Wednesday, 7 December 2011

Islamic Fashion Festival 2011/ Jw Marriot KL

Nov 14th ~ 18th 2011
Penat Pangkor masih belum habis..



3 tahun dulu , ini cita2 aku. Aku pernah berangan untuk berada di tempat ini , di majlis ini.Berjumpa dengan para fashion designer yang aku jadikan idola. Tapi itu dulu. Kisah 3 tahun lepas yang aku sendiri fikir yang aku takkan dapat peluang lagi untuk mengapai impian itu. Tapi siapa sangka? Cita2 yang aku pendam, yang hampir  terpadam, kini menjadi realiti !!



model tak cukup syarat

Makanya tidak sia2 la aku kerja di Saraya Zahret. Secara kebetulan aku dapat datang ke sini.  Saraya Zahret adalah salah sorang dari ahli Armed. ( Persatuan  Pereka Busana Muslim ) Dan disebabkan aku adalah staff Saraya Zahret , aku juga dapat menyibukan diri ke event ini. Teruja aku melihat mereka yang aku hanya kenal di media massa. Hatta Dolmat, Tom Abg Saufi , Radzuan Radziwil , antara pereka fesyen yang memang aku gila2 kan suatu masa dulu. ( masa aku belajar fashion di zaman dahulu kala )



Selama 4 hari aku berkampung disini. Aku kene manage booth Saraya Zahret.  So, sepanjang aku kat sini , aku lepak rumah Yana di Bukit Bintang. Jauh nak berulang ke rumah. Working hours aku juga dah berubah sepanjang disini. Masuk kerja 10am hingga 11.30pm. Sumpah ,letih giler.


Macam2  yang berlaku sepanjang 4 hari aku kat sini. Malam pertama, minyak motor habis tengah jalan on the way aku mahu pulang ke Damansara, mujur diselamatkan oleh Abg Sprint yang baik hati. Dalam masa yang sama , Pizan pun nak datang tolong. Malam kedua , motor aku pula dilanggar dari belakang oleh lelaki mabuk masa traffic light merah. Yang parah , kereta tu la sebab untuk mengelakkan dari langgar aku , dia terpaksa langgar divider. Aku pun pergi tanpa belas kasihan. Masak la aku kalau aku stay kat situ. Nanti panjang kisahnya pula.  Mujur aku tak tergolek walaupun masa tu motor agak goyang. Hanya siku aku sedikit luka sebab side mirror ketanya terkena tangan ku.

Runway!!!
Sepanjang di event ini aku dapat kenal dengan orang2 baru. Pereka2 busana muslimah yang Berjaya. Seperti Kak Nora ( Gallery Muslimah ) Puan Mona ( Hajaba) Kak Fadilah ( Seri Kapas ) Sis Maria ( Mariamah) dan  ramai la lagi yang aku malas nak taip , tapi sebenarnya aku lupa.hehe..
Kawan2 yang baru pun semua best2 dan sporting habis. Walaupun buka booth masing2 berdekatan ,tapi kami stil boleh bersaingan dengan cara yang sihat. Lagipun setiap brand , ada peminat masing2.

my bos : Puan Suriyati ( Kak Yati)
my manager : Puan Intan ( Kak Intan)

Aswad kene rasuk hantu perempuan

Seri Kapas , Galeri Muslimah, Amouge

Eni , Nina,Ika , Fika

Kak Era,Ika ,Eni

Hantu posing

mereka berdua mencelah
my bro : Asi & Izam

Hajaba

our team : Abg Yahya
our team : Abg Khairul

Kak Intan & Me


tidak pasti nape beliau sesat dalam cameraku..hehe


Kat sana ramai juga artis yang hadir datang dan nama mereka malas aku nak tulis.Sebab aku takla batak sangat nak jumpa mereka kerana aku lebih eksaited untuk berjumpa dengan Hatta Dolmat!



Sebenarnya aku takde mood dan ayat untuk citer tentang event ini. Mungkin sebab sekarang kian bz dengan kerja , akal semakin kurang berfungsi bila mahu menulis.

~the end~