Tuesday, 19 July 2011

Cream Puff Sulungku :)




cream puff sulung ku :)
Sedar tak sedar dah , lagi seminggu lebih lagi umat Islam seluruh dunia bakal menyambut bulan mulia , Ramadhan Al Mubarak. Tapi , tanpa kita melihat kalendar sekalipun untuk menghitung hari dengan makan tanpa henti sebelum kedatangan Ramadhan , banyak petanda lain yg kita boleh tahu , salah satu nya ialah : secara tiba2 kaum hawa , makcik - makcik serta anak gadis
( nyah tak termasuk hookay) berpusu pusu untuk menunaikan puasa sunat berserta niat yang lain seperti niat  puasa ganti dan puasa nazar. Mula la buat2 amnesia , cakap kantoi pose 3 hari , padahal kisah sebenar 7 hari.hoho.. Hukum Tuhan jangan main - main maa. Nanti Tuhan lu malah ( ayat MeiMei )
Sama juga la dengan aku. Kelam kabut aku ingat balik berapa hari aku kantoi puasa dengan tidak disengajakan Ramadhan tahun lepas. Walaupun ramai peminat fanatik aku berebut2 nak tolong ganti kan , tapi tolong faham hookay ! Aku belum mati lagi nak mintak orang lain ganti kan.hehe..


Dah puasa nie , dalam usaha menahan lapar dan dahaga , bila tengok air dalam akuarium pun rasa macam best. hahaha... Untuk juadah berbuka petang nie , aku cuba nak buat Cream Puff , sebelum ni bile tengok bende comel yang halal dimakan tanpa was was nie , tak teringin pun. Tapi bila dipengaruhi oleh kata - kata berunsur hasutan didalam blog Chef Kacak , Dari Dapur Azli Razali terus jadi teringin. Berbekal kan semangat nafsu makan disebabkan kelaparan , aku terus mencuba ! Nway , terima kasih buat Kak Azura atas resepi yang diberi. Kak Azura ni adalah salah seorang dari peminat fanatik aku..hahahaha. Gurau ja. Beliau sorang dari fren aku di Fb , bila aku post status nak bikin creampuff , terus beliau mengoffer resepi turun temurun beliau dan aku tanpa segan silu , menerima nya dengan hati terbuka. Cuma , resepi ini aku edit2 sikit mengikut kesesuaian rasa.

Aku pernah terdengar gosip liar yang mengatakan buat creampuff ini rumit dan banyak kerenah . Olah juga pernah buat , dan hasil nya leper seperti lempeng. Mungkin kah beliau kurang berbakat ( hahaha..) atau resepi menjadi punca? Siasatan masih dijalan kan sehingga kini. In case kalau Olah terbaca entry ini ,
" Bukan lah aku ingin mengumpat ko tanpa niat , cuma sekadar nak riak sikit bahawa aku pun pandai bikin cream puff.hahaha.."

  •  Bahan - bahan untuk choux pastry ( adunan untuk buat creampuff / eclairs / dll )
* 45g butter cap halal jakim
* 100ml air kosong
* 60g tepung gandum ( nak halus sila ayak )
* 2bijik telur ayam made in malaysia yang telah dicuci hookay !
* sedikit gula cap prai ( aku tambah )
* sedikit esen vanilla ( untuk hilang kan bau telur --> terpulang
ikot resepi asal , memang takde pun

Thanks Kak Azura untuk resepi nie :)


selesai di paip kan di atas loyang dan bakal diseksa tanpa belas kasihan
mengikut petua encik B.O : kalau nak cantek , sila sapu telur kuning,
tapi disebabkan terlalu eksaited , aku terlupe.hehe..

  • Langkah - langkah sila langkah kaki kanan

* Masukkan butter , gula dan air dalam periuk cap Helang import dari Langkawi, masak sehingga mereka berdua serasi dan sebati. Api sederhana besar jer.
* Bila dah mendidih , sila masukkan apa yang patut , iaitu tepung yang halus mulus dan tulus selepas di ayak.
* Kacau sehingga likat , dan secara konsisten. Sila keluarkan tenaga yang maksima sehingga timbul urat - urat gagah di kulit tangan anda. haha..
* Jika ianya cair , masukkan tepung sikit , dan kalau keras , masukkan air.
* Biarkan ia kesejukkan.
* Kemudian , masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
* Masukkan dalam piping beg / acuan semperit pun boleh ( hehe..)
* Guna nozel bercorak bintang di langit , dan paip kan di atas loyang yang sudah digris*
* Sembur sedikit air jampi bomoh siam keatas puff sebelum dibakor.
* Sila seksa creampuff itu tanpa belas kasihan di dalam oven dengan suhu mencecah  220c selama 15 minit , kemudian turun kan suhu pada 190c dan tambah lagi 15minit atau sehingga ia masak / keperangan. Kalau hingga kehitaman itu , creampuff anda telah bertukar menjadi cpuff versi hero Bollywood. Takpe , yang hitam itu menawan , cuma pahit sikit la.
* Dah masak , keluarkan dari oven dan sejukkan ia didalam suhu bilik darjah.
* Sila belah dada creampuff anda dan boleh paipkan filling. Boleh di belah secara melintang , cucuk lubang dari bawah , atau pun dicincang halus. Terpulang pada anda. Anda yang makan kan.hehe..
* Nak nampak creampuff tu lebih menarik , tertarik , kau memang da boom ! Deco - deco la sikit. Hiaskan dengan coklat , fresh fruits atau kalau dah malas sangat tahap dugong , ayak je dengan gula icing cap Prai.hehe..

* digris : ialah loyang / dulang bakar yang telah disapu dengan marjerin / minyak / shortening bagi mengelakkan ianya melekat.

Untuk filling , terpulang pada kalian untuk taruk apa , ainie taruk krim pastri je. Ada jugak yang taruk coklat , whip cream , sambal nasi lemak pagi tadi , dan kalau malas tahap beruang kutub , tak payah taruk apa2 . Enak dimakan begitu saja ~ oh..lalala

dibiar ia kesejukkan di dalam suhu bilik darjah
  • Bahan - bahan untuk krim pastri
2 cawan (500ml) susu UHT
½ cawan (100gm) gula
1 biji kuning telur
1 biji telur
4 ½ sudu (30gm) tepung jagung
3 sudu (20gm) tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

( campur semua bahan di atas dan masak atas api dapur sehingga likat )

Thanks to Chef Azli Razali untuk resepi ini :)


Antara tips untuk creampuff :

~Pastikan merjerin atau mentega telah sepenuhnya cair dalam air. Ketika masukkan tepung, kacau dengan cepat.

~Jangan biarkan air terlalu lama mendidih kerana ini akan mengurangkan air dan membuatkan adunan anda menjadi terlalu keras. Tepung yang bercampur perlu kelihatan kental dan tidak terlalu cair.

~Adunan yang betul boleh dilihat apabila choux pastry yang dipaip dapat mengekalkan bentuknya sebelum dibakar. Anda perlu merenjiskan sedikit air pada choux pastry.

~Suhu yang tinggi ini akan menukarkan air kepada wap yang akan membentuk rongga dalam choux pastry anda nanti. Kemudian turunkan suhu ke 190 C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi.

~Jangan sekali-kali membawa keluar choux pastry sebelum ia cukup keras dan masak. Ini akan menjatuhkan choux pastry.

Info & tips credit to Chef Kacak -->  SINI

Kesimpulan nya : gosip liar , hanya lah sekadar gosip yang akan meruntuhkan semangat mereka yang ingin mencuba. Nak tahu susah atau tak,  kene cuba dulu..baru kita tahu kan? Jadi ke tak , at least we tried hookay ! Yang penting , jangan dengar cakap orang selagi diri sendiri belum mencuba !
SELAMAT MEMBAKING ! :)
~the end~