Selama 4 bulan aku kerja di
Saraya Zahret, ini kali kedua aku dilantik menjadi wakil booth girl. Mungkin disebabkan keunikan wajah atau bakat public relation ku ketika menggoda pelanggan amat berkesan membuatkan Kak Yati & Kak Intan memberi kepercayaan untuk aku bertugas disitu. Atau mungkin sebab aku je staff paling rajin nak outstation, nak tak nak..aku la kena pergi. Apa2 pun , ia pengalaman paling bermakna buat aku sebab sedikit sebanyak membantu aku mengasah bakat mengoda dan mengayat pelanggan. Sebenarnya ini booth yang ke 3. Kali kedua selepas booth di
Marriot , ialah booth di Space U8, Shah Alam. Tapi disebabkan kat Space U8 Shah Alam itu hanya ibarat mimpi ngeri, jadi aku tak masukkan ia dalam list exprience ku.
|
aku berkampung disini |
Karnival Karangkraf ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Jadual penuh dengan aktiviti yang sangat menghairahkan aku seperti demo masakan dari Chef Kacak, deco, cabutan bertuah dan macam2 lagi yang aku malas nak ingat dan taip akibat kefrustan yang melampau sebab satu aktiviti pun yang aku tak dapat join kerana pelanggan yang sentiasa ada untuk menghalang niat ku mahu mencuri tulang di waktu kerja itu. Haish... Namun, disebalik kekecewaan itu, rupanya masih ada yang sayang..aku mendapat kek percuma dan cookies yang best rasanya kerana booth Mingguan Wanita ketika itu ada mengadakan parti liar sempena apa itu aku kurang pasti. Yang penting kek dan cookies itu halal dimakan tanpa was2.
|
cakes!! |
Malam kedua, ada berlangsungnya Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011. Ramai la artis yang datang mencemar duli, dan kesesakan berlaku bila peminat fanatik artis2 kesayangan mereka mula membuat perarakan sehingga mengganggu perjalanan aku yang mahu menunaikan hajat di kamar sepi. Disebalik kesesakan manusia, aku mampu berlagak cool walaupun di dalam hati begitu teruja dan hampir hesteria bila dapat melihat Abg Shahiezy Sam dari mata ke mata. Dan yang menarik perhatian, outfit Yatt Hamzah malam itu, ialah baju dari Saraya Zahret.
|
artis kegelapan |
|
Abee!!! |
Jika diadakan pertandingan booth tercantik ,aku rasa booth SZ bakal mengondol tempat juara. Siap ada fitting room versi DIY. Kau hado? Tapi di malam terakhir, booth terumit pun akan dimenangi oleh SZ berikutan Abg Yahya dan Abg Khairul terpaksa mengerah keringat di malam hari untuk membuka segala plywood, curtain bagai.
|
with Kak Intan & Kak Yatie |
|
Peace! di malam terakhir. |
Walaupun sepanjang disana banyak aktiviti2 yang best , aku tak sempat pergi mana pun melainkan ke kamar sepi melepaskan hajat dan ke food court untuk menjamu selera hantu raya. Dan oleh2 dari karnival itu, aku hanya mendapat sebuah buku nota dari Karangkraf, dan sempat membeli sehelai tudung dari AidiJuma. Itu pun sebab booth mereka bersebelahan dengan booth SZ.
|
talking to the moon~ |
|
bubbles.. |
Selama 3 hari 2 malam aku berulang alik dari Shah Alam - Kota Damansara bersama
Baby ku tersayang, walaupun penat hingga tersesat ketika dalam perjalanan pulang ke KD, ia pengalaman yang sangat fun tapi ada sedikit horrible bila berhadapan dengan karenah pelanggan yang kadang2 bikin hati panas, namun aku masih bisa tersenyum walaupun didalam hati,aku mencarot habis. Kehoribblean ditambah pula dengan cuaca yang tak tentu arah, sekejap terik,sekejap hujan. Booth yang sentiasa dalam kebahangan walaupun ada sebiji kipas heli disediakan. Jika mahu diberi sebuah andaian mengarut, ketika di booth itu diwaktu tengahari, aku ini bagaikan seekor ayam kurus yang sedang dipanggang di dalam oven.. Fuh~
Tiba2 terasa lapar...