Tuesday 26 June 2012

Masquerade Party I

Gedik - Gedik Santai Masquerade Party 2D/1N

Hari minggu 23th - 24th Jun 2012 lalu telah berlangsung satu program yang paling fun, cool, best dan happening sampai naik pening sepanjang perjalanan dari Subang Bistari ke Melaka. Sebagai seorang partner yang setia, aku telah menemani Aben ke Masquerade Party anjuran Da'Blitz. Da'Blitz adalah sebuah kumpulan bukan mililitan yang aktif dalam pelbagai jenis sukan terutama sekali futsal dan rajin membuat kerja amal sekitar daerah  Bangsar. Party liar tanpa sebarang pencampuran lelaki dan perempuan itu diadakan di A Famosa Resort, Melaka. Disebabkan semua yang terlibat adalah dari kaum sejenis, tiadalah peluang untuk aku mencuci mata melihat jejaka2 kacak beraksi di swimming pool seperti dalam iklan majalah Mangga.

ballons..

Pada mulanya aku tak mahu melibatkan diri berikutan poket yang sedang kering (biasalah hujung bulan) walaupun semua nya ditanggung secara rela oleh Aben. Namun , tapi disaat akhir aku membuat keputusan untuk pergi pula. Mengikut perancangan, semua ahli yang terlibat yang datang secara berjemaah, solo atau membawa pasangan mereka, harus berkumpul di RNR Seremban pada pukul 1ptg, namun aku dan Aben agak kelewatan dan memilih haluan sendiri gara2 Aben yang bangun lambat dan kami masih sempat shopping pagi itu di Ballon Buzz One Utama mencari Masquerade Mask yang mahal nak arwah. Sales assistant kat situ pula tak henti2 suggestkan aku mask yang paling mahal. Dah la takde plastik di hari Sabtu, rugi 20posen. Aku bayar sambil mengeji didalam hati ( padahal bayar guna duit Aben..haha)

mask ku silver : rm16.90
mask Aben : rm14.90
kami lah the mask!
tapi bukan mask rider..

Setibanya di banglo bernombor 799 di A Famosa Resort, kami dibahagikan mengikut bilik. Bilik itu hanya lah sekadar dijadikan bilik persalinan dan letak segala harta karun yang dibawa. Untuk menjalankan aktiviti ringan2 bersama pasangan sonsang adalah dilarang sama sekali. Jika tidak, aksi anda akan dirakam secara rela atau paksa kemudian akan diupload di Youtube. Mereka yang bersama2 aku dalam bilik itu ialah Aben ( partner yang menghasut aku kesini ) Ad Oltomen yang berbakat dalam menjadi joker (kelakar habis), Cik Yul ( peminat Siti Nurhaliza yang tegar sampai bantal dia pun ada gmbr Siti, aku tak tipu ) Tia kacak yang simpan rambut macam mat rempit,  Atip yang cute habis, aku tgk dia, teringat kat Bella, aku tak tau nape, dan Skyder bersama partner beliau yang aku lupa nak tanya nama dia sapa.

Room No 4
separa kacak ~ Aben, Atip, Ad & Tia




Sebagai seorang yang tak reti duduk diam, aku pura2 rajin menolong Izan didapur dengan menyediakan makan malam BBQ. Sementara menunggu parti yang bermula pada 8mlm, aku menolong beliau didapur sambil bergosip mengenai tuan rumah banglo yang memesan agar kami tidak membuat bising sepanjang 2 hari 1 malam disana. Nama saja program jalan2 cari pasal, tapi tak boleh membuat pasal pula. Hehe.

marilah masak bersama..( hasut Izan)
Abang Otak2! :)



Selepas menunaikan solat Maghrib secara solo kerana mungkin ramai yang PMS, masing2 sudah bersiap dengan pakaian yang mengikut tema malam itu iaitu Masquerade. Aben memakai kemeja berserta vest yang dibeli di saat akhir secara membuta tuli di Paradigm Mall. Dan aku pula hanya mengenakan dress hitam simple pakej bersama high heel 3.5inc yang dapat secara percuma hasil sponsor dari Aben juga dirembat pada saat2 akhir di One Utama. Wah! (dah  macam pisau cukur dah aku nie ) haha. Thanks my dear..

wajah
Beratur!! Jerit Yaya selaku speaker dewan rakyat. haha
Malam itu kami dibahagi untuk kali kedua mengikut team. Dua team dibuat untuk bersaing secara sihat tanpa rasuah dalam 3 permainan iaitu game berbalas pantun , teka bahasa OKU dan Iphone rosak. Aku dah Aben berbeza kumpulan. Jadi, sepanjang game diadakan, kami berlagak tidak mengenali antara satu sama lain. Dan malam itu, kumpulan aku yang diangotai oleh Cik Yul, Edi, Maria, Ed, Linda dan 2,3 orang lagi yang aku kurang kenali nama mereka tapi sama2 bersorak kegembiraan kerana menang secara keseluruhan. Mungkin berkat Cik Yul yang tidak meninggalkan solat Maghrib hari itu. Mungkin juga ada kaitan dengan nama unik kumpulan kami : Ct Sailang. ( macam bunyi ikan sembilang pun ada )


cik Yul peminat tegar Siti

mari mabuk2 air halia

Kemuncak game untuk individu ialah pertandingan meminum air didalam tin yang tidak memabukkan iaitu F&N Ginger. Aben merelakan diri join game ini kerana percaya khasiat air Ginger mampu mengempiskan perut beliau yang sekali pandang seperti lipatan daging burger MekD. Aku ditepi sekadar memberi kata2 semangat namun , beliau gagal menjadi yang terawal habis dan hanya mendapat hadiah sakit perut sahaja.Padan muka. Haha. Rakaman bukti keghairahan mereka sedang minum sehingga mabuk halia boleh ditonton sambil makan pocorn  KLIK SINI 

Next program : lucky draw  tapi sungguh kurang luck, no aku dan Aben tidak pula naik. Mungkin kami lupa baca jampi sarapah bomoh siam masa cabut nombor petang itu. Selesai game dan cabutan bertuah, tibalah masa untuk berdansa. Lampu ditutup dan music dipasang pada volume tahap maksima. Oleh kerana aku hanya pandai menari zapin dan tiada pula lagu etnik kreatif Noraniza Idris dipasang, aku melangkah keluar bersama perut yang kosong  dan melahap dengan rakus nya. Gila kau,  makan free.mana boleh ditolak. 

Selepas perut kenyang, masa untuk membuat aksi terlarang di kolam mandi pula. Mengigil aku gara2 mandi di malam hari. Sudah lah air kolam itu seperti air akuarium sebulan tidak dicuci, ditambah pula bau clorine. Mahu mandi di bilik pula terpaksa beratur lama kerana bilik air hanya ada 2 dan kami pula seramai 34 orang.
Malam itu kami bergelimpangan tidur di hall secara beramai2 seperti mangsa pelarian Somalia. Aku tidur awal , mereka yang lain berjaga untuk menonton bola Euro 2012. Malaysia VS Zimbabwe. ( memandai je aku..) Haha. Sudahla, aku tidak ambil tahu pasal bola pun. Cuma aku tersedar bila mereka mengilai seperti mangsa hesteria menjerit " GOLLL! " Gila barbie.. terkejut aku dari mimpi.
tonite.. we are young~~~
Ini part I.. Nanti aku sambung part II. Tangan aku sudah penat menaip. Sudahlah update belog menggunakan pc opis. Terbatas rasa nya. Ok, Bai.