Sunday 7 October 2012

Suatu Ketika

Pertemuan tanpa dirancang antara aku dan Mr Hubby.Mr Hubby bekas kekasih aku yg kedua, aku pernah 3 kali je bercinta termasuk Honey, jadi tak la susah sangat nak ingat tentang bekas2 kekasih lama. Aku bawa Honey teman jumpa MrHubby. Aku dah penah jumpa bekas2 kekasih Honey, biar Honey pula kenal bekas kekasih aku. Mujur Honey sporting. Cuma Honey tak banyak cakap, senyap je, tapi aku tahu Honey okay.Lagipun tak de menda pom yg buat Honey nak rasa tergugat. Past is past..sekali kau terima sesiapa dalam hidup kau,kau harus terima kisah silam dibelakang nya juga. Takde yang lebih penting melainkan dgn siapa dia bersama sekarang.susah senang bersama,ketawa bersama, menangis pun bersama..dan harap mati pun bersama. MrHubby stil macam dulu. Cara cakap, cara senyum,ketawa, takde yang berubah. Cuma yg berubah saiz badan. Muka bulat macam bola. Mungkin dah makin bahagia. Macam2 yang diborak kan, sampai kadang2 aku lupa yang Honey pun ada sekali. Tipikal Aku dan MrHubby, bila mula borak susah nak cari point untuk berhenti. Cara MrHubby cakap pun tak berubah, tak pernah cakap kosong, berisi. Tak penah nak cakap benda2 bodoh, kalau bodoh pun, penyampaian dengan cara pandai.


Bermula dari kawan baik, bercinta di pertengahan, dan berakhir juga dengan kawan baik. Kami tak banyak ungkit sejarah lama. Aku pun banyak buat2 lupa. Kisah cinta yang berakhir ditengah jalan berpunca dari MrHubby dan keegoan aku berlaku setahun sebelum MrHubby menuju ke dunia perkahwinan. Sepanjang setahun itu juga MrHubby cuba untuk berbaik dengan aku, tapi aku masih dengan ego aku dan MrHubby mula berputus harap. Dan mungkin itu juga sebab MrHubby menerima pilihan keluarga beliau. MrsHubby senegeri dengan aku. Tak jauh pun. Jarak dari rumah aku ke rumah MrsHubby nak mengesot ke sana pun boleh. Tapi masa majlis, aku tak datang pun walaupun dijemput. Mungkin terkejut masa tu, perasaan bercampur baur. Walaupun hubungan dah lama berlalu, perasaan masa itu susah aku nak gambar kan. Selepas MrHubby, lama aku solo, hampir 3 tahun hanya fokus carier dan cintai diri sendiri dan kumpul harta hinggalah Honey comeback dalam hidup aku.

Banyak yang MrHubby kongsi kisah hidup baru nya, pengalaman yang indah dan baru dalam mengharungi percintaan selepas berkahwin. Aku jangka kan MrsHubby seorang perempuan yang baik, secara tipikal nya, susah utk kita jumpa mana2 remaja yang boleh terima pilihan keluarga untuk dijadikan pasangan hidup. Aku tinggalkan pesan pada Hubby jaga Mrs Hubby baik2. Susah nak jumpa perempuan baik sekarang ni.Jangan sia2 anugerah yang dia dah punya. Aku bahagia dapat tengok orang yang pernah aku sayang bahagia walaupun bukan dgn aku. Tiada dendam yang disimpan sebab aku mahu hubungan yang dahulunya bermula dengan baik, harus berakhir dengan baik juga.



pernah jadi kesayangan suatu ketika dahulu. 18th birthday.