Hampir sebulan aku tak hapdet belog berikutan kealpaan aku meninggalkan charger lappy ku di rumah. Hampir separuh jalan pulang ke Subang barulah aku teringat pasal charger dan hanya berdoa dalam hati agar bateri lappy ku itu boleh di caj menggunakan tenaga solar. Jadi,maka hampir sebulan juga aku kurang mencarut di Fesbuk. Makanya, selepas hampir sebulan juga dedikasi ku ini berkempam di dalam otak.
|
Ummu Khaulah dan Suami |
8 April 2012 adalah tarikh sahabat baik ku, Olah atau nama penuh beliau yang anda boleh search di Fesbuk,Ummu Khaulah Asan menamatkan zaman dara beliau sekaligus menyerahkan jiwa raga dan cinta nya kepada seorang warga Negara Sarawak. Ditakdirkan Olah juga adalah seorang yang berketurunan warga Sarawak.Andai kau tahu jodoh adalah orang Sarawak, pasti kau tidak bercinta dengan orang Penang.Eh? Hehe.. Sekadar kiasan sahaja.
|
malu tapi mahu..euw~ |
Sebagai seorang sahabat yang paling rapat dan selalu dibuli oleh Olah, aku telah merancang untuk memberi hadiah yang paling bermakna dengan menjadi pengapit di sebelah suami nya.Eh? Takkan lah aku mahu mengambil kesempatan pula dengan bermain mata. Berbekalkan bakat yang dianugerahkan Tuhan pada ku,aku telah membuat kek perkahwinan 2 tingkat dan juga kek hantaran buat mereka. Majlis yang berlangsung di Venice Of Perak, di rumah beliau yang dulu semasa zaman dara nya adalah port kami melepak sambil mengumpat jiran sebelahnya yang sombong.
|
yang termampu.. |
Tapi disebabkan oleh bakat dan skill ku hamper dimamah waktu berikutan selama 6 bulan aku tidak memegang noozle dan spatula,kek yang disponsor oleh ku, agak kurang seninya. Namun, percayalah wahai Olah, aku buat semua itu dari hati. Maaf atas segala kekurangan dan kelewatan. Demi kamu, aku berjaga hingga 3 pagi di bakeri ditemani oleh Aben yang hanya tahu tidur sahaja di stor.
|
bekas2 kekasih Olah ( fitnah) |
Di zaman persekolah dahulu, Olah adalah antara pelajar yang agak top dn hot. Jadi semasa majlis istimewa buat beliau, ramai la kenalan dan kawan2 zaman persekolah yang hadir mencemar duli. Turut hadir adalah artis juara karoeke, Bella, gadis bukan dara yang sudah boyot, Yana Scotland , Along bukan Ahlong, dan juga rombongan van dari Rawang, diketuai oleh driver yang selalu kena saman speedtrap , Mahmudah, Aqilah , Pia Oh Pia, dan ibu cun melecun bersama anak nya, Nani dan Yang.
|
> Nani & Yang, Mahmudah, Qilah, Olah, Pia |
|
Bella :) |
|
Yana Boyots |
|
Along, N Bella |
|
Abens |
Kami semua doakan ko berbahagia didalam dunia yang baru. Kalau nak share masalah, sila lah kongsi bersama, boleh juga aku tahu serba sedikit pasal dunia perkahwinan.Eh? Hehe.. semoga persahabatan ini kekal hingga ke akhirnya. Moga rahmat Tuhan serta bersama mu.Amin..
Saya sayang kawan2 saya~!!
p/s : Olah sudah berangkat ke Sibu, Sarawak. Sedih..aku tak dapat berjumpa dengan beliau di KLIA berikutan cuaca hujan dan aku hanya ada sebuah motorsikal yang tak berbumbung.