12-13 Nov 2011
Kali terakhir aku menjejak kaki kat pulau ini 18tahun yang lepas. Masa umur aku 2taon. Dan gambar kenangan masa tu masih lagi aku simpan. Gambar aku yang masa tu sangat bulat , gemok , peha berlipat2, pakai bikini sambil peluk tiang . Masa itu aku menjadi rebutan semua orang untuk dicium, digomol dan dicubit pipi sehingga menangis.
Acctually, Pangkor ni bukan jauh pun dari rumah aku. Hari2 boleh pergi, tapi ntah , tak pernah ada hati pun nak pergi. Sampai la , ibu ku kol ajak pergi holiday kat sana. Disebabkan aku bertolak keseorangan dari KL , makanya , keluarga ku bertolak dulu sebelum aku. Ikutkan hati , aku tak pergi pun takpe kerana kerja ku banyak sempena IFF, tapi memikirkan ini lah masanya untuk bersama mereka yang tersayang, dan mungkin ada peluang untuk aku merapatkan hubungan yang kian jauh.
Bas aku dari KL pukul 10pm, terpaksa minta Aben hantarkan ke Pudu dan minta tolong dia jagakan motor ku. Tanpa belas kasihan, aku mendesak Olah untuk ambil aku di Lumut pukul 3am. Olah tiba dengan matanya yang sudah separa tertutup.Hahaha..Terima Kasih sahabatku, jasamu ku kenang.
dalam perut feri |
Feri dari Marina Island menuju ke Pangkor pukul 10am. Tiket hanya rm10 tambang pergi balik menaiki feri. Tapi jika anda adalah seorang bekas juara renang Olimpik, anda tidak perlu untuk membeli tiket. Cukup dengan berbekalkan bikini dan selamat berenang menuju ke pulau. Itu pun kalau anda tidak dibaham jerung dan dicucuk ikan todak. Belum sempat aku muntah darah kerana mabuk laut, rupanya sudah sampai. Kerana perjalanan hanya memakan masa selama 15minit.
Tiba di pulau ,anda akan disambut dengan abang2 dan pakcik2 yang menawarkan urutan batin. Eh? Tak.. mereka akan menghasut anda untuk menaiki van pink mereka dan membawa anda mengelilingi sekitar pulau dengan tambang yang mencekik leher. Ada juga yang menawarkan motor dan juga basikal sewa. Mahu saja aku mencarut ringan pada seorang abang gatal yang menawarkan basikal sewa padaku. Waklu.. tidak nampak ke aku yang pakai skirt dan bawa beg yang banyak seperti mahu lari rumah ini.
Akhirnya aku termakan hasutan seorang pakcik yang boleh membawa ku di Coral Bay Resort. Tambang dikenakan rm10 dari jeti menaiki sebuah van berwarna pink. Keluarga ku berkampung di sana dengan menyewa sebuah ampartment 3bilik yang balkoni nya menghadap sebuah taman perumahan. Cukup hampeh. Tapi ampartment ini berdekatan dengan pantai. Terubat juga luka di hati. Kerana aku adalah seekor hantu pantai. Hanya Encik Pantai sahaja yang mampu membawa ketenangan di hati.
coral bay |
Hari pertama di Pangkor tiada yang menarik kerana cuaca hujan. Kami hanya melepak di resort menonton tv yang tiada siaran Astro sambil menguyah roti bersama tuna. Keluarga ku memang di lahirkan untuk memakan roti. Bawa stok roti 5bungkus pun masih belum cukup.
wajah kelaparan |
me n mar |
me n mama |
Malam pertama disini , aku , Ajo dan Izam keluar ke pantai untuk berjumpa dengan hantu laut. Kami membawa sebiji DSLR dan sebatang tripod untuk menarik perhatian mereka. Okay ,tak..aku tipu,( tubuh mula seram sejuk) Kami pergi ke pantai untuk mengambil gambar pandangan yang indah ciptaan Tuhan di malam hari. Pada mulanya hanya mahu mengambil gmbar permandangan. Tapi entah mengapa, kami pula yang dirasuk oleh sawan shutter.
dirasuk semangat pehlawan |
lakonan semata2 |
aku gumbira ! |
kami gumbira! |
Kami pulang ke resort dengan badan yang keletihan. Masing2 terus masuk tidur kecuali abangku yang dengki dengan aku. Titiber sahaja sedang aku lena diulit mimpi, dia rendahkan suhu ekon dan merembat sweater ku. Terpaksa aku tidur dalam keadaan mengigil2.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari kedua yang juga hari terakhir kami disini , aku bangun seawal 7pg. Konon2 mahu mengambil gmbar sunrise, namun hampa. Ternyata , sun itu rise lebih awal dari aku. Selepas membaham breakfast, kami segerombolan menuju ke pantai Brogak untuk bermandi manda. Aku tidak mandi kerana terlupa membawa bikini. Hanya berjalan menikmati permandangan indah sampai bermesra dengan encik Pantai. Sudah 2 bulan aku tak berjumpa dengan Encik Pantai. Kerana di KL aku hanya jumpa Pantai Dalam dan Hospital Pantai.
Setibanya di resort,aku melepaskan gian mandi di swimming pool. Aku lebih suka mandi pool di waktu malam,kerana boleh freehair dan memakai baju wajib sahaja sambil membuat aksi2 kurang bermoral. Namun, pukul 12am sudah mahu checkout. Jadi ,aku mandi sahaja la dengan baju yang ada. Bagi mereka yang tidak mempunyai bakat berenang, pelampung itik ada dijual di kedai berdekatan. Aku tiada masalah ,kerana baju dan seluar aku sudah cukup besar untuk dijadikan bahan apungan.
Pukul 12am , kami mula mengemas barang dan check out. Tanpa rasa bersalah , Izam keluar dengan muka selamba kerana beliau telah memecahkan sebiji ashtray milik resort.hahahaha.. Bilik ditinggalkan dengan sepah nak arwah. Tidak mengapalah ,nanti perkerja housekeeping tiada kerja pula kalau aku tolong kemaskan. Sebelum pulang ,kami bershopping dengan membeli apa yang patut di pekan Pangkor. Tapi takde menda yang menarik pun bagi orang yang tak batak dengan pulau seperti kami ini.haha..Aku hanya membeli shirt untuk Angah, FM buat Sue dan K.Intan , dan short pants buat Aben.
Bertolak dari Pangkor menaiki feri pukul 1.30pm. Badan ku sangatlah terasa sengalnya. Penat membuat aksi di malam pertama di tepi pantai semalam. Melompat2 seperti baru terlepas dari zoo. Siap kena bahan lagi dengan En. BO lepas abangku upload gmbar itu di Fesbuk. Tiba di Marina Island , aku , ibuku dan abahku berpisah.Kerana semua menaiki kereta masing2. Tapi tetap jumpa di rumah yang sama.
Akhirnya dapat juga aku melepas rindu kepada kekasihku yang lama ditinggallkan. “Maaf yer baby.. I terpaksa berpisah dengan u sementara waktu.Nanti cuti I dah habis, I akan bersama u balik yer” bisik aku pada kereta kesayangan ku. Malam itu aku pulang ke KL untuk berjumpa kekasih kedua yang setia menunggu selepas ditinggal kan selama 2 hari..Oh~ My Wave kekasih keduaku..