Monday 31 December 2012

Chezzy Choc Cake layered with Chocolate Mousse


Tahun baru 2013 bakal menjelma. Kek ini dikira penutup bagi tahun yang penuh kedukaan. Agak emo intro entri kongsi resepi kali ini kan. Hehe. Biasalah, dah hujung2 tahun nie, macam2 emosi yang datang. Fikiran negative, sila pergi main jauh2. Aku mahu mula tahun baru ini dengan semangat yang baru, dan jiwa yang baru. Kadang2 kebaikkan kita disalahfaham kan, atau mungkin juga ada 'sesuatu' yang wujud tapi harus dinafikan. Susah bila terperangkap di tengah2 , antara dua hati yang pernah disayangi dan mula disayangi, dan antara peluang kedua atau peluang untuk bersama. Soal hati ini kadang2 membawa pada sesuatu yang kurang rasional. Kisah macam jalan cerita 'Istanbul Aku Datang' Ah, itu filem. Atau..demi kebaikkan, dua2 aku lepaskan, dua2 aku tak dapat, dua2 tak dapat aku? Jawapan masih menjadi tanda tanya. Namun,aku pasti dengan siapa hati ini. Kek ini terhasil dari rasa hati yang penuh bersalah, 3 lapisan yang kelihatan enak itu simbolik pada tiga jiwa yang hanya perlukan satu hubungan. Seaakan memberi harapan, tapi kadang2 keadaan itu tidak mengizinkan. Sudah jadi sasterawan pulak aku ni. Back to topic, rasa kek ini memang ohsem, ini kes puji diri sendiri. Sendiri buat, sendiri makan dan sendiri puji. Haish. 


Selepas membaca doa masuk dapur, sila pakai apon masing2. Aku ini suka berlagak expert, malas pakai apron. Konon2 boleh nampak macho macam Chef  Sher, hasilnya, baju aku yang jadi apron. Jenuh nak cuci. Basic kek ini menggunakan kek span coklat atau kalau malas, boleh gunakan oreo biscuit Kalau mahu guna biskut putar, jilat dan celup itu, hanya keluarkan krim putihnya dan biskutnya dihancurkan bersama sedikit butter yang dicairkan. Krim biskut tu anda boleh jadikan krim rambut berperisa vanilla. Aku gunakan kek span sebagai basic. Kek span coklat boleh didapati di pasaraya berhampiran rumah anda. Kalau anda mempunyai tahap kerajinan yang boleh membuat kan anda disukai suami dan mertua, sila buat sendiri. Kek 3 lapis seakan2 simbolik pada kisah cinta 3 segi ini adalah gabungan dari 2 jenis dessert yang sangat sedap dilahap lagi2 bila lupa baca Bismillah. Resepi aku seludup dari kitab kepunyaan yang dibeli dengan ringgit malaysia.
Bahan yang aku gunakan ;
  • Kek Span coklat 8" yang berketinggian 2"
  • 250gram tatura cream cheese. Nak lebih sedap, boleh gunakan cream cheese yang lebih mahal bergantung pada wang disaku anda.
  • 100gram Whip topping
  • 55gram gula halus import dari Perlis
  • 9gram serbuk gelatin halal. Jika anda mementingkan tahap kesucian makanan anda, psstikan anda guna gelatin yang mempunyai status halal yang sah. Aku guna cap Halagel.
  • 1/2 cawan perahan air lemon

Mari mulakan dengan bismillah dan diakhiri dengan sedawa dan ucapan Alhamdulllilah.
Kek Span ini adalah hasil tangan kidal dari jejaka kurang kacak, adik aku, Asri. Permukaanya agak berkawah seperti jerawat di mukanya juga. Masukkan kek kedalam loose pan atau kalau takde, loyang anda sila lapik dengan kertas supaya sedang untuk dikeluarkan.
Pukul krim cheese bersama gula hingga lebam dan kembang. Ketepikan, masukkan whip topping pukul lagi mereka bersama hingga mereka sebati dan serasi.
Sila larutkan serbuk gelatin bersama air panas, kacau hingga hilang ketulan yang timbul.
Campurkan cairan gelatin tadi ke dalam perahan lemon, dan gabungan mereka kedalam whip cream + cheese tadi.
Gaul2 hingga tangan anda lenguh dan sebatian itu likat. 
Curahkan keatas badan kek span tadi. Ratakan dan hentak2 sedikit loyang untuk memecahkan angin2 yang tersembunyi. Seksa ke dalam peti ais hingga ia kesejukkan pada suhu 4-5"Celcius.

Selesai sudah lapisan ke dua. 


Bagi menambahkan kesedapan rasa dan rupa, aku tambah pula chocolate mousse cake bagi lapisan yang terakhir. Mousse dan mouse adalah berbeza. Mousse adalah lapisan yang gabungan dari krim dan gelatin serta perisa kegemaran anda. Dan mouse pula ialah tikus yang sekarang ada disebelah anda.

Bahan yang digunakan sangat mudah didapati :
Bahan A
200gram cooking coklat/compound
150gram whip topping

Seksa kedua bahan ini diatas dapur gas menggunakan kaedah 'double boiler' . Kalau tak tahu apa makna double boiler, sila google. Namun, boleh juga cairkan didalam microwave/oven atau dibawah sinaran matahari.  Kacau hingga menjadi likat.  Abaikan mereka sebentar.

Bahan B
100gram whipp topping
9gram serbuk gelatin


Dengan dibantu oleh kesayangan yang baru tiba dari jauh, aku menghasut beliau untuk menolong. 
Pukul whip topping hingga kembang, dan masukkan serbut gelatin yang telah dilarutkan dalam air suam. Langkahnya sama saja macam buat layer untuk cream chesse tadi.
Gabungkan kedua2 bahan, gaul bersama hingga sebati.
Keluarkan cheesecake yang telah diseksa dalam peti ais. Pastikan permukaan nya agak keras, barulah dilapisi pula dengan chocolate mousse yang baru siap tadi. Ratakan sehingga rata seperti jalan tar di hadapan rumah anda. 
Masukkan ke dalam peti ais, biarkan ia kesejukkan dalam tempoh 4-5 jam atau sehingga ia telah 'set'
Dengan penuh lemah lembut, potong perlahan2, dan boleh la diambil gambar sebelum dilahap untuk di upload dalam Instgram, facebook atau blog.


Komen jujur dari mereka2 yang telah kenyang membaham kek ini, rasanya sangat ohsem! Sekali makan, mahu lagi. Tapi nak buat sendiri malas. Mahu bekalkan pada kesayangan, tanah melaka itu jauh..nanti cair pula dalam perjalanan pulang. Lapisan kek coklat dibawah sekali bila bergabung dengan lapisan cheese yang agak masam, dan ditambah pula dengan lapisan choc mousse yang rasanya seperti makan aiskrim coklat. Can u imagine it? Kena makan tiga2 lapis sekaligus, baru heaven! So, apa tunggu lagi. .sila isi minyak kereta anda, sediakan perut yang kosong dan sila datang rumah aku, ada tinggal lagi 2 slices dalam peti.