Friday 28 December 2012

263km Mencari Cinta - Part 2

Ditepi pantai yang indah.. tala ku ca cah..
Disebabkan Negeri Melaka terletak di barat daya semenanjung yang menghadap Selat Melaka, malah ia pernah menjadi pusat perdagangan termasyur satu ketika dulu, maka terdapat la banyak pantai untuk dijadikan port berkelah, berkhemah atau sekadar melakukan aktiviti ringan2.


PANTAI PANGKALAN BALAK 



Day 1 - Setiba dari Perak, dan sebelum ke rumah ayah umi, pantai pertama yang menjadi destinasi persinggahan kami ialah ; Pantai Pangkalan Balak. Disebabkan malam hari dan keadaan gelap gelita,aku tak nampak pula sebarang kegiatan pembalakan di sekitar kawasan Pangkalan Balak ini. Yang ada hanya lah kegiatan perniagaan homestay, chalet, dan tempat membaham di deretan di tepi pantai. Kami melepak sebentar di sebuah gerai yang berhadapan pantai melahap sate sambil mendengar dendangan artis tak berbayar di karoke open. Selain manusia, kucing laut juga banyak yang berkeliaran. 


PANTAI TANJUNG BIDARA - MANDI MANDA

Day 3 - Dari membuang masa melayan Korean Movie di rumah yang jalan ceritanya boleh diramal, aku menghasut kesayangan untuk keluar bermandi manda di pantai Tanjung Bidara. Rombongan disertai oleh kaum kerabat dan sahabat handai. Kak Ina, 4 jejaka kacak yang nakal, Haziq dan Amirul, Shaid dan jejaka jambu muke cam apek, Rayyan. Zack dan Farah pun turut serta mencemarkan pantai Tanjung Bidara. Mari lihat aksi mereka yang sedang bergembira. 


  
haziq gumbira hingga terlondeh seluar. hahaha
  
Selepas puas minum air laut, kami melahap eskrim secara berjemaah.

PANTAI KLEBANG - COCONUT SHAKE 

ohsem !
Day 5- Jika anda sampai ke Klebang, wajib singgah di Coconut Shake Klebang. Coconut Shake kat situ sangatlah ohsem, sekali lahap, mahu lagi. Macam ada dadah pula. Mungkin sebab dorang guna aiskrim mahal jenama Walls. Kalau lambat, anda terpaksa beratur hingga ke Johor. Pantai disitu macam tak serupa pantai sebab telah ditambak. Waktu malam ramai orang yang memancing ikan selain mat2 rempit memancing perempuan.
nite view


PANTAI PUTERI - UDANG GERAGAU 
Hari yang keberapa aku pun tak hingat, aku dan kesayangan keluar menghirup udara laut di waktu malam. Jarak antara Pantai Klebang dan Pantai Puteri hanyalah sekankang kera. Mengesot pun boleh sampai. Sedang berjalan, kami terserempak dengan seorang nelayan yang sedang gigih membawa naik hasil tangkapan udang geragau nya. Dengan ramah kami menegur abg nelayan berkenaan. Buat kali pertama dalam sejarah kehidupan aku, aku melihat udang geragau fresh. Biasanya udang geragau dibuat cencaluk dan belacan. Ada juga yang dikeringkan dan dijual di pasaran gelap. Dengan baik hati kesayangan aku membeli 2kg udang geragau ini walaupun mendapat bantahan dari aku. Yela, sape pula yang rajin nak masak udang sehalus makhluk halus ini. Harga yang dikenakan, 2kg/rm5. 1kg buat umi ayah, dan 1kg buat keluarga di Perak.. Pagi keesokan harinya, Kak Ina membuat cucur udang geragau yang ohsem sebagai menu untuk sarapan. Tapi sampai ke hari ini, udang geragau yang aku bawa pulang dari tanah Melaka itu, masih belum dibuat apa2. Masih kejong di dalam peti ais rumah ku. Hihi.