Tuesday 4 December 2012

Sawan Durian Crepe


Secara tipikal, manusia mudah terpengaruh dengan trend. Jangan ingat pakaian, lifestyle saja yang ada trend. Makanan pom ada juga trend nya. Walaupun tak kena dengan anak tekak dan perut, layan saja sebab tidak mahu dikatakan ketinggalan zaman. Sebelum ini ada trend Pavlova, Macaron, Red Velvet dan Cake in Jar. Well, nama pom trend, takkan bertahan lama tak macam kita makan nasi lemak hari2. Sekarang fanomena Durian Crepe telah melanda hampir seluruh tanah melayu, mana2 yang ada akaun fesbuk pasti tidak ketinggalan di tagged oleh penjual2 durian crepe yang berjaya. Bagi sesetengah manusia, mereka alah dengan durian. Seperti abah aku, beliau pandang durian sebelah mata saja sambil menutup hidung. Nak mintak tolong kopekkan durian pom tak nak. Aku ini sudah lah hantu durian, boleh lahap durian semahunya dan hanya meninggalkan sisa kullit dan biji dalam masa yang singkat. Tapi aku tak pandai kopek durian, jadi kadang2 nafsu makan ku terbantut kalau takde yang mahu menolong hamba yang lemah ini. Mujur kesayangan aku memahami kegemaran aku, jadi beliau terpaksa merelakan kalau2 aku tersedawa bau durian. Wah ! Itu yang best. 


Sebenarnya durian crepe ini dah lama wujud, kenalan fesbuk aku Petit Delica, aku kenal beliau di fesbuk sejak lagi 3 taon yang lepas, hari2 aku nampak dia promot durian crepe kat news feed. Namun, secara tiba2 ia meletop mnjadi famous amos mengalah kan sekut famous amous yang mahal tapi sedap tu. Aku pom diantara yang menjadi mangsa trend Durian Crepe ni. Dengan semangat berkobar dirasuk hantu durian, aku menyeludup resepi dari blogger masakan Kak  Zila dari http://zila4ever.blogspot.com/
bahan-bahan
-20gm tpg gndum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
-perisa durian 
credit to kak zila

Untuk filling :
200ml whipping cream
Isi durian

Dengan sekali lafaz, blend semua bahan diatas hingga hancur lumat. Tapis untuk pecahkan buih2 yang ada. Jika tidak, kulit crepe akan berlubang2 seperti kulit muka yang ada jerawat, guna kertas pasir pom tak hilang. Untuk membuat durian crepe ini anda memerlukan kesabaran dan kelembutan sebab kulit crepe mudah terkoyak jika anda bertindak luar kawalan.  Menggunakan non stick pan, hanya sendukkan bancuhan kulit crepe dan biarkan ia masak. Tak perlu nak terbalik kan, tunggu saja permukaan diatas kering, barulah diangkat. Ulang langkah yang sama hingga anda naik bosan dan bancuhan pom habis.

Sementara menunggu kulit crepe sejuk, pukul whipping cream bersama isi durian dengan kejam menggunakan mixer pada kelajuan tinggi sehingga cream kembang dan bila diangkat ia tak jatuh. Nak tahu dah ok ke tidak, cuba angkat letak atas kepala. Kalau tak jatuh, kira ok la tu. Tapi kalau terjatuh akibat daya grafiti, terus boleh buat cream rambut.  

Tepekkan cream tadi atas kulit crepe, letak sikit isi durian dan lipat menjadi bentuk bantal yang comel tapi tak boleh dibawa tidor. Biarkan ia kesejukkan di dalam peti ais dan ianya enak dimakan ketika masih sejuk. Sesuai dilahap bersama teman2 yang juga hantu durian. Mana yang tak suka durian, mungkin hanya makan segigit saja, kemudian akan melaungkan slogan 'sedap..! tapi mual..' --> itu ayat asri. Jangka hayat durian crepe ini hanya 2 hari. Masuk hari ketiga, isi durian dah boleh buat tempoyak.. boleh la anda masak lemak tempoyak. 

Ini percubaan pertama aku. Secara keseluruhan, dessert ini memang enak di makan jika anda sukakan durian. Biasanya durian crepe ini dijual pada harga dari 7biji/rm10 keatas bergantung pada jenis durian yang digunakan. Ada penguasaha durian crepe yang hanya menggunakan durian jenis musang king, d24 dan m16. Eh? Pe2 pom setiap manusia dilahirkan dengan citarasa yang berbeza walaupun ada lidah yang sama. Jadi, Gigit lidah, Tanya selera.