Sunday 31 July 2011

16" Vanilla Blueberry Cake

Kek ini aku bikin khas untuk majlis Hari Keluarga MRSM Pasir Salak 2011. Kek ini secara rasminya di sponsor dengan separa ikhlas oleh R'nisa Bake House. Biasa nya rakan2 tempat kerja abah ku selalu meng oder kek coklat moist  , namun disebabkan ini kek sponsor , secara teruja bercampur malas , aku pilih kek yang sedap dan senang.hehe..Sesungguhnya aku amat malas bila kene buat kek coklat moist.
Tapi sekali skala , kasi depa rasa kek yang lain sikit kan :) ( alasan yang masih dapat diterima ..)
kek span vanilla

sapu freschream
layer dengan blueberry


deco..deco..
bagaikan stobeli dibelah 2

glaze dengan jelly

simple deco

spray some kaler biru lambang kelembutan.hoho..
Kek seberat 4kg dan bersaiz 16" ini sangat lah simple deco nya. Bukan sebab malas hookay ! Tapi aku lebih suka memilih less is more. :)

Majlis dirasmikan dengan upacara memotong kek

selepas dicincang halus dengan kejam
Dilapah dengan gelojohnya dan hanya meninggalkan sisa2 buat aku.
Aku pun membawa pulang papan kek itu dengan hati yang kuciwa.
" oit ! tacing watper? hari2 ko boleh buat la..hahaha."

Hookay ,esok dah puasa kan..
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak aku ucapkan buat semua umat Islam didunia yang diwajibkan berpuasa. Kepada yang belum mumaiyiz dan yang berpura - pura belum baligh , Selamat Ponteng Puasa.
Semoga berkat Ramadhan  , akan membawa kita kearah yang lebih baik. Aku pn berharap agar berkat bulan mulia ini , akan mbuat aku lebih kuat dan tenang dalam menempuh ujian hidup. Ok la , aku perlu tidur dulu. Esok aku akan menjalankan tugasku membuat makanan tanpa dapat memakan nya. Sungguh teruji !
Assalamualaikum ! :)