Starting My Weekend With My Sweet Pancake :)
Sudah lama rasa nya belog ini tidak mengshare sesuatu yang berbaur masakan yang bakal mengugatkan nafsu makan anda. Namun begitu,tidak mengepost entry berbaur masakan berserta resepi percuma tidak bermakna aku tidak memasak. Hari minggu lepas, selepas solat Subuh setelah sekian lama ditinggalkan, aku merajinkan diri ke dapur untuk membuat sarapan untuk dibaham.
lahap bersama susu pekat manis~ |
Dan menu pagi itu adalah Sweet Pancake! Pancake ialah nama saintifik bagi lempeng versi omputih. Yang membezakan lempeng dan pancake ialah kandungan pancake yang mengandungi bahan yang tidak meragukan seperti baking dan soda.Bahan - bahan yang diperlukan sangat mudah didapati didapur rumah ibu anda. Harap kan dapur rumah anda,mungkin hanya ada maggi dan telur sahaja.
Untuk bahan asas pancake atau lempeng ini :
2 cawan tepung gandum Cap apa yang korang jumpa di pasaraya
sebiji telur ayam betina
Susu tepung
sedikit soda Bikarbornat
Sedikit Baking powder
Gula
sedikit garam masin ( ada ke garam manis?)
Susu pekat manis. Nak jimat boleh guna susu ibu..Maksud aku susu ibu lembu.
Campur semua bahan dalam mangkuk ayun anda. Gaul sehingga sebati dan tidak berketul2.
Panaskan kuali leper, takde kuali leper melengkung pun takpe. Panaskan diatas dapur . Jika anda kehabisan gas, boleh juga menggunakan cahaya matahari sebagai pengganti. Tapi lama sikit la nak masak.
Kemudian, letak sedikit butter atau minyak pom boleh. Kalau anda menggunakan nonstick pan, dengan riak nya anda tidak perlu menggunakan butter atau minyak tadi sebagai bahan pelincir.
Agak2 ia sudah garing dan separa kehitaman seperti warna kulit Aben, sila angkat dan sedia dilahap dengan rakusnya.Jika anda seorang Muslim sejati yang tidak ketinggalan menyokong mogok lapar di Palestin, ingatlah mereka yang dalam kesusahan dan kelaparan. Jangan lupa baca doa makan dan bersyukurlah dengan nikmat yang diberi walaupun sarapan anda dengan hanya sekeping pancake :)
breakfast sweet pancake with coffe kapal api..betul2 kaw! |
Ini adalah pancake pertama ciptaan ku.Maka nya ketidak henseman beliau terserlah berserta dengan hangit2 di tepi. Dan ianya agak kurang naik. Mungkin akibat kealpaan aku yang suka suki sahaja memasukkan kuantiti baking powder tanpa sebarang sukatan. hehe.. Resepi disini telah aku olah dengan tidak mengikut piawaian, dan resepi sebenar aku telah ambil tanpa izin dari Chef Kacak lagi bergaya di belog beliau.
Jika ingin menambahkan kelazatan sehingga menjilat jari, boleh lah dimakan disertakan bersama susu, sos coklat, buah2 segar atau dicicah bersama sambal nasi lemak , atau kuah kari semalam yang tak habis..namun jika anda sorang yang rakus dan kurang sabar, anda boleh membaham pancake ini begitu sahaja.
wajah lempeng ku yang macam nak mintak pelempang! |