Monday 4 July 2011

Kuih Aneh Tanpa Nama

Abahku baru pulang dari Terengganu semalam , selepas selama 5 hari meninggalkan kami sekeluarga kesunyian di rumah kerana desakan tugasan kerja beliau. Abah ku yang bertugas sebagai tenaga pngajar di Mrsm Pasir Salak pergi ke Mrsm Besut untuk beramah mesra bersama anak2 murid beliau yang kekurangan kasih sayang disana.
Demi menjaga hati isteri dan anak2 yg telah terluka atas pemergian itu , ini lah salah satu oleh2 dari Ganu yang  dibeli oleh beliau, tak pasti apa nama saintifik kuih tradisional ini. Tapi ia seakan2 'hidup' apabila disentuh . Texture nya yang berambu ramba kadang kala kelihatan seiras pohon berhantu yang ada di dalam kisah dongeng Penunggu Gunung Raya. Sedap gak rasa nya , manis2 gula. Dan seswai dimakan ketika bersantai bersama seisi keluarga , berborak bersama kawan2 sambil bergosip dan mengumpat tanpa niat.
 


Tapi kdg2 rasa mcm ngeri pun ada.Sebab kuih yang halal dimakan ini , terasa bergerak2 di lidah. hahaha..Sapa tau nama kuih ni , boleh share dengan saya! :)

colourful lagik ! :)