Friday 3 May 2013

Chicken Pie..Ini Kali Lah !





Hi Apa kabar? Lama sudah rasany  tidak berkongsi rasa hasil air tangan sendiri dengan menayangkan gambar yang boleh dijadikan bukti  khabar angin yang menfitnah aku membela hantu raya kerana berat badan masih ditakuk yang lama meskipun kuat membaham. Sempena parti liar ibu Kynah di Tapah bulan lepas, aku telah mencipta sebuah chicken pie untuk dijadikan menu sampingan.  Resepi adalah gabungan dari resepi Abg Mie dan resepi  yang telah aku seludup secara halus dari tok guru aku sendiri,  Chef Azmil.


Bahan bahan yang anda perlukan untuk mencipta sebuah chicken pie ;



SHORT CRUST
Short crust adalah sejenis spesis adunan tepung yang dijadikan basic dalam proses membuat pie. Jadi, sebelum memasak inti nya, diwajibkan keatas kita untuk siapkan dahulu short crust ini dahulu.
Bahan yang diperlukan amat mudah didapati ;
Tepung Gandum ; 140 gram
Butter ; 78 gram

Kuning telur ; 1bahagian

Air sejuk ; 38 gram

Cara cara nya ; 
  • Ramas ramas butter dan tepung hingga menjadi crumble. Kaedah ini dipanggil ‘rubbing method’
  • Masukkan kuning telur dan air sejuk.
  • Menggunakan tangan gagah anda, uli sehingga menjadi seketul doh.
  • Dan rehat sebentar bersama kit kat di dalam peti sejuk. Selepas 2,3 jam.. barulah dikeluarkan.


FILLING
Isi ayam 500gram
Onion 2 helai dicincang dadu
Garlic 2 helai dichopped
Blackpaper  : secukup rasa nafsu anda

Carrot : dicincang dadu

Salery : dicincang dadu

Bayleaf : sehelai sepinggang

Oregano : secubit hingga sakit
Brown stock : 1 tsp campur sedikit air
Tomato puree : sesudu ( optional )
Salt : some

Langkah langkah yang harus diimulakan :

  •  Seksa isi ayam didalam periuk berisi air sehingga daging ayam itu empuk.  Air rebusan ayam tadi boleh dikitar semula bagi mengantikan brown stock( jika brown stock kehabisan di kedai berhampiran)
  •  Saute atau dalam bahasa jawa ialah tumis garlic dan onion sehingga bau nya menusuk ke hidung jiran sebelah rumah anda.
  • Masukkan pula carrot dan batang salary dan blackpepper  yang telah ditumbuk kasar hingga hancur. 
    Untuk mengharumkan lagi  bau hingga kecur air liur, masukkan pula oregano.
  • Masukkan isi daging ayam yang dipotong dadu.
  • Terakhir sekali, masukkan tomato puree, brown stock dan salt. Kalau takde, brown stock boleh diganti dengan air rebusan ayam tadi.
  • Masak sehingga agak kering tapi tidak lah terlalu kering. Nanti jadi keropok pula apabila dibakar.
  • Untuk memekatkan, boleh masukkan sedikit tepung jagung yang telah diicampur dengan sedikit air. 

  • Rolling in the deep  short crust mengikut saiz pie mould dan tepekkan kedalam pie mould anda.
  • Letakkan filling chicken pie yang telah kita masak tadi. Kuantiti mengikut tahap nafsu masing2. Jika anda seorang yang tamakninah, anda boleh masukkan filling dengan kuantiti yang melimpah ruah.
  • Tutupkan permukaan dengan saki baki lebihan short crust.
  • Dengan tanpa belas kasihan, cucuk2 permukaan tutup pie menggunakan garfu.
  • Sentuhan terakhir, sapukan egg wash.  ( campuran telur dan susu ) nisbah 1:1. Atau agak2 saja kuantiti nya. Hehe. Dan tabor white sesame sebagai hiasan semata mata.

  • Seksa pie didalam oven pada suhu 180 celcius bawah dan 170 celcius atas. Seksa sehingga pie masak dan warnanya bertukar menjadi golden brown.  Kalau warnanya bertukar menjadi hitam, jangan risau hitam itu menawan. 


  •  Apabila sudah masak, bersiap sedia untuk melahap bersama teman2 dan jiran tetangga berdekatan.

Selain chicken, boleh juga diletakkan filling lain sesuka hati anda. Bagi yang alah pada ayam , anda boleh  gantikan dengan daging. Secara automatic, nama nya juga akan bertukar menjadi Meat Pie.