Keputusan telah dibuat, judges berjumpa dengan kami semua dan memberi sepatah kata dan kata semangat sebab apa pom keputusan yang bakal keluar, ia bukan lah satu pengakhiran. Barisan juri ialah Chef Eric Roos, Chef Buddy Trinidad, Chef Randy  Chow dan  Chef Jochen Kern.Sebelum bersurai, tanpa segan silu, aku memanggil Chef Randy dan Chef Eric untuk mengomen secara personal tentang pandangan beliau terhadap kek kami. Alhamdullilah, tanpa perlu menggunakan ilmu pengasih.. beliau memuji hasil kerja kami tapi turut juga mengeji  kesilapan dan kelemahan yang ada. Ya, ianya masih belum cukup sempurna.


Keputusan keluar pada pukul 3 ptg dan tanpa menghiraukan mata2 liar yang memandang, aku dan Miera menjerit dan berpelukan kegembiraan! Syukur tak terhenti. Usaha selama ini sangat berbaloi. Kiraan dalam competition, bukan macam hari sukan. Ada tempat pertama, kedua dan ketiga. Tapi adalah mengikut point. Jika point kita melayakkan untuk dapat gold, kita akan dapat gold. Begitu juga dengan silver,dan diploma. Tahniah juga buat Kolej Komuniti Selayang yang mendapat bronze dan diploma.



 

Thanks to all. My partner, Miera yang turut sama2 gigih berusaha utk kita sama2 berjaya. To our mentor, Chef Syaifa Izma dan Chef Azmil, terima kasih untuk segalanya, for supporting us, beri tunjuk ajar , kata semangat dan tak jemu2 ajar aku yang bengap ni hingga dah habis semua ayat dalam dunia ni untuk diexplain bagi aku faham. Tanpa bimbingan mereka, aku takkan berjaya. For my parents, my family and my frens, thanks for doa dan restu. To my Bintang yang selalu kena tinggal bila aku pura2 sibuk  atau betul2 sibuk, yang selalu merajuk, tapi aku tak pernah pujuk, yang sekarang sakit..tapi masih kuat untuk aku, kejayaan ini hadiah buat kamu. 
 
1tahun 7bulan

Thursday, 13 June 2013

Burning Like A Silver

Lining Of Vintage.

Alhamdulillah, i got silver medal !!! - Battle Of The Chefs 2013 - Dressing Cake 2 tier. Thanks to all. Especially to my partner, Miera, our mentor, Chef Syaifa Izma , Chef Azmil, family , Bintang & frens. Next entry, will be update soon. Nak pergi berfoya foya sebentar :)

Friday, 3 May 2013

Chicken Pie..Ini Kali Lah !





Hi Apa kabar? Lama sudah rasany  tidak berkongsi rasa hasil air tangan sendiri dengan menayangkan gambar yang boleh dijadikan bukti  khabar angin yang menfitnah aku membela hantu raya kerana berat badan masih ditakuk yang lama meskipun kuat membaham. Sempena parti liar ibu Kynah di Tapah bulan lepas, aku telah mencipta sebuah chicken pie untuk dijadikan menu sampingan.  Resepi adalah gabungan dari resepi Abg Mie dan resepi  yang telah aku seludup secara halus dari tok guru aku sendiri,  Chef Azmil.


Bahan bahan yang anda perlukan untuk mencipta sebuah chicken pie ;



Tuesday, 23 April 2013

a little bit's enough...


"Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again"

Monday, 21 January 2013

Passionfruit Cheesecake

 

Sudah 2 minggu aku disini, suasana baru yang sangat memberi jiwa baru pada aku. Seminggu 7 hari aku ketawa, akan ada satu hari yang akan buat aku menangis, tapi kanan kiri tetap sentiasa beri kan senyuman. Belum jumpa lagi sesuatu yang aku nak rungut dan complain. Belum jumpa, its doesnt means takde. Haha. Jalani hidup sorang pelajar, untuk masuk kembali ke alam ini, sesuatu yang agak benak bagi aku. Dah lama tinggalkan dunia teori, terasa bengap, minum air rebusan buku pom belum tentu aku pulih. Tapi Alhamdullillah, untuk exam modul pertama yang kompem2 nya teori, purata semuanya lulus. Jelas yang ilmu yang aku ada hanyalah setitik dari lautan ilmu yang Dia punya,  banyak benda yang perlu aku kejar, start from zero, from nothing to something. Weekend, aku akan pulang ke kampung halaman, dari aku membazirkan masa melepak di hostel yang aktiviti nya hanya bergosip, lebih baik aku pulang untuk berbakti. Tiba di rumah, aku disambut oleh senyuman dari buah hati, Marimar. Rindu bangat sama semek kelate hok comey nie. Make paje mung nie..

 

Mendapat permintaan dari Mashi, yang jauh balik dari Kelate untuk melahap dessert yang ada gabungan cheese dan buah markisa/passionfruit. Aku memaksa diri untuk memenuhi permintaan tekak beliau yang jap2 kompius. Jap nak mintak buatkan pavlova + markisa, jap nak choc cheesecake, jap nak makan kek yang ada unsur buah markisa. Akhir nya, Passion Cheesecake menjadi pilihan. Titik! Bekalan buah markisa aku hanya dapatkan di depan rumah, hanya petik, segar dari ladang. Passionfruit atau nama melayu nya buah markisa sejenis tumbuhan yang sedang dibela tanpa perlu dibelai dan dimanja. Depan rumah aku ada sepohon pokok markisa yang hormon nya subur dan membuah kan hasil yang banyak setiap masa. Tak perlu nak tunggu musim menuai.

Tuesday, 15 January 2013

Dedikasi 15#

Pengakuan jujur..
aku tak leh dengar suara mamat ni,
boleh horny, seksi
stim aku. Hahaha.
Dedicated to Encik Cactus




I won't let you fall...

You're never gonna be alone
I'll hold you 'til the hurt is gone. - nickleback


Thursday, 10 January 2013

Full Of Happiness

Macam2 benda nak cerita,
Macam2 hal nak kongsi,
Macam2 rasa nak luah.
Tapi sekarang agak sibuk,
Tempat baru, 
Enviroment yang baru.
Nafas baru.
Mereka yang tak henti2 buat aku ketawa.
Kanan kiri yang buat aku rasa gembira.
Dan dia di hadapan yang sentiasa beri bahagia.
Hingga aku hampir terlupa dibelakang ku yang pernah beri duka.
Hidup jadi sakit bila kita ada too much expectations,
Perlu belajar cherish all the little things.

Dan gembira dengan diri sendiri .
Aku bercita cita nak jadi budak baik.
Menabung
Bayar zakat
Semayang 

Sebab dalam dunia ni tak banyak yang aku nak,
berjaya,
kaya,
dan bahagia.
tu je..
boleh kan?

Tuesday, 8 January 2013

Nilai

Aku cakap balik ;

Aku teruskan hidup.
Menangis, gembira atau apa sahaja yang datang aku cuba positif.
Betul cakap cikgu, aku perlu motivasi. Setiap hari.
Mungkin dengan cara berbeza.
Mungkin dengan cara hanya melihat jiran sebelah rumah mengecat rumah dia aku rasa termotivasi.
Mungkin dengan cara aku lihat orang lain tidur dari pagi sampai petang aku rasa termotivasi.

Tapi bukan semua orang macam aku. Setiap orang itu nilai dia lain-lain.

Aku pandang jiran cat rumah, aku rasa dia rajin, bagus dan rumah dia cantik.
Orang lain pandang mungkin rasa jiran itu nak menunjuk-nunjuk.

Nilai setiap orang sangat lain.






-jorahim

Sunday, 6 January 2013

Red Velvet, Si Baldu Merah yang Ghairah.




Aku memulakan tahun baru 2013 ini dengan sesuatu yang menghairahkan hingga mengugat nafsu makan, Red Velvet Cupcakes! Penangan nya lebih hebat dari anda menonton filem Datin Ghairah. Malah RV pernah menjadi fanomena,  sebelum kedatangan fanomena Durian Crepe, Awie kalau makan, sanggup tukar nama lagu Baldu Biru jadi Baldu Merah. Red Velvet antara yang pernah menjadi mangsa trend suatu ketika dulu. Hari2 aku di tagged oleh usahawan Red Velvet yang dengan gigihnya mempromosikan red velvet mereka menggunakan cara yang licik iaitu meletakkan gambar red velvet dengan aksi yang mengiurkan sesiapa yang melihat. Namun, iman manusia kedekut seperti aku, rela aku buat sendiri. Dan yang menjadi juri pertama merasa kek red velvet ku buat kali pertama pada 2 tahun lepas ialah En Pie. Respon beliau tidak berkata apa2, tapi hanya menunjukkan aksi melompat kegembiraan. Body language, kita kena paham2 sendiri la. Hehe. Sejarah mungkin berulang, malam tadi, aku dihasut untuk membuat kek red velvet ini, oleh seorang  jejaka kurang kacak, Asri yang simpan rambut panjang ala2 korea tak padan dengan warna kulit dan paras rupa. Buat pembedahan plastik pom belum tentu muka jadi cam mamat korea. Hahaha..  ( ketawa keji) Hobi aku memang suka mengeji, tapi jujur. Harap maklum.

Monday, 31 December 2012

Chezzy Choc Cake layered with Chocolate Mousse


Tahun baru 2013 bakal menjelma. Kek ini dikira penutup bagi tahun yang penuh kedukaan. Agak emo intro entri kongsi resepi kali ini kan. Hehe. Biasalah, dah hujung2 tahun nie, macam2 emosi yang datang. Fikiran negative, sila pergi main jauh2. Aku mahu mula tahun baru ini dengan semangat yang baru, dan jiwa yang baru. Kadang2 kebaikkan kita disalahfaham kan, atau mungkin juga ada 'sesuatu' yang wujud tapi harus dinafikan. Susah bila terperangkap di tengah2 , antara dua hati yang pernah disayangi dan mula disayangi, dan antara peluang kedua atau peluang untuk bersama. Soal hati ini kadang2 membawa pada sesuatu yang kurang rasional. Kisah macam jalan cerita 'Istanbul Aku Datang' Ah, itu filem. Atau..demi kebaikkan, dua2 aku lepaskan, dua2 aku tak dapat, dua2 tak dapat aku? Jawapan masih menjadi tanda tanya. Namun,aku pasti dengan siapa hati ini. Kek ini terhasil dari rasa hati yang penuh bersalah, 3 lapisan yang kelihatan enak itu simbolik pada tiga jiwa yang hanya perlukan satu hubungan. Seaakan memberi harapan, tapi kadang2 keadaan itu tidak mengizinkan. Sudah jadi sasterawan pulak aku ni. Back to topic, rasa kek ini memang ohsem, ini kes puji diri sendiri. Sendiri buat, sendiri makan dan sendiri puji. Haish. 

Saturday, 24 November 2012

Tiramisu! Pick Me Up!



Nama beliau kedengaran seakan berasal dari negara Jepon, tapi sebenarnya asal usul tiramisu adalah dari Treviso,Itali. Tiramisu yang bermaksud " pick me up' yang bila ditranslate dalam bahasa rumi ialah "lahaplah aku" Tiramisu is a one of my febret cake, namun bahan utama yang digunakan berkalori tinggi dan akan menjadi musuh ketat pada mereka yang sedang diet. Untuk aku takpe, makan 10 biji pun berat badan tak naik2, macam ada saka dalam badan. Tiramisu juga diibaratkan sebagai 'kek cinta' dan biasanya diberi hadiah dari kekasih pada hari Valentine's Day. Time tu gadis2 yang sebelum ini tak pernah pegang spatula pun, terkocoh2 di dapur untuk membuat Tiramisu buat jejaka idaman mereka dengan menggunakan resepi yang diseludup dari google. Tiramisu pernah menjadi isu kerana diragui status halalnya satu ketika dulu kerana ada segelintir baker yang tak dapat membezakan halal dan haram,  mereka menggunakan cecair berakohol dalam membuat tiramisu. Itu kisah lampau, zaman sekarang semua dah pandai guna ubat gigi Mukmin, jadi pilihan di tangan anda, di Malaysia ini sudah ramai bakers muslim termasuk lah aku. Eh?

Pulang dari perantauan, ini kali kedua aku bikin tiramisu atas desakan Cheetah yang sudah mengidam lama tiramisu hasil tangan aku.  Kali pertama aku bikin tempoh hari, buat kesayangan aku sempena hari istimewa aku dan dia. Nama pun kek cinta, kena la suap kek tiramisu. Baru boleh jadi kenangan terindah kan. Hehe ( gatal..) Suka tengok kesayangan aku makan penuh nikmat dan  diakhiri dengan pujian menggunung. Dia tak tau aku ada letak minyak pengasih dalam tu. Eh? Gurauan semata. 

Sunday, 18 November 2012

Kongsi #1

Hari ini ada burger free kat Mekd.
tapi sekarang tengah trend boikot Yahudi,
tak leh pegi, nanti kena maki.
nama pun trend, tak lama lepas tu,sepi.
aku berani potong jari.
semangat hangat tahi,

Israel kejam!
Israel buta perot!
Israel zalim!

Jap.. sapa Israel sebenarnya?
kena kenali, ilmu kena gali,
jangan ikut membuta tuli,
nak benci kena tahu bukti,
biar kita benci hari hari.