Saturday 1 September 2012

Bananana!!

Balik dari kampung dari cuti raya, satu badan aku naik angin bila sampai rumah ,aku tgk sampah tak buang, fresh orange terbiar, susu atas meja, spageti basi, dan tahi kucing tak dibuang. Itu semua hasil peninggalan housemate aku selama seminggu. Jenuh aku pesan sebelum balik aritu. Padahnya, terimalah bebelan aku sebanyak 100 perkataan dalam satu nafas. Sekarang selama seminggu juga lah aku jadi seorang penggangur terhormat di rumah sewa. Kalau ada yang sanggup bagi aku makan tanggung, berak cangkung, itu sudah untung. Takde aktiviti yang produktif yang aku boleh buat kecuali makan, khatam semua dvd yang ada, tidor dan selebihnya tidor. Dah macam desperate housewife je aku nie.hehe. 



Bila yang ada utk dibaham hanya tinggal biskut raya hasil seludup dari bakery Ma, aku merajinkan diri ke dapur untuk menghasil kan sejenis objek yang boleh dibaham sambil menonton kisah hantu Mantra. Didapor tergantung buah pisang yang di beli di pasar borong tempohari. Tujuan beli, sebab aku menghadapi sembelit tempohari akibat makan terlalu banyak makanan hingga terlupa baca bismillah. Biasalah, aku kan insan biasa yang pelupa lebih2 lagi bila berhadapan dengan makanan percuma. Mudah saja utk buat cekodok pisang ini. Hanyalah perlukan pisang separa hitam asalkan tak berulat lagi. Tapi aku penah dengar gosip liar mengatakan ulat buah boleh dimakan, tak pasti pula kesahihan nya. Tapi kalau termakan pon, paling kuat masuk hospital sebab keracunan makanan kan?


banananana~
Bahan-bahan

  • 6 biji pisang tak pasti jenis pisang apa, kalau pisang emas..pastikan ianya pisang emas tak di bawa belayar
  •  5 sudu gula pasir
  •  2 cawan tepung gandum
  •  Air (kuantiti ikut pada sedap mata memandang)
  •  Sedikit garam


setelah dilenyek dengan kejam
Langkah pertama, kena lenyekkan pisang lembik tadi tanpa belas kasihan sehingga ia hancur.

Kemudian, masukkan gula, tepung dan semua bahan la senang cakap..

Gaul sehingga semua bahan sebati dan tak berketul2.

Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng sehingga kehitaman.

Enak dimakan sehingga menjilat mangkok. Ini febret aku, so.. aku share 5bj je kat housemate aku, yang kain, aku bedal sorang. hehe

si hitam manis~