Saturday, 7 January 2012

2011
Setahun berlalu , tanpa sebarang perkembangan dan peningkatan yang berlaku dalam hidup  aku sepanjang tahun. Yang bertambah hanya tahap rabun mata, dan umur yang semakin meningkat tua. Berat  badan pun masih di takuk lama walaupun tahun 2011  boleh diibarat kan seperti tahun melantak dan  membaham bagi aku. Segala azam bukan encik Azam telah gagal satu persatu dengan  jaya nya.

2011
Tahun yang sangat mencabar. Satu persatu perkara datang dalam hidup aku.
_kerjaya_
2011 yang bermula dengan kegagalan ku dalam dunia bisnes. Aku jatuh dalam usaha untuk  menjadi usahawan. Tapi aku tak  terus mengalah , aku merangkak dan bangun semula dari kegagalan. Aku kemba li bekerja makan gaji dan sambung belajar demi satu cita2.

_cinta_
Pertengahan 2011 , aku gagal lagi.. dalam pencarian mencari Mr. Right selepas bertahun2 aku alone. Namun ,  teori “ cintai dia yang mencintai’ ternyata tak relevan untuk di apply dalam hidup aku.Maybe I’m not  right for him because I’m copyright. Haha. Okay , its not funny.  Hubungan yang terikat atas dasar bukan cinta, akan bakal berakhir.. Hanya kata mohon maaf yang aku mampu luahkan.

_hidup_
Akhir 2011 kemuncak kegagalan sempena penutup tahun 2011. Aku gagal menjadi anak yang baik , sekaligus gagal menjadi seorang pekerja yang baik. Aku pergi membawa diri jauh.jauh dari semua.   Di hari jadi ku 30.10 juga tiada yang berada disisi. Sepi..sendiri..
364 hari, aku hilang semuanya.. kerjaya, cinta, kasih sayang dan keluarga..
2011 tiada yang indah, yang indah hanya pada tarikh 14.11.2011
 


2012
Aku mahu hidup yang baru.
Aku mahu jadi aku yang baru.
Selamat tinggal duka , selamat tinggal kesedihan..
Berikan aku ruang untuk berubah , kearah yang lebih baik.
Berikan aku peluang untuk aku merasa hidup bahagia…
Berhenti lah mengalir wahai air mata..