Saturday, 18 February 2012

3 Minggu Yang Menderita






















Sudah hampir 3 minggu rumah sewa aku takde letrik.
Bukan sebab kami warga rumah sewa malas nak bayar bil sehingga bekalan letrik dipotong, tapi sebab kotak letrik ( aku tak pasti nama saintifiknya) dah jahanam dan tiada guna.

Kalau 3 hari takde letrik, aku masih boleh bersabar. Aku cuma andaikan aku sedang bercamping bersama Aben di tengah hutan belantara yang hanya ditemani cahaya lilin dan disertai bunyi unggas di malam hari. Tapi realiti sebenar, suara ghairah beliau disebelah aku yang sedang tidur dengan nyenyak.

Tidur dalam berbahang dan terpaksa buka tingkap untuk pastikan udara mengalir dengan lancar,makhluk halus seperti nyamuk pula menerpa, mengoda dan tinggalkan kesan lovebite diseluruh tubuh badan aku. Cuaca panas diwaktu malam masih boleh diterima akal, bayangkan bila aku off day dan tiada aktiviti untuk mencapap diluar, duduk di bilik itu umpama sedang bertapa didalam sebuah oven.Yer..Bayangkan sebuah oven. Bayangkan diri anda dalam oven tersebut. Bayangkan ada orang on kan oven tersebut. Bayangkan oven tersebut, dengan anda sekali, di planet Mercury.
Dasat..

Tapi sekarang..sudah hampir 

3 minggu aku naikkan bil letrik butik dengan caj hp,latop dan camera disana..
3 minggu bergelap ..
3 minggu teraba2..sampai teraba orang sebelah dengan sengaja.
3 minggu hisap asap ubat nyamuk..
3 minggu digoda oleh encik nyamuk..
3 minggu berak tak lawas..sebab berak dalam gelap.
3minggu sudah berlalu..
owner rumah (bukan nama sebenar) perangai macam gampang!

Masihkah kita harus bersabar..?

Baru harini dia datang untuk repair. Semoga penderitaan ini bakal berakhir!

dari kaca mata canon eos