Monday 5 September 2011

Kek Yang Berbuah



Dalam hidup ini, banyak hal yang kecil, tapi dibesar besarkan. Dan vice versa. Sebagai contoh ; membuang air besar itu sebenarnya kecil. Sebab boleh simpan sampai 2,3 hari jika pada manusia normal. Boleh juga mencecah selama seminggu jika sesorang itu mempunyai tahap yang luar biasa. Sebaliknya , membuang air kecil itu adalah besar sebenarnya , sebab paling kuat bertahan pun selama 1 hari. Wui ! Jijik gila kiasan aku ini. Namun , hakikatnya begitulah.



Inilah yang terjadi pada aku. Bukan sebab aku ada hal besar seperti tempoh hari. Tetapi , berkaitan dengan kek yang berbuah ini. Asal aku buat sahaja , buahnya akan jatuh ke bawah. Terus dikategorikan sebagai kek buah yang gagal. Apa lah yang ada pada buah yang diatas itu? Hal kecil sahaja kan? Masuk perut juga nanti. Pelbagai petua dan tips dari mereka yang pakar aku telah guna, namun gagal juga. Huh ! Demi menyahut cabaran untuk mengelakkan buahnya jatuh lagi akibat tarikan daya grafiti , aku pergi berguru dengan Chef Kok di Angel Cake House. Ternyata tiada sebarang petua yang apek ini ajarkan. Jadi , semua petua yang aku guna selama ini , khurafat semata - mata. Lihat lah hasil ku kali ini. Sungguh membanggakan. ( ini kes takde orang puji aku, terpaksa puji diri sendiri )





Bahan - bahan ;

200g butter cap Halal Jakim.
200g marjerin cap timbang je aku beli
325g gula castor cap Prai dari Seberang Prai
400g telur ayam original dari ibu ayam. ( Wui ! Basuh dulu tau..)
500g tepung gandum cap sauh kapal titanic
5gram baking powder ( ayak sama itu tepung maa )
500g buah buahan campuran beli timbang je
sedikit esen vanilla
sedikit air perahan lemon
sedikit pewarna kuning ( aku tertaruk banyak, giler kuning kek ini )


membaca comics sambil makan itu wajib



  • Step 1 : Pukul butter , marjerin hingga lebam dan kembang semangkuk.
  • Step 2 : Masukkan gula , dan pukul hingga mereka sebati dan serasi bersama.
  • Step 3 : Masukkan tepung , hingga sebati lagi.. !
  • Step 4 : Masukkan telur satu demi satu kecuali kulit telur.
  • Step 5 : Nyanyikan lagu One Step by Jordin Sparks. ( titiber.. )
  • Step 6 : Masukkan semua bahan lain yang belum dimasukkan lagi. Pergilah semak resepi. ( hahaha..)
    Adunan jangan terlalu LAMA DIPUKUL. Belas kasihan la sikit. Jika terlalu kembang, udara akan berkumpul dengan girangya dalam adunan. Ia salah satu sebab , buah akan jatuh ke bawah. Takkan jatuh keatas kot !
  • Step 7 : Selepas semua selesai dimasukkan dan dipukul hingga sebati , masukkan ke dalam loyang kek yang sudah dilapik dengan kertas minyak dan di gris dengan shortening / marjerin / butter / minyak gris motor.
  • Step 8 : Seksa kek anda di dalam oven cap Taiwan dengan suhu mencecah 170c selama 40minit atau hingga kek buah itu masak ranum. Setiap oven adalah berbeza sikap dan tingkah lakunya. Kalau sudah masak , tak payah tunggu cukup 40 minit, angkat sajalah. Nanti jadi kek buah hangus pula.
  • Step 9 : Sejukkan , barulah dipotong dengan penuh seni.
  • Step 10 :  Susun dalam pinggan cantek2 , ambil camera mahal anda , snap gambar , kemudian tag pada ' ainie syeema' ( hahaha..)
  • Step 11 : Bacalah doa makan sebelum melahap penuh haloba. Best wuui pekena dengan Lemon Tea !!



Tips : Orang kata , bukan aku kata ; untuk dapat hasil rasanya yang terbaik, makan sehari selepas kek ini dibikin. Supaya lebihan cecair yang ada dalam buah2 tersebut dapat meresap dalam texture kek. Ntah la , sebelum sehari , kek aku sudah habis ! :)


~the end~