Saturday 11 August 2012

Bubur Cha Cha


Bubur cha cha ialah sejenis dessert yang biasa dimakan sebagai pencuci mulut selepas anda melahap 'main course'. Asal usul nama Cha Cha tidak ketahui, yang pasti nama nya begitu comel bukan? Zaman aku masih kanak2 hingusan yang perlukan perhatian, sebelum Ma meletakkan jawatan sebagai suri rumah sepenuh masa, beliau selalu buat bubur ini dan dilahap bersama seisi keluarga semasa bersantai di waktu petang. Sekarang beliau seorang usahawan yang sibuk, jangan kan bubur cha cha, mahu membebel 50 perkataan dalam satu nafas seperti tipikal ibu2 malaysia yang lain pun beliau tidak sempat.

Menu ini aku masak gotong royong bersama2 Aben dirumah semasa Izan dan Kimi datang bertandang kerana Aben was2 dan tidak berkeyakinan untuk masak sorang2 lalu menghasut aku untuk masa bersama. Sudah lah aku sedang demam, namun tetap ku gagahi utk masak sambil2 bersin didapur. Ini mesti Bella atau Honey yang sebarkan virus demam mereka pada aku.

Bahan bahan yang kami gunakan 
  • 3 cawan air 
  • 100gram cha cha
  • 20gram sagu putih
  • 250gram santan kelapa
  • 2 helai daun pandan
  • 5 sudu makan gula pasir putih
  • sedikit garam


* Mula2 basuh cha cha yang dibeli di kedai runcit sehingga bersih suci dan murni. Jangan basuh sehingga pudar warna nya pula.

* Masukkan air kedalam periuk / kuali / tempayan / apa sahaja alatan yang anda guna untuk memasak.

* Rebus cha cha sehingga gas anda habis. Eh, tak. Sehingga cha cha kembang.

* Masukkan gula. Kacau sehingga sebati. Nway, ada resepi yang aku tahu yg guna gula merah/gula melaka. Tapi disebabkan aku tak jumpa spesis gula lain selain gula putih di Carefour, aku guna sahaja gula putih.

* Masukkan santan dan daun pandan. Kacau dan pastikan anda tidak meninggalkan nya tanpa pengawasan untuk baca komen di Fesbuk, berbalas twitter atau buat2 malas kerana ia akan menyebabkan 'santan pecah'.Walaupun 'santan pecah', bubur anda masih boleh dimakan tanpa ragu2, tapi rupanya sungguh huduh dan tidak menyelerakan. Cuba bayangkan lemak di perut anda terapung2, begitulah betapa ngeri nya tragedi 'santan pecah' itu. So, untuk mengelakkan nya, rajinkan tangan anda utk mengacau dan gunakan api yang sederhana.

* Basuh sagu dan seksa ia kedalam bubur yang sedang mendidih.

* Last sekali masukkan sedikit garam. Garam tu nak bagi masin + lemak sikit jer. Tak nak letak pun takpe.


* Nikmati nya dengan dimulakan dengan bacaan doa makan ketika ia masih suam , nak lagi best makan time sejuk. Ini one of my febret dessert, so..aku la antara yang makan banyak malam tu sambil menonton cerita katon Alvin & Chipmunks secara berjemaah sampai bubur dalam mangkuk Izan pun aku bedal sebab malas nak pergi dapur tambah sebelum dijeling tajam oleh Honey. Suruh aku amik sendiri. Lupa pula Izan dan Kimi adalah tetamu malam itu. Hik.Hik.