Thursday, 14 July 2011

Pai Mentega Kacang + Coklat & Recipe

Tengah2 malam tadi tiba - tiba rasa mengelipai je nak makan
, petang tu dah beli dah Peanut Butter kat Pasaraya Halida. Peanut Butter ori telah kehabisan stok. Yang tinggal cuma ada campuran chocolate jam. Hentam jela la labu. Asal kan nafsu makan ku ini dapat dipenuhi. Haha..

Sambil bermain fesbuk , tepat pukul 12 malam , operasi bermula ! :)
Resepi pie ni , aku seludup secara halal dengan membeli secara online kitab 
' Enak nya Pencuci Mulut ' by Chef Azli Razali yang kacak lagi bergaya. Siap dapat autograf dan ayat cinta dari beliau ! Hookay , sila jgn cemburu buta ! 
Tapi sedikit sebanyak resepi ini telah di olah oleh aku dengan sesuka hati nya. 
Dalam banyak2 resepi pie crust yang aku dapat dan pelajari , aku rasa ini lah resepi terbaik dan tersedap yang aku penah buat . TQ Chef :)
Mengikut  resepi pie crust En . Bo , ada masukkan digestive biscuits yang di blend halus serta sedikit serbuk pencuci Daia --> hookay , itu sekadar fitnah.
Kalau ikut resepi Chef Wan pulak , ada almond ground. Atau dalam bahasa Jawa nya ialah serbuk badam /  almond yang di blend halus.
Tapi kali ni , aku cuba pula resepi dari Chef Kacak , dengan memasukkan cornflakes halal yang di blend halus. Memang best rasa crust pie nya. Enak dimakan begitu saja..Saat ia berada di lidah , terasa bagaikan di awang awangan bersama Chef Ismail dalam Rancangan Riang Ria Nestle Cornflakes. Okay..aku tahu aku over.
Bahan Untuk Kulit Pie / Pie Crust / Shell apa2 jela nama dia..
  • 220g tepung gandum cap Sauh Kapal Titanic
  • 50g cornflakes di parut halus
  • 120g butter cap halal Jakim
  • susu lembu segar dari ladang ( kuantiti bgntung pada tahap kelembutan doh )
  • Sedikit esen vanila

    * Pukul butter dan gula sampai kembang dan sebati 
    * Masukkan tepung , jadikan ia seperti bread crumbs
    * Masukkan susu , dan sedikit esen vanilla
    * Kalau doh tu lembik , taruk tepung sikit..dan kalau doh tu keras macam batu , masukkan sedikit susu
    * Pastu simpan dalam peti besi yang sejuk , selama 15 minit.
    * Keluar kan dan tepek atas pie mould anda. Saiz 9" / 10" pun dapat gak rasa nya.

    Untuk filling / isian pie
    * 5 biji telur ayam saiz A yang original made in Malaysia dan dicuci terlebih dahulu.
    * 1/2 cawan madu lebah ( bukan madu isteri suami korang hookay )
    * 1 cawan peanut butter cap Nutella ( aku guna yang ada chocolate )
    * 1/2 cawan susu cair
    * sedikit esen vanilla

    Mengikut resepi yang asal , ada masukkan gula , tapi oleh kerana aku seorang yang menjaga kesihatan walaupun kuat makan fastfood dan suka tidur selepas makan ,  aku tak masukkan gula sebab madu dan peanut butter tu dah memang manis. Nanti aku kene potong kaki , sapa nak kawen dengan aku? haha..

    * Pukul semua bahan sehingga ia kembang dan sebati.
    * Masukkan kedalam pie crust yang belum di bakor tadi. 
    * Aku tapis guna penapis air cap Diamond ,  sebab bahan tadi berbuih selepas dipukul . Sekadar tidak mahu pie ku berlubang macam kawah bulan.
    * Kemudian , sila lah seksa pie anda didalam oven made in Taiwan dengan suhu mencecah 180c selama 20minit atau pie itu kekuningan dan mengeras.
    * Keluarkan dari oven. 
    * Biar kan ia kesejukan di dalam peti sejuk , tabur sedikit kacang yang di blend kasar dan sedia di lahap dengan begitu rakus tanpa memandang kiri dan kanan. Jika anda seorang Muslim tegar yang tak pernah tinggallkan solat Subuh  , jangan lupa baca doa sebelum makan dan ingat lah mereka yang berjasa kepada anda , seperti pakcik penjual tepung , apek penjual telur ayam dan juga tak lupa , kepada aku yang menaip resepi ini. hahaha..
     Hookay ! Selamat Mencuba - Cuba :)