Wednesday, 1 February 2012

Cermin Diri Sendiri

Amaran! Ini entri jiwang,sila sediakan sehelai baldi sebelum muntah hijau.


Aku tulis ini khas buat kamu.


26 Jan 2012. Genap 6 bulan , dari dua ,kamu dan aku diikat satu.  Maafkan aku, cukup dengan satu kesalahan, bantu aku untuk tidak buat kesalahan  buat kali kedua. Makanya, yang satu itu..terpaksa kita pisahkan kembali menjadi dua. Aku tahu kamu marah, maafkan aku sekali lagi. Kamu terlalu baik, dan aku tak layak buat manusia sebaik kamu. Mungkin telah tertulis di Mahfuz, aku bukan pencuri tulang rusuk kiri mu yang hilang itu. Semoga kamu akan berjumpa dengan yang selayaknya.


Hey,ini aku tulis buat kamu semua yang aku sayang!

Maaf, aku hancurkan harapan kalian. Mungkin ini yang Mawi dan Khairul Fahmi rasakan, Cuma yang berbeza aku bukan artis mahupun atlit. Jadi,kisah aku takkan jadi headline Harian Metro. Atau Michelle Melodi, takkan terjah aku untuk Tanya soalan panas. Kalian , harapan kalian terpaksa aku kuburkan, demi aku. Dan aku takkan jadi orang lain demi kamu.Kamu marah,kamu benci,kamu boleh kutuk aku,kamu boleh buat fanpage facebook anti ainiesyeema. Tapi percayalah, aku buat untuk kebaikan semua. Terutama diri aku sendiri. Kalau aku jadi kamu,mungkin aku juga akan benci aku.


Aku harap marah kalian Cuma sementara. Usah buang aku dari hidup kalian. Aku Cuma manusia biasa. Aku ada silap dan khilaf. Beri aku kebebasan dalam membuat keputusan. Aku mohon maaf sekali lagi. Jangan marah aku lama2. Kalau kalian tak dapat maafkan aku sekarang, usah tunggu hari raya, sebab hari raya belum tentu akan tunggu aku.



aku cermin diri sendiri,kamu?