Aku dah pernah mencuba buat biskut omputih nie , namun hasil nya hampa dan hampas sekali. Mengikut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari National Geography , biskut ini sangat lah sensitive dan amat renyah , kerana bgantung pada suhu persekitaran dan juga tahap layanan mesra pembuatnya. Selepas 2 kali percubaan ku gagal dalam misi membuat biskut termahal di dunia ini , aku telah berputus asa dan hampir terpengaruh dengan ajakan Olah untuk menjadi pengebom berani mati dengan mengikuti kumpulan Al Qaeda.
Dalam usaha memujuk diri , seorang kenalan aku di FB , Kak Rai Moscow telah cuba menghasut ku dengan membeli nya. Hookay , beliau sebagai agen sah yang dilantik sahaja. Pembuat dan pembekal sebenar ialah Sis Lea Oven.
*sapa yang berminat , boleh tekan nama dorang tuh , dah siap link. Jadikan produk Muslim sebagai pilihan utama anda ! :)
Hasil penyeludupan halal yang selamat tiba di pangkuan. Tkasih Abg Posmen :) |
Pandangan masih kabur |
Mixed flava & colourfull :) |
Alhamdulillah , akhirnya ! bertemu juga jodoh aku dengan Encik Mac yang comel ini. Dan ini lah kali pertama aku memakan biskut yang menjadi kegilaan orang2 kaya di Malaysia buat masa ini. Rasa nya sangat manis , tapi sedap dan combine dengan rasa almond + filling di tengah. Memang kompem pesakit kencing manis bakal bertambah di negara kita ini. For da 1st time , aku macam jakun la jugak. Biasa la , benda baru kan? Pada yang telah menjadikan Mac ini sebagai makanan ruji kalian , usah la berlagak dengan aku, hookay ? haha..
wah ! Encik Mac yang comel :) |
Sejujurnya harga itu agak mahal berbanding biskut halal yang lain. Tapi sekali sekala je makan dalam hidup , takkan nak berkira kot? hehehe.. Bagi aku , aku tak kisah sangat soal harga , sebab aku tahu , memang payah dan sangat mencabar untuk membuat Mac nie walaupun kos nya tidak lah semahal mana. Jadi , kepada mereka yang berbakat dan berjaya dalam mengoda encik Mac ini, bersyukur lah.
tergoda bukan? |
Ketika jiwa hampir tenggelam dalam keenakan Mac nie , aku hampir terlupa mereka yang belum menjamah makanan mahal ini. So , sebelum aku masuk tidor , aku titipkan sekeping nota :)
agak kejam nota ini , bukan? ( hehe..) |
Stok almond ground masih ada di dalam stor , mungkin aku akan mencuba lagi untuk mengoda encik Mac buat kali yang terakhirnya. Namun , andai gagal juga? Come on..usah berputus asa. Marilah kita berguru dengan Chef Nurainie Tan :) Untuk sekadar makan sendiri bersama keluarga dan skandal , atau menjadi juadah pencuci gigi sewaktu hari lebaran nanti , aku rasa hookay la. Tapi kalau untuk bisnes , kene fikir dua tiga kali sebab benda ni boleh dikategorikan agak mahal. Kek yang harga rm40/ 1kg pun hampir tidak dapat diterima oleh akal para pelanggan aku. Lagi la Mac yang berharga rm2 seketoi. Silap2 boleh mereka boleh diserang sawan sudu ataupun wajah mereka bertukar ke biru biruan. Kemungkinan besar juga aku bakal di kena kan siasatan dan didakwa atas tuduhan penindasan ke atas pelanggan. Masak gue !
So , pesanan penaja : untuk bisnes, sila kaji dahulu tentang kekuatan kuasa membeli di kawasan anda ! :)
~the end~