Thursday 7 July 2011

Kisah Kuku Sang Pontianak dan Restoran Kesayangan

Kesibukan dengan kerjaya masing - masing membuatkan keluarga aku memang jarang berkesempatan untuk memasak pada waktu lunch melainkan waktu hari cuti . So , biasa kami makan luar . Tapau lauk sahaja , tapi nasi telah dimasak terlebih awal di waktu pagi bagi mengelakkan kekalutan dari berlaku. Berdekatan area rumah aku ni , ada sebuah Restoran Hantu Kak Limah ( bukan nama sebenar ) , memang selalu beli lauk makan tengahari kat situ. Lauk nya memang sedap dan harga juga berpatutan .


Tengahari tadi , bagaikan telah di set dalam otak ku ini , aku pergi membeli lauk tengahari seperti biasa. Ramai sungguh pelanggan di restoran tersebut. Mungkin waktu ini gaji pekeja swasta telah masuk. Maka, berpusu - pusu lah manusia makan di restoran tersebut bagaikan sebulan tak makan.

Oleh kerna tidak cukup kaki tangan , serta tubuh badan, tukang masak yang hanya bertugas sebagai tukang masak juga telah dikerah oleh bos mereka untuk turun padang bagi memastikan pelanggan mendapat hak mereka untuk dilayan tanpa perlu menunggu berjam2 menanti lauk sampai.

Salah sorang dari staf ( tukang masak ) restoran tersebut ,  melayan aku dengan sebaik mungkin kerana mungkin takut dibuang kerja. OH MY TUHAN ! semasa beliau sedang sibuk men tapau lauk untuk ku , aku terlihat kuku tangan nya yang giler dasat panjang ! Kuku tangan kiri pulak tuh !! Aku terasa ingin muntah darah bila melihat kuku nya yang panjang bagaikan kuku Meriam dalam kisah dongeng Pontianak Harum Sundal Malam. Kalau kuku pontianak panjang macam tu , memang logik la. Takkan ada unsur2 seram berlaku bila mana hantu kuku itu pendek !
Jika diikutkan rasa jijik aku rasa nak melarikan diri je dari restoran itu tanpa belas kasihan.Tapi memandangkan lauk ku telah dibungkus , dengan rasa simpati dan toleransi , aku membayar lauk itu dengan hati yang terpaksa ! Dan akhirnya lauk itu tidak aku jamah walaupun sedikit !
 
Come on la , memang la cantik  kalau simpan kuku panjang ni , siap boleh pakai pewarna kuku yang ada gliters bagai , boleh tulis nama sendiri kat kuku tuh.
Pulak kene dengan padicure & manicure ( betul ke aku eja nie )
Tapi bila  kau dah berkecimpung dalam dunia makanan , takde makna nya kau simpan kuku yang panjang berinci2 tuh ! Jijik hookay !!
Lagi2 bila kau sorang tukang masak yang berbangsa melayu dan beragama islam , dah sah2 la kau basuh najis mutawassitah tu mgunakan tangan kiri , melainkan kalau kau seorang amoi jadian yang beristinjak menggunakan tisu.
Itu belum lagi aku bayang kan kalau kau korek hidung , mengaru kurap di badan , dan ntah hape2 lagi aktiviti tak bermoral yang lain.
Walaupun restoran tersebut adalah restoran kesayangan ku kerana lauk nya sedap dan waiters nya yang kacak , tapi..aku bersumpah takkan pergi lagi ke restoran itu walaupun aku mengigil seperti kena sawan akibat kelaparan.
( melainkan pekerja tersebut telah membuangkan diri nya ke tempat lain )

Masa study dulu , aku juga memang suka menyimpan kuku panjang dan setiap kali perhimpunan , tanpa segan silu aku memberi alasan dengan menjawab
" sorry cikgu..saya tgh period , mana boleh potong kuku " hahaha..
walapun masa itu , aku masih belum akil baligh ! ok ,itu kisah silam.
Dan sekarang , aku juga terlibat  dalam bidang pemprosesan makanan , secara tak langsung ia mendidik aku agar tidak mengamalkan sikap menyimpan kuku berinci2 panjangnya. Walaupun anda tak terlibat dalam bidang makanan sebagai kerjaya , anda juga tak terlepas dari memasak di dapur kan? Seperti memasak air , memasak maggi cap Mila AF , juga mengoreng nugget tempura di dapur. So ,sanggup kah anda makan makanan yang dihasilkan dari jari jemari  dan tangan yang kurang bersih ? Tepuk dada, tanya selera ! :)

masa kecik2 mak selalu pesan :
" simpan kuku panjang , nnti encik setan buat rumah kat bawah tu kuku..beranak banyak2 "


tapi kalu pendek camni , over hookay ! dah macam cacat pon ada..




~the end~
*images ihsan dari pakcik google