Monday 14 May 2012

One Step


13hb April adalah hari terakhir aku bertugas di Saraya Zahret. Resign letter notis sebulan telah aku beri tanpa berfikir panjang bulan lepas. Jadi, inilah kali terakhir untuk aku membuat onar dan chaos di butik SZ. Hehe..  Banyak pengalaman yang aku kutip dan dan dapat sepanjang 6 bulan aku kerja disana. Setakat kerja2 am, dimana2 pun aku boleh belajar,tapi aku banyak belajar tentang pengurusan.Masa mula2 aku datang Kota Damansara, ini kerja pertama yang aku dapat feedback selepas mengisi borang  setelah hampir seminggu aku menganggur di rumah Angah di Taman Medan.




Untuk kali terakhirnya aku dibenarkan pecah masuk di bahagian kaunter sebagai seorang staf,bermain Fesbuk sambil menonton vevo di Youtube menggunakan PC kaunter. Berbekalkan camera kesayangan ku, aku merakam aksi2 terlarang Jue dan Farah. '

  

Mereka lah teman ketawa dan tangis aku sepanjang aku disini.Sama2 bergosip,  mengumpat bila ada peel customer yang aneh2, tolong cover mencover bila nak curi2 tidor kat stor.
Semoga persahabatan ini kekal selama nya walaupun kita dah tak berkerja di tempat yang sama.




Tiada sebab yang kukuh pun untuk aku berhenti kerja. Aku hanya mahu cari peluang kerja yang lebih baik dan dapat mengukuhkan lagi status kewangan aku yang selalu tergugat dikala hujung bulan. Selepas 13hb haritu, sementara aku dapat peluang kerja yang baru, hamper 2 minggu aku menggangur dirumah buat kali kedua. 2 minggu aku kehulur kehilir ke interview di merata2 seantero area Shah Alam.
2 minggu aku jadi isteri solehah menjalankan tugas mengemas rumah, memasak ,tidur dikala kelapangan, tidur dan selebihnya tidur.hehe.. wang di saku dan di akaun bank pula berada di tahap membimbangkan. Mujur ibu dan Abg Ajo yang banyak menyambung tali hayat kewangan, tak lupa juga pada Aben. Sudah tiba masa untuk aku mengepau kamu pula. Hoho~



Ini pula boutique manager dan owner. Untuk kali pertama pengalaman pertama aku bekerja ‘makan gaji’, merekalah bos yang baik dan ambil berat tentangstaf.



Alhamdullillah, selepas berhempas pulang, ke hulur kehilir ke tempat interview, berpanas hujan berembun,tak pernah kuhiraukan..asal dapat memenuhi segala keinginan hati.. Uiks, itu lirik Sejarah mungkin berulang dendangan Tomok rambut berbelah M. Berkat usaha aku berulang alik ke CC untuk mengemail resume secara rawak, akhirnya dapat juga aku panggilan kerja.
Seminggu kemudian..selepas menerima panggilan kerja dari syarikat yang tak nama nya tak perlu diberitahu, aku dapat pula panggilan dari Sime Darby. Arh ! Tiada apa lah.. mungkin tiada rezeki aku disana.

Sekarang sudah 2 minggu aku berkerja di syarikat yang tak nama nya tak perlu diberitahu Sudahlah aku seorang saja gadis melayu pertama dan terakhir disini, yang lain semua bangsa Cina yang berbeza agama dan tuhan disembah.Maka, tiada lah teman untuk aku bergosip dengan girangnya. Untuk permulaan, tidak banyak kerja yang aku buat. Kejayaan pertama aku ialah dengan memecah masuk password wifi company yang membantu aku online dan surfing di handphone Samsung ku yang tidak sepintar IPhone 4 itu.  Sekurangnya tidak lah aku terasa bosan sahaja sementara menunggu waktu habis kerja. ?
Yang penting weekend aku cuti okay? :)