Thursday 4 August 2011

Chocodate With Almond


Hari ni sudah hampir 5 hari umat Islam yang telah mumaiyiz berpuasa. Alhamdulillah..
Antara aura2 di bulan puasa, salah satu nya ialah mula kedengaran suara mengoda iklan kurma Yusuf Taiyoob di radio dan kaca televisyen anda. Namun begitu , aku dilahirkan sebagai seorang yang alah pada kurma dan aku lebih meminati buah tin bagi mengantikan kurma. Buah tin pun sunnah Rasulullah tau. Aku kan salah seorang penonton fanatik Jejak Rasul , pasti tahu akan fakta ini. Sesiapa yang kurang arif apa itu buah tin , sila jangan salah faham antara buah tin dan tin kosong. Ianya jauh berbeza.
Bagi mengurangkan alah aku pada buah kurma , aku mula menciplak satu idea yang aku kopipes dari produk Chocodate. ( hehe..) Takpe , aku tak komersial kan buat masa ini , pasti pihak Yusof Taiyob tak minta royalti.



Resepi ini sangatlah ringkas , malah bagi anda yang mata duitan atau bussiness minded, anda juga boleh memulakan sindiket perniagaan Chocodate ini. Bahan yang diperlukan sangat mudah didapati dan boleh digunakan tanpa was -was kerana tiada unsur yang meragukan seperti butter Golden Churn ataupun Barbican. Eh? ( Barbican dah halal balik kan? )


FYI , Butter Cap Golden Churn telah diisytiharkan haram 100% buat kali kedua oleh JAKIM kerana ada campuran DNA babi dan mereka yang pernah menggunakan butter ini , diwajibkan menyamak segala perkakas yang digunakan menggunakan 1 bahagian air tanah , dan 6 bahagian air mutlak  hingga hilang bau , warna dan rasa. Wah ! Ternyata IQ ku masih ditahap membanggakan setelah sekian lama subjek Pendidikan Islam ditinggalkan. Bagi mereka yang telah membeli dan mempunyai stok butter ini, usah terburu - buru.  Tidak perlu anda membuat rusuhan Bersih 3.0 untuk membersihkan diri anda. Jangan terkocoh - kocoh menutup bakeri dan perniagaan kek lapis anda seolah olah anda tidak dapat hidup tanpa butter ini , banyak lagi butter yang lebih mahal dan halal dimakan. Dengan itu , bantulah mereka yang memerlukan. Berilah stok butter anda yang meragukan itu kepada mereka yang halal memakan nya seperti jiran sebelah rumah anda yang berbeza warna kulit , bangsa , agama dan Tuhan yang disembah.
Sebelum bebelan aku ni boleh terjerumus dalam salah satu perkara - perkara yang mengurangkan pahala puasa anda , jom kita semak resepi mudah ini !

*Kurma Yussof Taiyob ataupun sebarang jenis kurma yang diseludup secara halal dari bumi Arab.
*Badam
*Coklat
*Badam halus / coklat rice / colour rice sebagai hiasan dalaman.



Belah isi perut kurma tanpa belas kasihan dan keluarkan biji nya. Biji kurma tersebut boleh la ditanam dibelakang rumah anda. Jangan lupa siram dengan air panas 3x sehari untuk mendapatkan pohon kurma yang sihat dan subur.
(kat Arab panas kan? )


Gantikan biji kurma tersebut dengan badam yang telah dibakor hingga rangup di dalam oven cap Taiwan anda.


Cairkan coklat menggunakan ' double boil ' . Jika di rumah anda telah kehabisan gas masak , usah berputus asa ! Anda boleh cairkan ia di bawah sinaran matahari. Tapi lambat sikit la proses pencairan.



Celup kurma yang berbiji kan badam tadi ke dalam coklat yang telah dicairkan. Ala..macam buat Almond London la.


Boleh dideco mengikut citarasa masing  -masing. Jika anda seorang kanak2 ribena , boleh la ditabur dengan hiasan berwarna warni seperti colour rice atau pun disiram dengan air ribena. Haa haa..lawak nya aku.


Jika anda seorang yang rajin dan berseni , boleh lah di zig zag kan dengan white chocolate.Tapi andai anda pemalas tahap dugong seperti Ainie Syeema , tabur badam halus itu pun sudah cukup memuaskan hati.


Kemudian , masukkan ke dalam peti ais 3 tingkat yang anda beli secara ansuran di Courts itu , dan biarkan chocodate mengigil kesejukan hingga coklat menjadi keras dan sedia dilahap pada waktu berbuka nanti.
Jika anda seorang muslim tegar , semoga anda tidak lupa untuk membaca doa sebelum berbuka. Kalau masih belum hafal doa berbuka , usah gundah gulana , waktu Maghrib nanti TV3 ada tayangkan doa berbuka khas untuk mereka yang mempunyai tahap daya ingatan yang membimbangkan seperti Olah.
( Oit Olah ! , lagu Justin Bibir ko hafal plak? )

Bagi mereka yang tidak mempunyai sebiji kurma mahupun biji nya di dapur  , anda boleh dapatkan pelbagai jenis kurma yang diseludup dari seluruh Timur Tengah di sebuah booth di bazar Ramadhan PKNS Shah Alam. Senang je nak cari , tauke kurma dan biskut raya 2011 itu adalah seorang gadis yang comel , setiap hari sepanjang Ramadhan tanpa jemu menghasut para pelanggan dengan membuat suara ala2 iklan Yussof Tayyob. Masih tertanya - tanya? Oleh itu, ainie memasukkan gambar beliau. Bila kalian jumpa je Bella ni , sebut je nama Ainie Syeema , pasti anda akan mendapat potongan sebanyak 20% dengan setiap pembelian dalam satu resit.( tipu )

"Nabi berkata, rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan "

Kenangan ketika kami sedang bermain kawen2.
Ini hanya sekadar lakonan semata - mata. 

Ainie Syeema dan Bella bukan lah pasangan kekasih seperti yang digempa gempurkan.
Sekian , Terima Kasih.



~the end~