Monday 11 February 2013

Salam Maulidurrasul 1435H - Part I



Dalam buku pelajaran pendidikan islam tahun 1, sirah menceritakan tarikh 12 Rabiulawal Tahun Gajah adalah hari istimewa, terlahirnya kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.  Untuk memudahkan proses mengingati tarikh penting ini, Maulidurrasul ditabalkan sebagai public holiday. Jadi bila cuti, mudah lah nak ingat kan terutama buat mereka yang separa amnesia atau yang tersalah masuk kelas Moral bila ada kelas Pendidikan Islam. Bagi meraikan befday Baginda, kami bertungkus lumus selama 3 hari tanpa malam, melakukan pellbagai persiapan untuk menyambut Hari Sambutan Maulidurrasul. Parti harijadi ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat berunsur islamic dan membawa anda kepada jalan kebenaran tanpa ada sebarang penglibatan aktiviti maksiat, mabuk2 mahupun majlis tari menari. Tema Maulidurrasul tahun ini ialah Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah. Terbelit lidah aku nak nyebut nya. 
SALAM MAULIDURRASUL 1435H
1.2.2013
Pagi yang indah, dengan semangat yang berkobar2, semua hadir ke kelas lebih awal dari biasa. Bersiap mengenakan uniform hari itu. Budak2 CNB sehati sejiwa memakai baju tema warna pink dan biru dilengkapi oleh kain selempang dan bunga purple. Wah, grand kitorang berbanding clas lain. Haha. Dan selepas perbarisan, kami secara beramai2 berarak tawaf hampir separa kawasan Sidec, Seri Iskandar. Tiada  berlakunya rusuhan mahupun perhimpunan haram, kerana sambil berarak, dengan lantang nya kami melaungkan selawat secara berjemah diringi pukulan kompang. Barisan pemukul kompang, ialah aku, Ben, Miera dan Alif.  Tapi sepanjang perjalanan, hanya aku dan Miera saja yang boleh diharap, pukulan Ben dan Alif macam ketuk orang cina mati saja.

miera, aku, ben, aliff


Perarakan diketuai oleh Abg Zul dan Hayyat, diiringi oleh tenaga pengajar, Cikgu Syaifa dan Cikgu Azmil, turut diserikan dengan sepanduk dan kain rentang pelbagai warna mewakili krusus masing2, hasil dari kreativiti dan bakat seni mereka yang terperam.  Sepanduk bagi krusus CNB, hasil lukisan aku dan Izani. Mula2 dapat kritikan hebat dari Cikgu Izma berikutan sepanduk hasil ciptaan kami tiada langsung unsur2 islamic. Design dah macam nak pergi Hari Kantin pula. Kemudian, dialter oleh Adele, dengan menambah tulisah khat diatas. Nak minta Shifa buatkan khat, Shifa terus pura2 sibuk.

aku-miera

lukisan ezani
ketua dan penolong yang sengal
Selepas kepenatan berhempas pulas menjerit penuh semangat keselawatan, kami rehat sebentar dengan melahap breakfast percuma yang disediakan oleh pelajar Ikubator CNB di Cafe Jhintan Manis.  Hakim punkuq ayam yang masak. Nama panggilan punkuq ayam adalah hasil dari kejian aku khas buat beliau, selepas aku ternampak kertas exam pasal bakteria, soalan tentang bakteria salmonella. Beliau tulis jawapan 'kuman tersebut keluar dari punkuq ayam'. Haha. Sehingga hari ini, aku rasa nickname tersebut amat sesuai buat beliau yang sering mengeji aku dengan nama 'Sup Tulang'.

zani-zaty-aku-dya-salwa-najwa-asmira-hakim punkuq ayam
abg zul-ebn-aliff-izani-selamat-yat

Kemudian, program diteruskan dengan seisi bergambar secara rawak dan syok sendiri. Masing2 menunjukkan bakat model yang terpendam. Pelbagai aksi dan gaya ditonjolkan oleh budak2 kelas aku. Termasuk lah tenaga pengajar, Cikgu Izma dan Cikgu Azmil yang sporting habis.




wajah mangsa yang gembira
cikgu azmil & boys
cikgu izma & boys
cikgu azmil & girls
terdapat juga aksi2 yang tidak patut ditonton khalayak umum..

pengganas serbia
kyna - aku

wajahs
mereka