Sunday 11 November 2012

Baked Macaroni with Cheese :)

Dah lama rasanya aku tak de post entry mengugat nafsu makan. Jadi, bagi melepaskan dendam kesumat dan sangap terhadap encik Oven, aku membikin sejenis makanan berunsur kebaratan iaitu " Baked Macaroni with Cheese "Aku dah lama tak sentuh oven, yela.. kat rumah sewa, nak beli sendiri tak mampu. Bila balik kampung halaman, jangan katakan nak guna oven, aku nak tidor dalam tu pom boleh. Dirumah ramai pula umat Muhammad yang ada, Munir dari UPNN balik, Nizam dari MRSM Kulim balik, Cheetah dari USM Kelate dan MrS(HE) pula juga datang mencemar duli,  jadi biarlah nampak special sikit makanan untuk mereka lahap beramai2. Semua bahan2 aku borong di The Store Teluk Intan selepas puas menjalan kan misi shopping hingga dompet kering. Bagi sesetengah orang, shopping adalah satu terapi dikala anda sedang bermuram durjana, stress atau sedang putus cinta. Kalau poket pun tengah kering, window shopping pun kira okay juga. Namun, perlu berhati2 kerna besar kemungkinan bila kita bershopping dikala sedang dilanda emosi kurang stabil, tabiat membazir akan berlaku. Menyesal beli dua tiga helai skirt tiada guna nya sebab akhirnya tak tau nak pakai bila. Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh dijadikan terapi disaat sedang bermuram durjana. Kalau aku, aku suka masak walaupun kadang2 masakan aku, aku seorang je yang sanggup makan. Bergantung pada bakat terpendam dan diri masing2. Mengambil barang terlarang sebagai terapi tak termasuk dalam senarai yer.



 Dalam sesetengah perkara, kadang2 kita tak boleh nak survive sorang2, walaupun berulang kali kita dengar lagu I Will Survive. Disaat ini lah kita perlukan sokongan dari kawan2, yang boleh berkongsi masalah sambil mengumpat dan menceritakan keburukan bekas kekasih. Perlahan2 kita cuba jauhkan memori semasa pernah bersama. Contohnya : Tak usah makan di MekD kalau jika daging Big Mac itu kelihatan seperti lipatan perut bekas kekasih anda. ( refer to someone ) Berhenti menjadi stalker di fesbuk, dan cipta sebuah kotak yang digelar " Ex-Box" Kotak ini berfungsi untuk diletakkan semua harta benda pusaka yang pernah dibeli, diberi dan diwariskan dari bekas kekasih. Apabila segala benda yang mengingatkan anda kepada ex anda sudah dimasukkan ke dalam kotak, letak kotak itu di sudut-sudut sukar agar anda berasa susah untuk membukanya ketika tiada benda lain untuk dibuat.  Hmmm, tapi dah dekat-dekat nak kahwin ni elok dibakar sahaja kotak itu akan tidak menimbulkan konflik dengan bakal pasangan. Paling penting kena menyibukkan diri supaya diri tak melayan perasaaan. Perasaan ini kadang2 bila dilayan boleh jadi bahaya. Bila hati tengah emosi, kita akan cenderung nak melakukan benda2 yang creative dan tak masuk akal seperti pergi berjumpa bomoh untuk menyantau bekas kekasih. Sudahla, dari membuang masa dari ingat dan buat benda yang tidak berfaedah, lebih baik kita buat sesuatu yang menyumbang pada kekenyangan di perut dan kebahagiaan dihati. Nak masak macaroni ini mudah saja. Tapi kalau dah memang jenis malas tahap beruang kutub, order saja pada aku. Nanti aku buat kan dengan kadar yang berpatutan.  


Bahan yang digunakan adalah sangat mudah didapati di kedai berhampiran rumah anda.

  • 2 biji bawang yang diimport dari Holland.
  • Olive oil. Minyak masak sawit pun takpe.
  • 3 keping daging cincang ( aku guna daging burger cap Ramly )
  • Blackpepper
  • 1/2 botol tomato paste / sos pasta
  • Cendawan
  • Fresh milk
  • Garam + Gula
  • 300 gram macaroni ( rebus dan toskan )
  • 4 biji telur ayam segar dari ibu ayam
  • Cheddar cheese
  • Mozarella cheese



  • Rebus macaroni hingga kembang dan toskan sebentar. Sisihkan macaroni ke tepi.
  • Tumis bawang Holland hingga semerbak bau. Bawang ni takde bau sangat. Nampak benor bohongnye. Yang istimewa bawang ni bila dikupas mata tak pedih, so tak perlu gunakan helmet apabila mengupas bawang ini.
  • Masukkan daging, dan biarkan daging masak ranum.
  • Masukkan cendawan hitam. Cendawan ini harus direndam dahulu hingga lembut sebelum dipotong halus2.
  • Masukkan sos pasta / tomato puree. Mahu lebih fresh tanpa bahan pengawet, boleh gunakan baby tomato segar yang dilenyek dengan kejam.
  • Masukkan fresh milk hasil dari perahan susu badan ibu lembu.
  • Last sekali masukkan garam ,  gula serta  blackpepper.


Masukkan macaroni dalam loyang yang tahan panas atau dalam mangkuk yang tak meletop bila diseksa didalam oven nanti. Tabur sos yang dimasak tadi keatas badan macaroni hingga rata. Pukul telur hingga hancur dan letak diatas macaroni dan akhir sekali tutupi dengan kepingan cheese. Tak cukup dengan kepingan cheese, aku tambah lagi dengan cheese parut. Sampai penuh satu loyang. Tergoda  jiwa raga bila tengok cheese cair meleleh bila dibakar.*gulp
Seksa macaroni dalam oven pada suhu 150 darjah celcius dan biarkan selama 20 minit atau hingga kelihatan cheese mencair dan macaroni menjadi sedikit keras. 


Apabila sudah masak, bersedialah untuk membaham secara berjemaah. Komen dari juri, sos aku agak kurang masin. Cuma bila dicecah dengan sos cili, dan bila digigit rasa masin cendawan hitam tu dapat menstabilkan rasa. Aku buat 2 loyang. Neezam sorang je baham 2 potong. Asri yang sawan cheese agak ketinggalan sebab dapat makan saki baki je kerna beliau balik lewat dari exam MUET. Untuk MrS(HE) aku hidangkan sepotong untuk beliau lahap dengan rakus. Seronok bila tengok orang yang tersayang makan apa yang kita masak walaupun kalau masuk audition MasterChef ni, aku adalah peserta pertama yang tersingkir. Gambar dalam entry ini kualitinya agak kurang memuaskan sebab biasalah, guna hp camera nokia 3310.

ijaicool-tips melupakan bekas kekasih/ myresepi - macaroni bakar