Sunday 28 August 2011

Raya Aku Tiada Makna

Mengarut pada 2.03am


Tahun ini aku sangat sibuk , tenaga aku ketika berkerja seperti ada tangan ghaib yang membantu. Demi untuk berbelanja mengikut hawa nafsu seperti orang kaya , aku harus berkerja dengan rajin nya seperti orang miskin.



Di Fesbuk , ramai yang sudah meng offline kan diri. Namun , aku tahu kalian belum tidur. Mungkin sedang sibuk menganyam ketupat , memasak lemang , memasang langsir ataupun sedang giat menjalankan penyeludupan mercun dan bunga api.



Raya kali ini tiada yang indah bagi aku memandangkan aku tidak berpuasa penuh sebulan , tidak bertarawikh di malam hari , dan hanya sekadar puasa berlapar dan dahaga. Bodohnya aku ,  sudah di akhir Ramadhan , baru lah terasa sedikit kesal. Layakkah aku untuk berhari raya? Usah jawab. Semoga ini bukan Ramadhan terakhir ku.



Tahun ini aku tidak menerima sebarang kad raya kertas mahupun kad yang dibuka kemudian keluar lah lagu raya versi monofonik. Hanya sms bertalu - talu seperti tahun2 yang kelmarin. Terima Kasih.


Selamat Hari Raya ,
Maaf Zahir sahaja..



yang akan bekerja di pagi raya ; Ainie Syeema