Friday 5 August 2011

Ramadhan Pertama

Siapa lapar?

Aku tak lapar..Aku tak lapar..Aku tak lapar..

Okay , aku tipu ! Aku lapar sebenarnya , walaupun aku sahur pada pukul 10pagi tadi. Aku tidak bersalah , pasti Tuhan tidak menghukum ku , kerana aku seorang wanita yang normal.

Jadi , dari aku melakukan hal yang memalukan seperti makan di khayalak ramai , kemudian ditangkap dan dimasukkan ke van mayat , baik aku menulis.

Aku masih ingat , Ramadhan 1997 , aku berumur 7 tahun . Dan itu tahun pertama aku berpuasa. Di hari pertama berpuasa , cukup mencabar bagi aku. Lagi - lagi bila melihat ibu ku membuat biskut Almond London. Tergugat sungguh iman kecil ku.

Gara - gara aku memakan sebiji Almond London yang aku seludup dari peti ais National berwarna hijau, aku kantoi puasa dengan ibu ku . Aku fikir aku berjaya melakukan jenayah itu tanpa meninggalkan kesan.
Malah aku sempat berkumur beberapa kali agar tiada kesan coklat di gigi ku. Namun , tekaan ku silap. 

Aku tak tahu yang orang islam tidak boleh makan Almond London di bulan puasa. Ya , aku sungguh naive. Kalau aku tahu , pasti aku akan makan biskut yang lain.

Dan andai aku tak makan Almond London itu di bilik air , pasti aku tak kan tertangkap . Lagi kesal , aku meninggalkan lapik biskut itu dibawah baldi. 
Dan akhirnya terkantoi dengan ibu ku. Kerana masa itu , hanya aku seorang saja yang ada dirumah.
Sungguh memalukan ! Hingga hari ni , ibu ku sering memerli ku dengan sinis bila bercerita mengenai Ramadhan pertama.

Bila diingat kembali , mengapa aku makan di bilik air? Adakah kerana selepas makan sebiji Almond London aku dapat meminum air kosong dari paip tanpa disedari?

Teringat..

Dan aku geli....

Itu bilik air okay !