Kali terakhir aku beramah mesra dengan Encik Dentist kacak ialah 14 tahun yang lalu. Itu pun doktor gigi yang telah di upah oleh kerajaan datang ke sekolah untuk mengajar murid murid langkah2 menggosok gigi dengan betul. So , bayangkan lah selama 14 tahun , sisa sisa cheesecake , nasi ayam , dan makanan halal yang lain membiak dengan sihat nya di celah - celah gigi aku. Andai dapat dikumpul , pasti ia boleh boleh dikategorikan sebagai najis mutawassitah.
Walaupun aku penagih tegar Ubat gigi Kodomo Lion berperasa Orange serta peminat setia berus gigi Oral B Cross Action Massage yang berharga rm12 sebatang itu , ia belum mampu untuk menanggalkan sisa2 pepejal tersebut. Sisa sisa itu lah yang menyebabkan gigi kita akan kelihatan berselaput dan ia dipanggil kalkulus
( bukan kalakatu hookay ) Mujurlah aku bukan penghisap tegar rokok tembakau ataupun minum minuman berakhohol. Kalau tidak , pasti gigi ku kelihatan lebih ngeri dan bakal menjadi igauan di malam hari pada siapa yang melihat.
Selepas didesak beberapa kali oleh ibu dan abang ku , gara gara aku tidak pernah menjalani rawatan kikis gigi / cuci gigi atau nama santifiknya ' scaling teeth' . So , dengan semangat yang membara , seawal jam 8.30pagi aku telah bangun dari tidur. Selepas bersiap dan menunaikan Solat Subuh dengan niat qada' , aku keluar dari rumah dengan hanya bersarapan baki Pie Coklat yang ada di dalam peti sejuk. Aku terus menuju ke Klinik Pergigian Ooi di bandar Teluk Intan. Hampir sahaja aku tertido gara2 menunggu terlalu lama sementara nama dipanggil oleh Cik Nurse yang manis di klinik itu.
aku kurang memahami ayat di atas. Yang pasti itu bukan doa sebelum berjumpa doktor gigi. |
Bilik yang menjadi saksi gigi ku dinoda oleh seorang dentist separa kacak |
Semasa proses pengkikisan / scaling gigi tuh , memang la secara jujur nya nyilu yang teramat sangat. Hampir saja aku hendak melarikan diri , namun pujuk rayu dari doktor yang separa kacak itu telah memadam kan niat ku itu. Darah membuak keluar dari gusi , kesan dari penyucian gigi yang menggunakan sejenis alat yang dipanggil ' skaler eletronik' yang berfungsi secara gegaran dilalukan pada permukaan gigi. Ia mempunyai kelajuan maksimum yang mampu memecahkan segala sisa makanan yang sudah keras @ kalkulus.
wajah encik scaler yang agak mengerunkan |
Hookay , usah terlalu teruja dengan info di atas kerana aku hanya meng kopipes nya dari encik google.
Sesekali aku disuruh untuk berkumur dan meludah sisa2 calculus yang telah dikikis. Pergh..karang yang berwarna kekuningan dan kehitaman keluar dari tempat persembunyian.
( yang hitam tu aku rasa saki baki pai coklat masa sarapan pagi tadi )
Selepas gigi dikikis dengan kejam nya , prosedur seterusnya ialah gigi di berus dan dibersihkan menggunakan berus eletronik yang comel. Tapi sebelum itu , gigi dan gusi disapu dengan sejenis krim berwarna hijau yang aku percaya ianya halal tanpa DNA babi berikutan rasa nya yang nyaman serta sedikit pahit. Owh..ubat gigi cap halal JAKIM rupanya.
Penderitaan aku berakhir kira kira hampir 30 minit , selepas selesai rawatan , aku menadah tangan ber doa kehadrat Ilahi tanda kesyukuran atas berakhirnya sebuah penyiluan. Proses rawatan ini kalau di klinik kerajaan aku tak pasti berapa yang akan di caj. Sebab aku decide untuk buat di klinik swasta. Aku bukan lah seorang yang anti kerajaan , tapi aku bersimpati pada doktor di klinik kerajaan itu nanti , mesti dia mengalami sawan hingga berbuih mulut jika melihat gigi ku yang unik ini ( logik tak alasan ku ini? ) hehe..
Pemulangan ic dan pembayaran. Total bayaran bagi gigi yang sudah dinoda : rm120 |
Semasa seisi perpisahan , saat bersalaman dan beramah mesra bersama Encik Dentist yang separa kacak itu, beliau sempat mengucapkan ayat2 chenta buat ku :
Dentist separa kacak : gigi u cantek , takde lubang..elok jer.sihat. semua tersusun rapi , tapi sebatang je yang lain.hehe.."
Dentist separa kacak : gigi u cantek , takde lubang..elok jer.sihat. semua tersusun rapi , tapi sebatang je yang lain.hehe.."
Aku sebagai : hehe..itu lah pasal doc , i dulu masa kecik duk asrama , takde sapa tolong jaga kan. Adik beradik i semua gigi cantek2. i je lain skit..
Dentist separa kacak : u buat la braces. ( beliau cuba memulakan urusan jual beli secara halus )
Aku sebagai : braces? oh tidak doc..! nanti i nampak aneh.hahaha..
Braces? So far , aku masih belum tergerak untuk dapatkan rawatan tersebut. Makan modal beribu riban ,baik guna duit tu beli benda yang lebih berfaedah seperti membayar zakat dan bersedekah.
Hoho...kalau encik Dentist tak cakap gigi aku sihat pon aku memang tahu sebab aku jarang sakit gigi dan memang seorang penagih tegar makanan halal berkalsium tinggi seperti susu & cheese ( cis ada kalsium ker? )
walaupun aku hanya memberus gigi sebanyak 2 kali sehari.. ( teruk..teruk..)
Rawatan scaling ni sepatutnya dilakukan 6 bulan sekali atau paling koman pon setahun sekali..
So , sapa2 yang masih belum p scaling gigi , sila lah pergi berjumpa dengan dentist berhampiran rumah anda.
So , sapa2 yang masih belum p scaling gigi , sila lah pergi berjumpa dengan dentist berhampiran rumah anda.
Memang lah wujud gigi palsu bagi menganti kan gigi ori , tapi sama kah yang tulen dengan yang pelesu?
Bikin kaya tokey Polident jer.hehe..
salah sorang patient yang menunggu giliran. Jumpe doktor untuk minta hormon mencepatkan pertumbuhan gigi kah wahai si comel yang belum ada gigi? |
Semasa perjalanan pulang , semasa memandu..lidah aku tak berhenti bermain di barisan gigi ku yang baru tanpa plak ini. Terasa ringan , kosong dan agak jarang..but dont worry , gusi yang sihat akan menutup ruang2 kosong itu. Nway , lagi 2 minggu umat Islam di dunia bakal menyambut bulan mulia ,Ramadhan Al Mubarak. Dan aku akan menyambut nya dengan gigi yang baru tanpa plak beserta senyuman yang semakin menawan :)
Selepas menjalani rawatan. Semakin bersinar cahaya keimanan di wajah |
Pesanan penaja :
Gosok lah gigi anda setiap hari ! Berhati - hati , usah biarkan gigi anda keKUNINGan .
Jika tidak , kemungkinan besar anda bakal disyaki oleh pihak berkuasa kerana mempunyai ciri2 salah sorang dari penyokong Bersih. Sekian , terima kasih :)