Sunday 4 November 2012

Nafas Lega.

setiap kali dibilang 'ini yang terakhir'
setiap kali itu rasa dibuang, dihenyok, dicampak ketepi.
dibilang lagi selama ini semua punca ku,
tidak seperti yang dia mahu,

jika kira aku yang salah,
kini aku mengalah, mula melangkah,
aku mulai belajar tentang erti kalah,
jangan datang semula, merintih, menagih , meraih.
takkan selamanya mahu hidup celaka kerna manusia,
menjadi busuk kerna manusia,
dianggap sang derhaka kerna manusia,
dipandang hina kerna manusia,
disepak terajang oleh manusia,
dihukum ke neraka kerna manusia,
akhirnya semua itu sekadar sia2..

aku pulangkan apa yang aku pernah rampas,
tak luak, kalau ada pun mungkin tak berbekas.
aku tinggalkan kau bersama dia yang kau hilang selama ini.
macamana aku datang, begitu juga aku pergi,
tiada apa yang membuat kan kau rugi.

betul..hidup ini ada pilihan,
cari titik mula, merangkak perlahan,
kutip satu persatu apa yang pernah aku sampahkan, 
mahu tebus kesalahan, mahu baiki kelemahan,
kemaafan, belum tentu dapat sekarang,
beri mereka waktu, moga terbuka kalbu.

Thanks to Allah,
bila hati belajar redha,
belajar memaafkan,
ketenangan akan datang.
bukan disini, tapi dalam hati. :)

-kangar, 4.11.2012-