Tuesday 9 July 2013

Pineapple Upside Down Cake


15.6 adalah tangggal hari istimewa iaitu Hari Bapa yang disambut bagi meraikan bapa2 di dunia yang berjasa dalam membesarkan anak2 mereka kecuali bapa ayam. 15.6 juga adalah hari lahir abah ku. Jadi secara langsung kami akan menyambut hari itu sempena hari bapa dan hari lahir beliau. Dengan semangat kekeluargaan, aku dan abangku bercadang untuk menghasilkan kek tunggang terbalik, Pineapple Upside Down Cake berikutan abahku tidak suka makanan  yang manis kerna sayangkan diri, namun..rancangan untuk membuat surprise party tetap kami teruskan dengan membuat kek manis  + masam. Resepi asal adalah diseludup dari buku resepi abg aku semasa beliau kerja di Bayview. Jenuh kami pusing satu pekan mencari nenas dalam tin, tapi hasilnya menghampakan. Lalu, buah nenas segar menjadi mangsa.

 

Langkah pertama, caramel  harus dibuat terlebih dahulu. Menjadi masalah bila masing2 mahu tunjuk pandai, masing2 ada cara buat caramel yang tersendiri.  Pemenang akhirnya adalah ibu ku yang berhasil membuat caramel  seperti yg dikehendaki. Caramel abg aku, hangit. Caramel  aku keras sangat. 2 jam sahaja masa dihabiskan untuk membuat caramel.

Resepi Caramel
  • Castor Sugar 1cup
  • Water 1tbsp


Method ; 
Seksa kedua bahan ini didalam periuk diatas api yang sederhana sehingga gula menjadi caramel/bertukar keperangan.  Terus tuang kedalam cake mould. Kemudian, susun dengan penuh berseni buah nenas yang telah dipotong bulat. Aku guna nenas segar dari ladang, jadi..aku masak sekejap bersama gula sehingga lembut. Agenda seterusnya ialah membuat Buttercake



Resepi Buttercake
  • Butter 250gram
  • Sugar 250gram
  • Egg 5 no’s
  • Baking Powder 5gram
  • Flour  250gram ( ayak bersama sama seiringan dengan  baking powder)
  • Vanilla Essence 1 tbsp

Method ; 
Pukul dengan kejam butter bersama gula sehingga kembang semangkuk. Butter yang digunakan haruslah telah lembut pada suhu bilik.
Masukkan telur sebiiji demi sebiji. Time to time, scrap di ketepian mixing bowl  untuk pastikan semua mixture akan sebati dan serasi. 
Masukkan esen vanilla.

Yang terakhir kali, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Dan pukul sehingga adunan sebati.
Tuang  kedalam cake mould yang mengandungi caramel dan pineapple tadi.
Seksa mereka didalam oven selama 40 minutes pada suhu 180celcius.
Apabila kek sudah masak, terbalikkan nya keatas cake board. Dan boleh la dihias mengikut kreativiti sesuka hati anda. Namun memandangkan kami kesuntukan masa, kami sekadar ikat ribbon sahaja.


Parti liar malam itu tidak lah seliar mana, kerana seperti biasa kami pergi melahap sambil mencari bahagia, kot la jumpa  di De’ Thailand Seafood di Kampung Bahagia, Teluk Intan. Makan malam itu aku dan abg aku la yang makan macam ada saka dalam badan.Dalam dunia ini tiada istilah hari bapa, hari ibu , atau hari kekasih, yang ada hanya Pasaraya Hari2, kerana tiap hari adalah hari untuk kita membahagiakan insan yang kita sayang. Sayang tanpa noktah, tanpa perlu diletakkan tanggal dan tempoh. Hargai mereka yang kita punya yang ada di depan mata, di kiri dan di kanan mata juga.



Selamat Hari Lahir Abah 53