Monday 11 February 2013

Salam Maulidurrasul 1435H - Part II


Seterusnya, selepas jejaka2 kacak yang lengkap berpakaian segak berbaju melayu dan sampin pulang dari menunaikan Solat Jumaat, di dewan berlakunya aktiviti menjawab kuiz. Soalan apa yang keluar aku tak pasti, namun keberangkalian haruslah berkaitan dengan sejarah Nabi Muhammad kan. Aku dan Shifa dengan semangat kesenian, mewakili krusus CNB bagi pertandingan khat yang diadakan di bilik belajar krusus IT. Aku dah la buta huruf jawi, main hentam saja. Pertandingan azan pula Yat dan Alif mewakili krusus CNB.


khat ku
tukun
alif - yat
sekali tengok, nampak macam anak Pepah. Haha
Selesai aktiviti menjawab kuiz, pertandingan azan dan semua perserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan khat pulang ke dewan, acara yang ditunggu2 pom bermula. Selepas 3 hari berhempas pulas, ini lah masa nya untuk kami menunjukkan hasilnya. Tema persembahan dari krusus CNB ialah ' Selamatkan Palestine ' 


Persembahan dimulakan dengan nasyid yang diketuai oleh Abg Zul dan Alif yang selalu berlagak poyo. Namun, tetap cute bersama rambut kelopak bunga raya beliau. Tapi hari tu rambut beliau tersorok sebab pakai songkok. Abg Zul takde rambut, so takde point la nak keji. Hehe. Nasyid yang dibawakan oleh Abg Zul n team ialah Selawat diiringi pukulan kompang. Masih orang yang sama, aku, Miera dan Ben. Takde muka lain. Hehe.


Persembahan kedua oleh Adel. Semangat Adel mendendang kan sajak hasil seludup dari mana ntah.Google kot. Sepanjang sajak berkumandang, slide show mengiringi dibelakang. Gambar2 yang relevan dengan krisis kemanusian di Palestine ditayangkan. Semua itu hasil audit Shifa dan Panda. Bersungguh2 mereka berdua siapkan semua tu. Gud job korang ! Tak sangka Shifa yang nampak sengal tu rupanya pandai IT, itu la wujudnya pepatah ' dont judge book by its cover '



-adele
-shifa
Selesai Adel menyampaikan sajak dengan begitu bersemangat, team ke 2 diketuai oleh Kak Syikin dan Erma menyampaikan nasyid Palestine. Guna minus one. So, team kompang lepak tepi saja sambil bergosip dan prepare untuk persembahan terakhir. Suara Kak Syikin dan Erma memang tinggi, tarik suara macam nak telan micr yang dorang tengah pegang tu. Lagu ni semangat, dorang yang nasyid siap goyang2 badan. Sonok plak aku tengok. Hehe.

kak syikin-erma

hanna.. ya nana..
mungkin terlalu terharu
Dan sebagai penutup, nasyid terakhir ialah lagu Ya Hanna. Lagu ni sangat catchy..semua cam enjoy. Siap boleh ketawa berdekah2 diatas stage. Aku main kompang, so.. muka aku pura2 la fokus. Alhamdullillah, semua buat yang terbaik dan penuh semangat. Dengan riak nya, sebagai ketua, bangga aku dapat anak2 buah cam korang ni.. Hehe. 


wajahs :)

Habis semua krusus membuat persembahan masing2, tiba lah masa untuk semua mengetahui siapa kah bakal membawa pulang pelbagai jenis hadiah yang disponsor oleh Krusus Eletronik. Berdebar2 jantung masing2 untuk mengetahui keputusan oleh juri tetap. Dan secara keseluruhan , krusus Confectionary & Bakery berlaku tamak dengan membolot hampir separuh hadiah yang ada. Well, the best man win kan? Hoho. 









yat-ben-alif

tamaks. haha
bolots
Congrats to all yang terlibat.. to our team, thanks sebab korang bukak hamper tak ajak aku, mentang2 aku MC hari Isnin lepas. Cis, anak buah belot pada ketua puak. Hadiah aku tak merasa takpe, yang penting moment bersama u ols.
Itu lebih berharga :)

CONFECTIONARY & BAKERY JAN/2013