Tuesday 5 July 2011

Blueberry Cheese Cake - Pie

Teruknya nama kek aku nie.haha.
Alkisah loose pan  ( nama sebenar :  cake pan with loose base )
ku telah hilang dalam simpanan. Oh My Tuhan!! tahap ke careless an aku hampir mcapai tahap yang membimbangkan. Tak tau letak mana , yang jumpa hanya lah badan loyang , bahagian bawah nya telah hilang dan siasatan masih dijalan kan sehingga kini bagi mengenal pasti punca sebenar kehilangan itu berlaku. 
Oleh kerana aku mempunyai nafsu makan yang luar biasa dan berlipat ganda dari manusia yang lain , segagah mungkin aku mencari idea utk mghasilkan Blueberry Cheese Cake walaupun tanpa kehadiran loose pan tercinta. Selepas menunaikan Solat Subuh selepas sekian lama ditinggalkan , akhirnya Tuhan telah memberi ilham pada ku untuk mgunakan pie mould bagi mengantikan loose pan yang hilang itu.
Blueberry CheeseCake yang berwajah pie


Ini lah wajah kacukan cake - pie. Rasa cis kek asli nya masih dikekalkan , walaupun wajah nya telah berubah menjadi bentuk pie :)
Baked Blueberry Cheesecake kacukan pie-cake
Basic :
140g digestive biscuits / oreo / biskut cap pong pon boleh , asalkan halal. Hancurkan halus2.
55g butter, melted / cairkan atas dapur / dalam oven , mahupun dibawah sinaran matahari

~ campor 2 bahan ni , gaul2 n taruk sebagai basic dalam loyang cheese cake / springform / loose pan / pie mould. Sejukkan dalam peti ais , selama 30 minit.

Cake :
450g cream cheese cap halal , ainie guna Tatura je. nak lagi sedap , guna la cheese yang mahal lagi.
140g gula castor
2 tsp cornstarch
175ml sour cream
3 biji saiz A teluq ayam yang ori dan dibasuh terlebih dahulu.klu tak basuh , kompem kek tu ber berkuman dan berbakteria !
sedikit lemon zest / limau pon boleh
225g blueberry

~Panaskan oven suhu 180/170
~ Keluarkan basic yang duk bertapa dalam peti tadi , taruk blueberry kat bawah skali..biarkan jap kat tepi.
~ Pukul cream cheese sampai dia lebam dan kembang , then turn gula plak. Pukul smpai dia menangis dan sebati.
~Masukkan cornstarch , sour cream , dah sebati kan lagi..masukkan teluq plak.
~Last skali masukkan lemon zest yang segar dari ladang giant , tesco mahupun market.
~ Keluarkan dari bowl ataupun mangkuk ayun mixer anda , taruk adunan ke dalam basic cake yang dah ditabur dengan blueberry tadi.
~Bakor mgunakan cara water-bath atau bahasa melayu nya ( air mandian ) hahaha..
juga dipanggil bain marie*
~Bakor selama 45-60 minit bergntung pada cap oven anda.lain oven , lain karenah nya.
~Dah masak , sejukkan baru potong , deco skit dengan blueberry. Dan sedia untuk dijamahi dengan begitu rakus ( jika anda peminat cis kek seperti saya )
Jika anda seorang Muslim yang tegar,  sila la baca doa terlebih dahulu sebelum anda mnjamu nafsu makan anda itu  :)

* Bain- marie tu macam kukus la , taruk air bawah dalam bekas lain , pastu baru taruk loyang cake tuh.but make sure loyang tu dah dibungkus dengan aluminium foil. Kang bocor , abeh kek tu basah penuh dengan air.haha..
Fungsi bain -marie biskut marie ni adalah utk mengelakkan kek tu rentung akibat diseksa tanpa belas kasihan di dalam oven dan juga supaya texture cake tu lemah lembut tanpa merekah di tengah. * correct me if i wrong*
 Selamat Membaking ! :) 
Pepatah jawa mengatakan  :
" There's a popular myth that baking is difficult , but that's nonsense ! "
~the end~