Monday 15 October 2012

Sambal Udang Segar Dari Ladang



Hujung minggu lepas rumah ku dipenuhi dengan tetamu yang datang mencemar duli.. Keluarga angkat Honey yang datang dari Mersing, merangkap kawan pada Abg Hery. Mereka datang menetap selama 3 hari 2 malam atas sebab Fairul ada majlis konvo di PICC, Putrajaya. Member aku, Geeda pun ada di rumah aku dalam masa yang sama. Maka jadi nya rumah yang aku yang biasa nya hanya ada 2 manusia dan 2 ekor kucing menjadi meriah dengan ramainya tetamu yang diundang untuk diraikan. Tetamu diundang itu datang membawa berkat, tapi keluarga Fairul datang membawa berkat yang berbentuk makanan. Segala jenis makanan yang akan dilahap bersama2. Rendang, lemang, sekut , lontong dan macam2 lagi la yang malas aku nak taip sebab semua dah habis dibaham oleh kami. Aku pula sudah lah seorang penganggur, jadi kerja aku makan dan makan..Lagi2 bila duk rumah saja, mulut asyik nak menguyah, macam ada bela hantu raya saja. Mujur segala barangan eletrik yang aku dan Honey order berupa tv lcd, washing machine dan peti ais sampai tepat pada masa nya, jadi adalah tempat untuk sumbat makanan yang mereka bawa.


Walaupun aku dilahirkan dengan kelebihan mampu makan dengan kuantiti yang lebih banyak dari manusia lain, itu tidak bermakna aku mempunyai bakat yang hebat dalam masakan terutama masakan melayu. Namun, itu tidak bermakna aku berlaku racist dan menidakkan makanan melayu dalam kehidupan harian walaupun aku tak tahan makan pedas takut kena buasir. Pepatah cinta yang aku pernah jumpa, "cinta itu ibarat sambal belacan, pedas hingga berair hidung, tapi sedap" Disebabkan ada tetamu istimewa dirumah, aku dan Honey pergi membeli belah untuk menyediakan santapan istimewa. Antaranya Sambal Udang. Tugas aku hanya lah membersihkan apa yang patut dan menyediakan bahan, yang lain aku serah kan pada Abg Hery dan Honey.



Bahan yang diperlukan :
Udang yang sudah dicuci hingga bersih dan suci
Bawang merah diulik mayang halus
Bawang putih dipotong halus
Minyak masak untuk menumis
Cili boh
Air asam jawa import dari tanah jawa
Garam
dan sedikit gula

Aku usha dari jauh sahaja mereka masak sebab dapur dah la sempit. Bila dah ada rumah yg ada kelengkapan yang separa sempurna, timbul satu rasa best giler. Sebab sebelum ni bila aku sewa bilik, yang rumah nya fully furnish, itu barang tuan rumah. But now, bila rumah sendiri barang sendiri. Baru la rasa puas hati. Tapi tak payah nak la own sangat la sebab share duit dengan Honey. Tapi kalau jadi per2 nanti, semua tu jadi milik aku. Itu yang best. Hehe.


Asas masakan sebenarnya sama saja, lagi2 kalau masakan melayu, yang beza bahan2 yang digunakan. Selepas membaca doa masuk dapur, kami memulakan operasi. Mula2 panaskan minyak hingga panas menggelegak, nak tau minyak tu dah panas ke belum , cuba celup jari. Kalau melecur tu, tanda minyak dah panas la tuh, boleh la masukkan bawang putih, bawang merah. Tumis hingga bau semerbak naik satu rumah. Sebelum bawang2 tadi rentung, masukkan cili boh dan biar kan ia pecah minyak, barulah diikuti dengan air asam jawa. Pecah minyak bermaksud minyak dah pecah. Haha. Ntah la, aku pun tak reti nak eksplen camne. Pastu masukkan udang yang segar dari peti ais yang sudah dicuci hingga suci dan murni. Agak2 udang dah masak ranum , barulah masukkan masukkan garam. Mula2 rasa sambal ni masam sikit, mungkin terlebih air asam jawa.  Campur tangan Abg Hery dengan menletakkan Aji Naik Motor sehingga rasa nya balance. Sebenarnya Ajinamoto takde dalam senarai barang dapur rumah kami ini. Ntah dari mana datangnya Ajinamoto tu aku pun tak pasti. Bila sudah cukup rasa, barulah boleh diangkat dan dibaham secara berjemaah. Seronok bila makan ramai2 sambil berkenalan, mana la tahu ada yang tersangkut untuk dibuat calon menantu kan?