5 Feb 2012
Untuk tahun 2012 dan semenjak 4 bulan yang lepas,ini kali pertama aku pergi ke kenduri perkahwinan.Sebenarnya, lately ini..semenjak tarikh itu,aku sedikit menjadi fobia dengan apa2 majlis yang melibatkan dua insan bercinta. Sama ada perisikan,pertunangan, perkahwinan,mahupun perceraian. Mungkin emosi aku masih kurang stabil atau memang tak pernah stabil pun.
Untuk tahun 2012 dan semenjak 4 bulan yang lepas,ini kali pertama aku pergi ke kenduri perkahwinan.Sebenarnya, lately ini..semenjak tarikh itu,aku sedikit menjadi fobia dengan apa2 majlis yang melibatkan dua insan bercinta. Sama ada perisikan,pertunangan, perkahwinan,mahupun perceraian. Mungkin emosi aku masih kurang stabil atau memang tak pernah stabil pun.
wajah gumbira |
Pada mula nya aku dan Aben membatalkan niat untuk ke Palong berikutan kami mahu berfoya2 mengelilingi negeri Malacca , bermandi manda di pantai sambil mencuci2 mata melihat jejaka2 kacak yang memakai boxer. Namun, perancangan keji itu terbatal akibat hasutan Kak Chik merangkap ibu kepada Kak Fiqah yang tetap mengajak kami mencemar duli di majlis itu. Malah beliau bertukar menjadi seperti Ahlong dan mengugut kami dengan memberi amaran keras. Nampak sangat majlis itu takkan meriah tanpa kami.hihi.. Dan aku terpaksa bersiap dengan kelam kabut nya di minit2 akhir, hingga berlaku aksi tendang menendang di pintu bilik air.
upacara memotong weddink cake..haish~ |
Majlis perkahwinan yang aku pergi ini diadakan di pihak lelaki di Palong, Negeri Sembilan. Yang kahwin ini ialah Kak Ummu Habibah dan pasangan halal beliau, Encik Hafiz. Kak Ummu ini kakak kepada member aku semasa kami study di Sabah dahulu kala. Kak Fiqah, bukan nama penuh beliau yang kini sedang memboyot dengan sihatnya. Kira beliau ini langkah bendul la, sebab kahwin dahulu sebelum kakaknya walaupun beliau bukan seorang yang lurus bendul. Mitos asal usul langkah bendul masih dikaji hingga ke hari ini sebab aku pun kurang pasti mengapa dipanggil langkah bendul,kenapa bukan langkah kanan ke,langkah langkah atau langkah mayat aku dulu.
mencemar duli..hihi |
with Kak Ummu |
Kami lah pencuri telur itik.. seriously, 1st time in my life, pergi kenduri dapat telur itik masin! :) |
ku temui diri mu 9 tahun yang lalu.. |
Selesai membaham dengan rakusnya segala makanan percuma yang berkolestrol tinggi di kenduri, kami pun beransur pulang ke pangkal jalan menuju ke Masjid Tanah. Disebabkan badan terlalu penat , aku dan Aben buat keputusan untuk pulang ke KL keesokkan harinya.
Pedas, negeri sembilan |
Seawal jam 6.30am aku dah bangun untuk solat Subuh ( tipu) dan bersiap2 pulang ke KL. Hampir sahaja aku mati kebekuan akibat sejuk yang melampau sepanjang perjalanan. Naik motor wui..nak peluk orang depan pun, dia pun dah kejong dan mengigil semacam seperti mangsa serangan sawan.
Sorry bos!