Thursday 21 July 2011

Pavlova !! u make me smile ! :)

Lately ni aku rasa bengang je dan moody sokmo ! Gara - gara seseorang sudah cuba mencabuli kehormatan pendirian aku ! What the..? Tercabar sungguh keegoan aku dan tahap mazmumah juga mendadak naik dengan bantuan hasutan syaitan dan nafsu ! Sabar..sabar..pergi minum air kolah masjid bagi tenang sikit jiwa itu --> bisik hati kecil ku. Dalam hidup ini , memang lumrah la bila berbeza pendapat , agama , bangsa dan Tuhan yang disembah , but please show some respect...sekalipun kau rasa pendapat kau betul dan tak nak terima pandangan orang lain , sekurang kurang nya jangan pertikai dan maki pandangan orang lain. Lagi2 bila terjadi pada seseorang yg educated , sungguh kurang profesional.

Disaat amarah membakar diri , baik cari penawar sebelum ia merebak hingga aku terpaksa jumpa Ustaz Harun Din untuk minta air jampi. So , jom ke dapur ! :) At least bila buat sometin' yang boleh memenuhi permintaan nafsu makan , tak la terfikir sangat tentang hal yang boleh bikin gua panas ! Bila tension , aku tido jer..kalau tak tido , makan..kalau makan pun tak leh bagi hilang stress, kembali lah ke pangkal jalan dengan menonton Mari Bertaranum di tibi9 bersama Ustaz Zambri yang kacak.

Pavlova
Didalam buku sejarah SPM , memang kalian takkan jumpa sejarah dan hikayat mengenai Pavlova ini , melainkan dengan kalian melayari blog 'Life is Short' ataupun menggunakan enjin carian seperti Pakcik Google serta suku sakat beliau. Ayuh ! Teruskan membaca.
Pavlova ialah sejenis dessert / pencuci gigi  halal tanpa unsur yang meragukan. Nama dessert ini diambil sempena nama seorang penari dangdut kelahiran Rusia yang bernama Anna Pavlova. Mengikut sumber yang kurang dipercayai , Anna Pavlova telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan untuk mencari rezeki yang halal tanpa syubhah , dengan menukarkan karier beliau daripada seorang penari kepada pastry chef. 
Yang agak menghampa kan , walaupun aku yang buat dessert nie , Pavlova jugak dapat nama. Cis kek ! Hoookay , sila abaikan.
Basic Pavlova ialah meringue. Sebutan nya ---> mereng' ( hehe..)
Resepi aku telah kopipes tanpa izin dari lubuk resepi , Joy Of Baking.

Bahan - bahan :

120g putih telur / 4 biji ( make sure putih telur SAHAJA ! )
200g gula halus ( ainie kurang kan --> 150g )
sedikit esen vanilla
sedikit cuka makanan ( bukan cuka getah hookay! )
sedikit tepung jagung segar dari ladang jagung

Untuk topping :
Whipping cream --> di pukul sehingga kembang bersama sedikit gula dan sedikit esen vanilla
Buah buahan segar dari ladang Tesco , Giant ataupun Pasar Tani



Langkah - langkah , sila berhati2 ketika melangkah : 
*Pastikan bowl /mangkuk ayun anda bersih dari sebarang kotoran / cairan yang meragukan. 
Jika tidak , kalau pukul sampai esok hari raya pun , meringue anda tidak akan kembang dan anda yang akan bertukar mereng.hehe..
*Pukul putih telur dengan speed maxima 200km/ jam. Sehingga ia kembang semangkuk.
*Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga ia larut ke dalam putih telur yang kian mengembang itu.
* Kemudian , sila masukkan apa yang patut iaitu esen vanilla , cuka dan tepung jagung.
* Rata kan adunan menggunakan spatula bercop SIRIM. So ,dah siap dah meringue ! :)
* Menggunakan loyang yang telah di gris dan dilapikkan dengan kertas minyak, bentukkan meringue tadi seperti bentuk dome / kubah masjid jamek ataupun leper macam silikon pecah pun takpe. Ada aku kisah? memang tak la..hahaha 
( ayat mamat Youtube )
* Kemudian , tanpa belas kasihan terhadap mereka yang lemah..sila seksa meringue anda di dalam oven made in Taiwan pada suhu mencecah 130c. yer..130c ! memang rendah , sebab meringue memerlukan suhu yang rendah untuk masak dengan sempurna di luar juga didalam.
* Bakor selama 20 minit bergantung pada jenama dan saiz tubuh badan oven anda.
* Jika masih ragu2 , sentuh permukaan meringue anda  , andai ia telah kering dan keperangan , dah kira masak la tuh yer. Jangan tunggu hingga kehitaman pulok. Punoh..punoh..
* Bila dah masak , jangan terus bawak keluar , sila jangan gelojoh hookay ! Tutup suhu , suis oven anda , dan biarkan meringue bertapa buat kali terakhir didalam oven dalam keadaan pintu oven terbuka.
( perubahan suhu secara tiba - tiba boleh membuatkan meringue mengalami culture shock )
* Kemudian , apabila meringue sudah sejuk , boleh la dideco dengan whip cream yang telah dipukul dengan kejam sehingga kembang serta buah buahan segar yang dipotong dadu. Buahan buahan segar tu terpulang la nak taruk apa , stobeli ke , kiwi ke , nenas ke , atau kalau nak rasa tempatan , boleh la taruk durian , rambutan ataupun cempedak di luar pagar.
* Nikmati lah ia ketika ia sejuk. Rasa nya seakan akan mashmallow , chewy dan sungguh lembut !!
*Kekurangan Pavlova ialah ia mempunyai iman yang lemah , kerana tak boleh duduk lama di luar dalam keadaan yang terdedah. Ia akan menjadi lembik. So , sila lah makan dengan gelojoh berserta doa sebelum makan. 
Selamat Membaking ! :)


~the end~