Monday, 31 December 2012

Ucapan Khas 2013

2013 - 23th
masih muda..masih boleh berjimba jimba. masih banyak benda yang harus dikejar.
Bila dah rasa lama sangat takde upside down, kena bertindak. Buat sesuatu yang kita suka. Biarlah takde basic pun, boleh belajar. Kita semua pandai, dan boleh belajar, kalau nak. Kalau tak nak, aku doa kau kena langgar lori.

We cant make a same promise for 2 person at same time. So, i have to choose one, or just leave both of them. Hidup ini memang ada pilihan, bila kena soal hati, kena lebih berhati2. 
7 years from now,  i  must have someone and something to be proud.

Cinta dan cita-cita.

Cinta, i already have one. Hope will be last forever.
Cita - cita, aku  masih merangkak, jatuh bangun mula semula.
Selamat tinggal dunia 2012.

1.1.2013 permulaan tahun baru yang hampir sempurna. 

Everything checked. Tiada apa yang tertinggal. Barang yang lepas usah dikenang,simpan dalam kotak, tutup rapat,sorok bawah katil. Yang penting, frame gambar kesayangan, Comel dan cactus. Yang lain dah simpan dalam hati. Selamat tinggal bilik. Pasni duk asrama,takde katil. Guna toto.Toto comforter,bukan toto judi.


cactus pemberian kesayangan

Chezzy Choc Cake layered with Chocolate Mousse


Tahun baru 2013 bakal menjelma. Kek ini dikira penutup bagi tahun yang penuh kedukaan. Agak emo intro entri kongsi resepi kali ini kan. Hehe. Biasalah, dah hujung2 tahun nie, macam2 emosi yang datang. Fikiran negative, sila pergi main jauh2. Aku mahu mula tahun baru ini dengan semangat yang baru, dan jiwa yang baru. Kadang2 kebaikkan kita disalahfaham kan, atau mungkin juga ada 'sesuatu' yang wujud tapi harus dinafikan. Susah bila terperangkap di tengah2 , antara dua hati yang pernah disayangi dan mula disayangi, dan antara peluang kedua atau peluang untuk bersama. Soal hati ini kadang2 membawa pada sesuatu yang kurang rasional. Kisah macam jalan cerita 'Istanbul Aku Datang' Ah, itu filem. Atau..demi kebaikkan, dua2 aku lepaskan, dua2 aku tak dapat, dua2 tak dapat aku? Jawapan masih menjadi tanda tanya. Namun,aku pasti dengan siapa hati ini. Kek ini terhasil dari rasa hati yang penuh bersalah, 3 lapisan yang kelihatan enak itu simbolik pada tiga jiwa yang hanya perlukan satu hubungan. Seaakan memberi harapan, tapi kadang2 keadaan itu tidak mengizinkan. Sudah jadi sasterawan pulak aku ni. Back to topic, rasa kek ini memang ohsem, ini kes puji diri sendiri. Sendiri buat, sendiri makan dan sendiri puji. Haish. 

Friday, 28 December 2012

263km Mencari Cinta - Part 3




ASAM PEDAS MELAKA
Day 1 -Misi pertama setiba saja di sana, kami mencari tempat membaham melepaskan nafsu makan. Antara yang menjadi tarikan di Melaka ialah Asam Pedas. Lokasi makan malam, di Pengkalan, Melaka. Berdekatan dengan rumah Zack, so..malam tu kami makan berjemaah bersama2. Asam Pedas Claypot Pengkalan.  Macam2 jenis versi Asam Pedas ada. Tapi kesayangan memilih Daging Tetel sebab nak bagi aku rasa. First time aku makan Asam Pedas Daging Tetel. Nama sekali dengar macam lucah. Hahaha.. Asam Pedas Daging Tetel ini dihidangkan di dalam claypot. Datang bersama set nasi putih, sayur, sambal belacan dan telur masin. Asam pedas nya pekat dan pedas.  Nama pom asam pedas. Disebakan aku kurang makan pedas takut kena buasir, aku makan daging tanpa kuah. Harga aku tak pasti, sebab kesayangan yang bayar. Aku makan saja. 


BURUNG KASAWARI

Day 2 - Walaupun berada di rumah orang, penyakit susah bangun aku tak juga berubah. Kena tunggu umi dan ayah bising dulu, baru nak bangun. Hehe.. Sungguhpun tiada pertalian darah walaupun aku derma darah pada mereka, namun mereka telah aku anggap seperti ibu bapa ku sendiri. Kena marah itu tanda sayang, kena bebel itu perkara biasa. Misi pagi itu, aku, kesayangan, Kinah dan Adik Fateh, kami beramai2 menjadi barber, menjalankan tugas mencabut bulu burung Kasawari atau nama nickname nya Burung WakWak.

263km Mencari Cinta - Part 2

Ditepi pantai yang indah.. tala ku ca cah..
Disebabkan Negeri Melaka terletak di barat daya semenanjung yang menghadap Selat Melaka, malah ia pernah menjadi pusat perdagangan termasyur satu ketika dulu, maka terdapat la banyak pantai untuk dijadikan port berkelah, berkhemah atau sekadar melakukan aktiviti ringan2.


PANTAI PANGKALAN BALAK 



Day 1 - Setiba dari Perak, dan sebelum ke rumah ayah umi, pantai pertama yang menjadi destinasi persinggahan kami ialah ; Pantai Pangkalan Balak. Disebabkan malam hari dan keadaan gelap gelita,aku tak nampak pula sebarang kegiatan pembalakan di sekitar kawasan Pangkalan Balak ini. Yang ada hanya lah kegiatan perniagaan homestay, chalet, dan tempat membaham di deretan di tepi pantai. Kami melepak sebentar di sebuah gerai yang berhadapan pantai melahap sate sambil mendengar dendangan artis tak berbayar di karoke open. Selain manusia, kucing laut juga banyak yang berkeliaran. 

Tuesday, 25 December 2012

263km Mencari Cinta - Part 1

Paling lama aku tinggal di rumah orang ialah selama 4 hari. Tapi kali ini dari Jumaat hingga bertemu Jumaat aku tinggal di rumah keluarga angkat ku di Masjid Tanah, Melaka. Melaka sudah diibaratkan seperti rumah ke dua bagi aku. Kalau dah datang, memang payah nak dapat balik. Bak kata adik aku Nizam, yang pernah ikut aku kesana satu ketika dulu. Perrjalanan Perak - Melaka hampir 5 jam, tapi boleh jadi masa boleh kurang dari itu jika anda seorang yang banyak duit hingga rela untuk bayar saman jika ditrace oleh kamera AES. Aku bersama kesayangan dan Comel yang baru dijumpai selepas hilang selama sebulan di Damansara. Comey mabuk kenderaan, hanya tidor dipangkuan riba, beliau mogok, tak nak makan dan berak.
comey yang comel
red velvet 
Selama 8 hari aku makan tanggung berak cangkung disana. Sementara menunggu hari untuk memulakan zaman persekolahan, aku menghabiskan masa yang ada bersama kesayangan. Hari2 yang dilalui diisi dengan misi melawat tempat2 menarik di sekitar Melaka, menolong Kak Ina memasak di dapur dan menghabiskan masa melayan korea movies selama berjam2 hingga lupa mandi. Demi menemani kesayangan yang nampak kurang macho bila melayan K-Pop, aku merelakan saja hati ini untuk menonton movie Korea klise yang jalan cerita nya lebih kurang sahaja. Cerita tentang gadis bodoh alam, tunggul dan kelam kabut akan jatuh cinta dengan jejaka kacak rebutan ramai. 3 movies sempat dikhatamkan. Perfect Couple, You're Beautiful dan Playful Kiss. Cis ! nak tak nak, terpaksa juga tengok sampai habis bersama2. Dalam entri berepisod ini aku garapkan semua tempat2 menarik dan aktiviti terlarang yang aku buat selama 8 hari 7 malam disana.

Wednesday, 5 December 2012

Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami Part 3

Day 3
Apa guna jika pergi ke pantai tapi tidak mandi laut. Takkan mahu pandang saja kan. Hari ke tiga dan juga hari terakhir kami disini, selepas membaham sarapan di cafe yang sama tapi menu sikit berbeza. Kami semua menuju ke pantai yang sesuai untuk mandi manda. Agak jauh sikit dari ampartment. Aku tak mandi laut, sebab tak pakai bikini.Takkan mahu mandi pakai tshirt dan jeans pula. Aktiviti aku berjalan di tepi pantai mengutip kulit kerang untuk jadikan hadiah buat kesayangan.



oh my english !
Aku terserempak dengan sejenis haiwan laut yang tak pasti spesis nya. Tapi wajah dan rupa seakan makhluk asing. Asri pula rajin kutip dan simpan dalam botol untuk dibawa pulang. Sampai di ampartment, barulah aku menunjukkan bakat berenang di swimming pool.

Misi terakhir ; kami singgah di Georgtown untuk membeli belah apa yang patut. Aku belikan cenderahati berupa cermin comel untuk cermin diri sendiri buat Bell, Ina dan Geeda. Buat kesayangan, aku belikan tshirt Kimberly, jeruk kelubi dan jeruk salak, kesayangan suka makan jeruk tak padan dengan ada semput. Jeruk Madu Pak Ali menjadi pilihan. Banyak mak aku borong untuk dibawa balik buat pekerja2 beliau. Jeruk Pak Ali adalah diantara jeruk yang tersohor tanpa bahan kimia dan pernah masuk berita Utama TV3. Encik B.O pom ada pesan jeruk ini tapi memang sekadar pesan di mulut saja lah.


Sebelum melangkah keluar dari Penang, kami membaham makan tengahari di Juru. Aku lahap mee udang sebagai santapan kali terakhir air tangan warga Penang. Kebanyakkan gadis2 di Penang, semua cun2 hitam manis. Kalau aku ni laki, kompem aku ngorat buat awek. Nak jadi pengkid, aku pakai tudung pula. Jejaka2 disini semua muka mix. Mata lawa2. Nak cari melayu biasa agak jarang ditemui kecuali di seberang sana. Jadi, melayu di penang, adalah melayu mamak/anak mami. 


Tipikal mengatakan kereta no plat P biasanya agak langsi. But no wonder kebanyakkan nya pemandu di sini langsi, sebab trafic disini sangat sesat dan sesak. Sudah lebih kurang KL, tapi KL jalan nya besar. Ini sudah lah jalan tak sama saiz, bandar sangat padat, masing2 bersaing semua nak cepat. Kalau aku bawa kancil PGC aku tu, mesti aku pom boleh berlagak langsi. Berakhir lah percutian selama 3 hari 2 malam di negeri anak mami. Bercuti memang seronok lagi2 bila bersama kesayangan dan sahabat handai. Tapi sebelum bercuti, pastikan bajet anda sesuai dengan tempat yang dituju. Nanti ada yang tak lepas balik rumah. Hehe. Sepulang dari bercuti, poket aku sudah kering kontang.


with love
Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami part 1
Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami part 2

Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami Part 2


Day 2
Bangun bersama senyuman dan kesejukkan. Sudah lah tingkat 25, suhu aircond pula dibawah paras beku.Kami ambil pakej + breakfast di Violet Cafe House, jadi disebabkan buffet sehingga 10.30am sahaja, aku terpaksa bangun awal dari kebiasaan. Pagi itu aku membaham sarapan ala2 omputih. Tapi tak payah omputih sangatlah, makan nasi goreng jugak. Menu Nasi Goreng tak cukup rasa, telur hancur, sosej kurang masak, ayam masak kicap, salad + thounsand island dan air oren sunquick. Selepas kenyang perut suka hati, aku menhasut dua bodyguard ku, Asri dan Neezam untuk berjalan2 menghirup udara segar di tepi pantai yang indah. Sebelum menuju ke pantai, kami lalu di lorong gelap, dan ada terserempak dengan deretan Land Rover usang zaman komunis datang ke malaya. Pantai di kawasan ampartment agak kotor dan anjing berkeliaran mencari tuannya. Jadi, hasrat untuk mencuci mata melihat aksi2 terlarang terpaksa di batalkan.


Misi seterusnya ; Memanjat Bukit Bendera @ Penang Hill.
Tiket bagi dewasa untuk menaiki kereta kabel ialah rm8/seorang. rm4/warga emas dan percuma bagi warga OKU. Asri pura2 menjadi OKU namun rancangan itu gagal akibat ketiadaan kad pengesahan OKU. Selepas memakan ubat anti gayat, kami beramai2 berasak2 seperti menaiki komuter. Perjalanan menuju ke puncak lebih kurang 15minit. Kali terakhir aku menaiki kereta kabel disini pada usia ku 3 tahun, masa tu abah aku bawa aku, dan 2 abang ku berjalan di Penang. Tapi time tu kereta kabel tidaklah secanggih sekarang. Tak pasti sama ada kereta kabel masa dulu menggunakan tenaga manusia atau minyak diesel. Yela, umur 3 tahon, apa pom aku tak hingat.





Di puncak bukit terdapat 5 biji teropong yang anda boleh manfaatkan untuk skodeng warga Penang. Cuma masukkan 50senx2 kedalam teropong itu. Kalau anda bernasib baik, mungkin boleh lihat aksi cubaan bunuh diri mahu terjun dari Penang Bridge. Setiba di puncak, pelbagai aktiviti boleh diadakan seperti menangkap gambar bersama ular sawa, owl muzium, dan yang menarik, origami belalang kunyit yang dianyam dari daun kelapa boleh dibeli dengan harga rm2/seekor. Sebelum turun, aku melahap Banana Spilt sebagai penghilang dahaga. Sejuk2 makan eskem terasa nyaman.



Misi seterusnya ; Lawatan Di Masjid Terapung

Sekarang ini masjid dah macam muzium, menjadi tempat lawatan untuk dikunjungi. Kunjung untuk solat, itu lagi baik sebenarnya. Tapi disebabkan kami musafir dan gunakan kesempatan itu untuk Jamak Takdim Zohor-Asar, takkan mahu solat Asar buat kali kedua pula. Aku je yang solat jamak Takyah. Eh? Masjid ini hanya nampak terapung dikala air laut pasang saja. Kami pula datang disaat air laut surut, jadi masjid itu takde la nampak terapung sangat. Kalau time air pasang mesti cantek reflection yang terhasil di permukaan air. Ceh, nak gambar cantik, pakai camera digital saja. Huh..i miss my dslr yang hilang itu.

Misi seterusnya ; Spice Routes di Tropical Spice Garden
Ingat  Chef Adabi saja yang boleh buat rancangan Spice Routes? Kami pom boleh la. Aku, Asi dan Neezam tiba pada di taman herba ini agak lewat. Kami masuk secara senyap2, kaunter pom takde orang jaga. Dengan muka toya dan selamba, kami berjalan melihat pokok2 herba yang terdapat disini. Lanskap disini sangat cantik, ada tasik buatan, dan terdapat sampan kecil tapi tak boleh naik, takut nanti terbalik. Setiap pokok  herba ada maklumat yang disediakan berserta nama santifik dan kegunaan. Hutan di taman itu agak tebal, bila hari semakin gelap, cuak pula kami untuk berada disana lama2. Nanti disorok hantu pokok Kacip Fatimah pula. Harga tiket bagi dewasa ialah rm15/seorang. Kanak2 belum akil baligh rm10/seorang. Tapi kami masuk takde tiket dan percuma sebab ingatkan masuk free. Hehe.




Misi terakhir ; Sun Goes Down



Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami part 1
Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami part 3

Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami Part 1



Day 1

Pulau Pinang adalah salah sebuah negeri di Malaysia. Negeri dibawah naungan pihak pembangkang dan majority ditakluki oleh bangsa cina yang sepet mata nya. Tarikh 27 Nov 2012, aku dan kaum kerabat bercuti di sana selama 3 hari 2 malam. Selepas membaca doa naik kenderaan secara solo, kami bertolak dari rumah pada pukul 10 pagi. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 5 jam dari Perak aku isi dengan bermimpi disiang hari akibat kepenatan berjaga di malam hari nya sehingga pukul 5pagi. Celik mata saja, aku sudah sampai di negeri anak mami itu. Benda pertama yang kami tuju ialah penginapan. Abg aku, Zul yang memang menetap disana dan bekerja di Bayview Hotel menunggu ketibaan kami di Batu Frengghi. Ampartment yang bakal menjadi mangsa kami betul2 berada di hadapan laut tapi kena seberang jalan di Seaview@Sri Sayang Ampartment, tingkat 25th, bukak tingkap nampak laut, boleh terus terjun.


Setiba aku di ampartment, aku sambung lagi tidor untuk mengecas tenaga sementara menunggu malam menjelma. Bangun, dan misi memburu makan malam bermula. Pepatah ada mengatakan, Pulau Pinang adalah syurga makanan, tapi disebabkan majority kaum kerabat aku tidak mengemari makanan mamak, jadi memang jadi tak lengkap percutian di Penang ini bila tak dapat baham makanan mamak di gerai Nasi Kandar yang tersohor seperti Nasi Kandar Line Clear ataupun beratur di Nasi Kandar Beratur. Pilihan yang menjadi tempat membaham atas hasutan pemandu pelancong tak berbayar, ialah di Tanjong Bungah  Cis ! Jauh2 datang, makan Lamb Chop, Chicken Chop dan Sate saja.


Selepas puas mentakdarah, kami beramai2 menuju ke Ferengghi Nite Market untuk mencuci mata. Gerai2 berderet sepanjang jalan di pekan Batu Ferengghi. Kalau anda OKU atau malas nak jalan, boleh naik beca yang disediakan dan tambang yang dikenakan bergantung pada berat badan anda. Jenuh nak kayuh. Suasana disini sama saja seperti Uptown, Downtown, Gerbang Malam, Petaling Street dan yang seakatan dengan nya. Segala macam benda ada yang anda boleh borong dengan harga yang boleh ditawar sampai turun separuh harga. Yang banyak dijual, handbag tak ori, dvd haram rm4 sekeping, tshirt, dan cenderahati. Dengan lagak seorang pelancong tempatan, aku borong sekeping bikini dan sehelai rantai yang diukir 'Wo Ai Ni' yang membawa 2 maksud, 'aku ainie / aku chenta pada mu'  Ntah betul entah tak. Kalau tukang ukir tu mencarut pom, aku bukan paham tulisan kantonis. 

firework



Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami part 2
Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami part 3

Tuesday, 4 December 2012

Sawan Durian Crepe


Secara tipikal, manusia mudah terpengaruh dengan trend. Jangan ingat pakaian, lifestyle saja yang ada trend. Makanan pom ada juga trend nya. Walaupun tak kena dengan anak tekak dan perut, layan saja sebab tidak mahu dikatakan ketinggalan zaman. Sebelum ini ada trend Pavlova, Macaron, Red Velvet dan Cake in Jar. Well, nama pom trend, takkan bertahan lama tak macam kita makan nasi lemak hari2. Sekarang fanomena Durian Crepe telah melanda hampir seluruh tanah melayu, mana2 yang ada akaun fesbuk pasti tidak ketinggalan di tagged oleh penjual2 durian crepe yang berjaya. Bagi sesetengah manusia, mereka alah dengan durian. Seperti abah aku, beliau pandang durian sebelah mata saja sambil menutup hidung. Nak mintak tolong kopekkan durian pom tak nak. Aku ini sudah lah hantu durian, boleh lahap durian semahunya dan hanya meninggalkan sisa kullit dan biji dalam masa yang singkat. Tapi aku tak pandai kopek durian, jadi kadang2 nafsu makan ku terbantut kalau takde yang mahu menolong hamba yang lemah ini. Mujur kesayangan aku memahami kegemaran aku, jadi beliau terpaksa merelakan kalau2 aku tersedawa bau durian. Wah ! Itu yang best. 


Sebenarnya durian crepe ini dah lama wujud, kenalan fesbuk aku Petit Delica, aku kenal beliau di fesbuk sejak lagi 3 taon yang lepas, hari2 aku nampak dia promot durian crepe kat news feed. Namun, secara tiba2 ia meletop mnjadi famous amos mengalah kan sekut famous amous yang mahal tapi sedap tu. Aku pom diantara yang menjadi mangsa trend Durian Crepe ni. Dengan semangat berkobar dirasuk hantu durian, aku menyeludup resepi dari blogger masakan Kak  Zila dari http://zila4ever.blogspot.com/