Monday 15 August 2011

Misi 34 - 27 -36 FAILED!

Mengikut cerita ibubapa ku , 20 tahun lalu , aku sangat gemok dan tembam. Ramai yang tuduh aku comel , tapi aku tidak ambil hati mahupun tersinggung kerana ketika itu aku baru berusia setahun jagung. Kalau pergi mana2 , pasti aku menjadi rebutan peminat fanatik yang datang untuk melambung2 aku ke udara , mencubit , mengomol dan mencium ku tanpa mengira dosa pahala. Aku yakin , aku tak bersalah , aku hanya menjadi mangsa keadaan mereka yang fanatik baby. Namun, itu kisah 20 tahun lepas.

Kini , aku berusia 21 tahun. Aku semakin gemok. Perut sudah seperti lipatan burger Double Cheese MekD. Tapi keadaan nya begitu berbeza. Takde sapa yang datang untuk membaling aku ke udara, mencubit pipi aku, mahupun menuduh aku comel seperti dahulu kala.

Azam tahun 2011 adalah aku ingin mendapatkan potongan badan seperti Daphne Iking. Lalu, aku makan dengan bernafsu nya segala makanan halal yang mengandungi tahap kolestrol yang tinggi. Namun , cara ku rupanya salah disisi undang2 permakanan. Berat badanku mendadak dari 42kg kepada 47kg dalam masa 2 bulan. Tahap pembahagian lemak didalam badan aku seperti bercelaru dan hanya tertumpu pada perut sahaja. Hasilnya, aku membesar bersama perut yang besar.

Aku kini boleh dikategorikan sebagai BO. Bukan BOdy Odor seperti En.Bo. Bukan juga beerti BOsan. Tetapi BOroi atau pun BOncit ! Argh !!! Hudoh nok mapoh !!! Amaran keras: Aku BO bukan kerana aku hamil ataupun busung ( asites ) akibat terkena buatan orang. Aku harus berusaha menyelimkan perut ku kembali! Aku perlukan kamu, wahai  JusMate5 Doktor Rozmey yang harganya mahal nak arwah itu. Jika testimoni berjaya, terbuka lah peluang aku untuk menjadi salah seorang pelakon arahan beliau. Kasi pecah panggung !


Blackpaper Nugget berbalutkan Cheesedale dan Neslo Kaw ditemani Go Go by Zint &
Fairy Godbrothers by Xanseviera.

Aku bersahur seawal 4.01am. Perut sudah kenyang. Masa untuk tidur. Semoga mimpi ku indah. Aku mahu seluarku kembali kepada saiz 27!