Tuesday 16 August 2011

Kitab Itu..Usah Biarkan Ia Berdebu


Salam Ramadhan 1432H. Malam ini adalah malam Hari Nuzul Quran. Hari dimana Quran diturunkan sebagai bukti kebesaran Utusan Terakhir , Nabi Muhammad (S.A.W). Ianya hanya simbolik untuk meninggikan dan memuliakan Al Quran. Usahlah memikir dengan logik akal sahaja dengan membayangkan Al Quran jatuh sedebuk dari langit. Kerana Al Quran itu tersangat mulia , ia adalah dari wahyu-Nya dan Malaikat Jibril menjadi perantara.

MONOLOG :

Bilakah kali terakhir aku khatam Al Quran?
Masa aku darjah 6 dulu. Kot.

Bilakah kali terakhir aku membaca Al Quran?
Dua bulan lepas. Kot.

Bilakah kali terakhir aku menonton tilawah Al Quran?
2 tahun lepas. Kot.

Bilakah kali terakhir mendengar bacaan Al Quran?
Semalam. Kot

Bilakah kali terakhir bertaranum bersama Ustaz Zambri Kacak dalam Mari Bertaranum di TV9?
Tak pernah. Kot



Sungguh aku belum berjaya menjadikan Al Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.


Sungguh aku belum berjaya menjadikan kitab mulia itu cinta dihati ku..



Dimana kah bukti aku seorang Muslim yang memegang janji untuk menjadi Khalifah dibumi ini??



Tidak perlu engkau jawab wahai hati,



Simpan jawapan itu....